Tahniah Hannah Delisha! kerana baru sahaja bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah juga merupakan seorang pelakon dari Singapura. Bijak Hannah Delisha menyembunyikan hubungan cinta alih-alih terus mengadakan majlis pernikahan di negara kelahirannya.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne-Birch meluahkan rasa kesyukuran di atas pernikahan ini. “Alhamdulillah Hannah rasa sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Hannah Delisha juga turut menyatakan pada tahun ini akan mula sibuk dengan dunia perniagaan yang baru diceburinya. “Saya akan sibuk dengan bisnes dan tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material and design. Saya jangkakan kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” kata Hannah Delisha.
Ads
Foto: Instagram @hannahdelisha
Ketika diajukan pertanyaan kenapa sekarang terdetik untuk buka bisnes, “Sebab saya teringin nak pakai baju rekaan sendiri. Minat tu datang dengan sendiri. At the same time saya rasa that I should give back to my fans who have been supporting me throughout the years. Jadi saya nak kongsikan rekaan yang saya reka sendiri pada peminat. Semoga hajat Hannah dikabulkan Inshaallah,” tutur pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini.
Ads
Foto: Instagram @hannahdelisha
Bercerita lanjut tentang perniagaannya, “Saya nak ceburi bidang fesyen and I’m picky when it comes to material. Jadi saya rasa perniagaan ni yang paling relateable to me. Saya tidak ada dorongan yang spesifik namun kejayaan wanita sukses dalam perniagaan jadi inspirasi buat saya.
Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka. Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofa. In Shaa Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.
Wanita ini juga akan fokus ke arah bidang nyanyian dan V-Log di YouTube. “Saya sebenarnya tengah busy promote single terbaru iaitu Terlalu Mudah. Untuk bidang lakonan pula, saya takkan tinggal, cuma akan lebih memilih naskah yang sesuai dengan penampilan Hannah sekarang,” bicara Hannah Delisha.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepintaran teknologi bukan direka untuk menjarakkan hubungan tapi mendekatkan kasih sayang kita. Hebatnya sesuatu inovasi kalau faedah yang terhasil boleh dinikmati oleh semua, bersama-sama.
Nona tertarik dengan ciri-ciri OneHop yang diperkenalkan oleh HUAWEI ini. Maklumlah cukup berguna untuk seseorang yang bekerja dari rumah seperti penulis. Walaupun banyak smart devices, tapi naik angin juga kalau benda yang dicari, tiada di tempatnya.
Sebagai contoh, masa urgent nak pindahkan fail atau gambar penting dari telefon ke PC. Tiba-tiba masa itulah wayar kabel entah ke mana!
Satu lagi bila waktu bercuti, mana pula perginya kunci kereta? Puaslah beg dipunggah, dari satu kocek ke satu kocek, tetap tak ada. Aduh, memang memeningkan.
PENYELESAIAN
Ya, perkara-perkara melibatkan peranti seperti ini kerapkali menjejaskan mood. Sebagai pengguna, kita pasti mengidamkan satu penyelesaian untuk semua masalah. Masa pun tentu dapat dijimatkan.
Kesinambungan peranti adalah jawapannya. Inilah kekuatan baru Huawei Share, ia berfungsi untuk kesenangan kita tak kira di pejabat, di rumah mahupun ketika bercuti.
Bukan hanya khusus untuk pindahan fail di antara peranti telefon pintar, Huawei Share juga menawarkan mod interaksi OneHop, sebuah inovasi melibatkan telefon pintar dengan peranti-peranti pintar lain.
Antaranya pindahan fail, perkongsian audio, sambungan network dan screen projection untuk pengalaman berinterasi yang tak pernah wujud sebelum ini. Sungguh hebat!
Ketika nak memindahkan foto percutian yang diambil dari telefon ke PC, bayangkan betapa mudahnya dengan cara ini. Sentuhkan saja telefon NFC-enabled ke atas tag Huawei Share di penjuru kanan bawah PC, dan dengan satu tap! kita dah disambungkan secara automatik.
Bagi yang mempunyai telefon capaian versi EMUI 10.0 dan ke atas, anda juga boleh menikmati fungsi Multi-screen Collaboration yang dibawakan oleh Huawei Share.
Ia bukan saja melancarkan pindahan fail di antara PC dengan telefon pintar, bahkan mensinergikan peranti lain seperti papan kekunci dan tetikus. Hebat, hanya dengan satu tap, mesej di telefon anda dapat dibaca di skrin besar.
Lebih mudah begini. Bayangkan anda tap saja telefon pintar ke PC atau tablet, ia secara automatiknya akan memaparkan interface telefon pada skrin utama. Anda seterusnya boleh membuka aplikasi atau ‘menarik’ dokumen dari telefon ke dalam PC dengan sangat mudah (hanya disokong versi EMUI 10.1 ke atas).
Peminat muzik, ini juga untuk anda. Mudahnya menggunakan Huawei Share dengan hanya tap saja telefon pintar dengan speaker Sound X untuk memainkan muzik kegemaran.
Malah dengan fungsi One-Tap Audio Sharing, anda boleh pause muzik tersebut tanpa mengeluarkan telefon dari poket. Cukup dengan ‘menekup’ saja bahagian atas speaker! Amboi, mudahnya.
Kalau rumah kita dikunjungi ahli keluarga atau kawan-kawan, fungsi One-Tap Network Connection ini pasti membantu. Tak payah beritahu kata laluan Wi-Fi anda berkali-kali, tapi cukup dengan tap saja telefon mereka pada bahagian NFC di router Huawei, Internet terus disambungkan!
Fungsi One-Tap Screen Projection pula memudahkan mereka untuk menggunakan televisyen pintar. Tap saja telefon pada alat kawalan jauh untuk menonton rancangan kegemaran pada skrin lebih besar dengan imej yang lebih jelas. Harus jaga-jaga yang ini, budak-budak suka!
Anda juga tak perlu lagi bawa kunci kereta ke mana-mana. Dengan Huawei Share, kini kereta boleh dikunci atau sebaliknya apabila telefon anda berdekatan kereta. So keyless!
Jadi itulah beberapa kelebihan Huawei Share yang menarik perhatian Nona. Untuk akan datang, Huawei bertekad akan terus menjalin kerjasama dengan rakan ekosistem lain bagi menawarkan lebih banyak pengalaman pintar yang luar biasa.
PETAL SEARCH WIDGET, GERBANG KE JUTAAN APPS!
Huawei P40 Pro+ didatangkan dengan Petal Search Widget – Find Apps. Ini merupakan widget yang membantu anda mencari apps, kandungan atau berita yang diperlukan secara mudah.
Kemudahan ini memberikan akses kepada pengguna untuk memuat turun apps seperti yang tidak pernah dialami sebelum ini.
Bagaimana caranya?
Langkah 1
Untuk mencari apps yang diperlukan dalam peranti P40 anda, gunakan Petal Search Widget – Find Apps untuk membantu. Cuma klik bar ‘Find Apps’ pada homescreen anda untuk menggunakan.
Langkah 2
Petal Search Widget akan memaparkan apps terbaik yang mungkin ingin dimuat turun. Anda hanya perlu menaip nama Apps yang dicari dalam bar carian.
Langkah 3
Petal Search Widget akan memaparkan hasil carian paling relevan. Ia juga akan mencadangkan apps yang sesuai dalam HUAWEI AppGallery, muat turun melalui link rasmi, versi web atau dari store pihak ketiga.
Ikuti kempen Together in Just One Tap (klik sini) untuk mengetahui dengan tentang ekosistem peranti pintar terbaharu yang diperkenalkan oleh HUAWEI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terus mengangkat bisnes mendunia dan melonjak ke angkasa, U Mobile perkenal pelan Internet jalur lebar U Biz Fibre 10GBps terpantas untuk usahawan berjaya.
Generasi usahawan wajar memanfaatkan kecanggihan teknologi agar perniagaan berkembang pesat. Memahami hal ni, U Mobile menjadi antara yang terawal melancarkan pelan U Biz Fibre 10GBps agar bisnes yang diusahakan ‘mendunia’.
Ya, dengan serendah RM1899/bulan, pelan ini memberikan kelajuan internet yang sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding pelan fiber perniagaan standard, yang biasanya di sekitar antara 100MBps hingga 2GBps.
Menyedari dunia perniagaan digital bergantung kepada teknologi tinggi, pelan Internet 10GBps menawarkan solusi yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi berdaya tahan menyahut cabaran masa depan. Hebatkan!
Ia bukan sekadar pelan internet, tetapi satu lonjakan teknologi yang membolehkan perniagaan terus berinovasi dan berkembang dalam era digital yang penuh persaingan.
Bimbang serangan siber atau penggodam akaun ‘mengganggu’ bisnes anda? Usah risau. Pelan ini turut disertakan dengan Secure DNS (Domain Name System) tanpa kos tambahan untuk memberikan lapisan keselamatan tambahan terhadap serangan siber dan pelanggaran keselamatan.
Semua ciri ini adalah nilai tambah yang sangat berharga untuk pemilik perniagaan yang mengutamakan keselamatan data dalam operasi.
Bukan itu sahaja tau, selain Secure DNS percuma yang disertakan dalam pelan ini, U Biz Fibre 10GBps juga turut menawarkan satu alamat IP awam tetap secara percuma untuk perniagaan yang memerlukan satu server tunggal. Bagi perniagaan yang mengendalikan pelbagai server, mereka boleh mendapatkan sehingga lima alamat IP tetap dengan tambahan RM300/bulan (harga runcit asal RM500/bulan).
Ini memberikan fleksibiliti kepada perniagaan dalam mengurus dan menyelaraskan keperluan rangkaian mereka dengan lebih efisien dan kos efektif.
Pelancaran U Biz Fibre 10GBps yang terbaru merupakan pelan tertinggi dalam rangkaian U Biz Fibre U Mobile, yang direka untuk memenuhi keperluan sambungan fiber perniagaan tanpa mengira saiz.
Dilancarkan pertama kali pada Julai 2023, semua pelan U Biz Fibre kini didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan dan kini boleh didapati di Berjaya Times Square dan Pavilion Damansara Heights, dengan lokasi-lokasi tambahan bakal diumumkan tidak lama lagi.
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, kolaborasi tersebut merupakan satu langkah besar dalam mencapai misi membantu lebih ramai rakyat Malaysia, terutama yang masih mencari jalan keluar dari tekanan hidup dan cabaran kewangan yang berpanjangan.
“Kami percaya bahawa setiap insan mampu berubah, asalkan mereka diberikan peluang dan bimbingan yang betul. Dengan sokongan Astro, kami yakin mesej perubahan ini dapat sampai kepada lebih ramai orang, bukan hanya di bandar, tetapi juga ke kawasan luar bandar.
Melalui gabungan kekuatan kandungan, komuniti dan penyiaran, lebih ramai individu dapat bangkit dan keluar dari zon selesa untuk membina kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya,” katanya.
Golongan wanita khususnya boleh memanfaatkan peluang yang terbuka ini untuk pembangunan diri sendiri serta meningkatkan ekonomi dalam misi bergelar wanita sukses.
Syarikat pembangunan potensi diri dan keusahawanan terkemuka negara, RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat penyiaran utama negara, Astro pada 21 April 2025 bagi memperluas impak program-program pembangunan diri dan keusahawanan ke seluruh negara.
Perjanjian ini menyatukan kepakaran RichWorks dalam melatih lebih 2 juta individu dan usahawan sejak 2008, dengan kekuatan platform penyiaran dan digital Astro, yang mempunyai capaian luas merentasi pelbagai saluran termasuk TV, radio dan digital.
Tambah Azizan, perjanjian selama dua tahun ini bakal membuka ruang untuk pelbagai program pembangunan kendiri dan ekonomi rakyat diperkenalkan kepada jutaan rakyat Malaysia melalui pendekatan pendidikan yang lebih segar, relevan dan mudah diakses.
“Sebagai langkah pertama di bawah kolaborasi ini, program pembangunan diri, Transformasi360 yang turut menggunakan pendekatan AI (Artificial Intelligence) untuk membantu peserta mengenal pasti potensi dan kekuatan diri, akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Mei depan.
Transformasi360 bukan sekadar seminar motivasi, sebaliknya ia adalah satu pengalaman mendalam untuk peserta menyusun semula kehidupan mereka dari segi emosi, kewangan, serta matlamat hidup,” jelasnya.
Selain Transformasi360, kerjasama ini juga akan merangkumi penglibatan dalam program Jelajah Jiwa SME, bertujuan untuk memperkasa usahawan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang dalam era digital.
Melalui siri ketiga Jelajah JIWA SME tahun ini, para peserta akan mendapat pendedahan kepada strategi, latihan, dan rangkaian sokongan yang lebih meluas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Dr Grace Lee, menyatakan komitmen syarikat dalam memperkukuh impak sosial melalui kandungan dan kerjasama bermakna seperti ini.
“Astro komited untuk menjadi platform yang bukan hanya menghibur, tetapi juga memperkasa. Kolaborasi dengan RichWorks adalah sejajar dengan usaha kami untuk menyokong pembangunan masyarakat melalui pendidikan, inspirasi dan peluang keusahawanan.
“Astro akan memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej dan kandungan program melalui platform penyiaran dan digital kami. Ini termasuk promosi, liputan media, serta kolaborasi aktivasi bersama saluran radio dan televisyen kami,” ujarnya.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.