Kebelakangan ini, diet berasaskan tumbuhan kian popular. Namun, ia bukan sekadar gaya dan ikutan semata-mata. Berita baiknya, kajian sains turut menyokong kebaikan diet ini. Diet berasaskan tumbuhan terdiri daripada makanan yang diperoleh daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, biji-bijian, dengan sedikit atau beberapa produk berasaskan haiwan tertentu.
Pakar Dietetik bebas, Goo Chui Hoong mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pemakanan. Ia mendorong beliau ke arah kerjaya dalam bidang pemakanan dan nutrisi. Selain bergelar pakar dietetik, beliau pernah bergelar pensyarah, jurulatih kulinari serta pengarang. Beliau juga telah menerbitkan 3 naskhah buku termasuk “Food for Your Eyes” dan “Lite Malaysian Favourites” yang berjaya meraih anugerah.
Menurut Goo Chui Hoong, istilah-istilah seperti ‘flexitarian’, vegetarian (lakto-, ovo-, lakto-ovo-) dan vegan merupakan variasi diet berasaskan tumbuhan.
Flexitarianism: Diet berasaskan tumbuhan yang paling fleksibel. Pengamal ‘flexitarianism’ pada asasnya mengamalkan diet berasaskan tumbuhan, namun kadangkala membenarkan pengambilan daging secara sederhana.
Lakto-vegetarian: Diet berasaskan tumbuhan namun membenarkan pengambilan produk tenusu.
Ovo-vegetarian: Diet berasaskan memakan tumbuhan dan telur
Lakto-ovo-vegetarian: Diet berasaskan tumbuhan namun membenarkan pengambilan telur dan produk tenusu.
Vegan: Diet berasaskan tumbuhan yang paling tegas kerana mereka hanya mengambil makanan berasaskan tumbuhan sahaja. Pengamal vegan juga berisiko paling tinggi menghadapi kekurangan nutrien sekiranya diet mereka tidak seimbang.
“Diet berasaskan tumbuhan bermanfaat untuk kesihatan kerana tinggi serat, vitamin dan mineral serta kurang lemak tepu. Ini dapat membantu penurunan berat badan serta mengurangkan risiko diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser . Sesetengah makanan yang tinggi serat juga mempunyai indeks glisemik (GI) lebih rendah.
Selepas dimakan, makanan yang rendah GI meningkatkan paras gula dalam darah secara perlahan dan ini dapat membantu menguruskan diabetes jenis 2 dengan baik. Hasil gabungan serat yang tinggi dan GI yang rendah membolehkan anda berasa kenyang lebih lama, dan secara tidak langsung membantu anda mengurangkan pengambilan snek serta memilih makanan berkalori rendah bagi mengawal berat badan.
Makanan berasaskan tumbuhan biasanya lebih rendah lemak dan lemak tepu. Mengurangkan pengambilan lemak tepu (digantikan dengan lemak politaktepu atau karbohidrat kompleks) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Di samping itu, diet berasaskan tumbuhan juga bermanfaat dari segi pencegahan kanser khususnya kanser usus. Serat daripada makanan berasaskan tumbuhan dapat mencegah sembelit serta membekalkan tenaga kepada bakteria baik dalam usus.
Namun, diet berasaskan tumbuhan yang kurang terancang sering dipertikaikan dari segi kandungan tenaga dan protein. Berikut merupakan beberapa nutrien yang harus diberi perhatian ketika mempertimbangkan amalan diet berasaskan tumbuhan.
Protein
Protein sangat penting untuk membina tisu otot dan memperbaiki sel-sel badan. Protein berasaskan tumbuhan tidak membekalkan komponen asid amino essential yang lengkap seperti protein berasaskan daging. Bagi mendapatkan kesemua komponen asid amino essential, adalah penting untuk mengambil pelbagai sumber protein berasaskan tumbuhan termasuk:
Ads
Lentil
Kekacang
Kacang kuda
Biji-bijian
Mentega kacang (seperti mentega kacang tanah)
Tauhu.
Terdapat banyak alternatif berasaskan tumbuhan untuk menggantikan daging yang dapat membantu anda membiasakan diri dengan diet tanpa daging seperti:
Protein berasaskan kulat (fungus) (contohnya cendawan)
Gluten gandum
Kacang soya
Kacang hijau/pea
Kalsium
Kalsium penting untuk kesihatan tulang. Seorang dewasa memerlukan 1,000 mg kalsium/hari. Ini mudah dicapai dengan mengambil produk tenusu (2-3 cawan susu/hari). Namun, sekiranya anda tidak mengambil produk tenusu, anda harus menggantikannya dengan makanan seperti:
Alternatif susu berasaskan tumbuhan yang diperkaya dengan kalsium. Susu berasaskan tumbuhan turut digunakan untuk membuat keju dan yogurt vegan serta minuman tanpa tenusu.
Vitamin B12
Kekurangan vitamin B12 dapat menyebabkan anemia, keletihan serta kebas kaki dan tangan. Vitamin B12 ini biasanya diperoleh daripada sumber haiwan. Sekiranya anda mengamalkan diet berasaskan tumbuhan yang ketat, maka anda perlu mengambil makanan yang boleh membantu mencegah kekurangan nutrien ini seperti:
Ads
Bijirin yang diperkaya
Tempe
Yis berkhasiat
Susu berasaskan tumbuhan yang diperkaya
Cendawan
Suplemen Vitamin B12
Asid Lemak Omega-3
Asid lemak omega-3 bermanfaat untuk kesihatan jantung. Sumber asid lemak omega-3 berasaskan tumbuhan termasuk:
Biji rami (flaxseed)
Kacang walnut
Biji sesawi (rapeseed).
Pilih minyak masak yang diperbuat daripada bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit kekacang atau biji-bijian kepada sajian bijirin/smoothie sarapan anda.
Amalan diet berasaskan tumbuhan sebenarnya tidak susah kerana kini terdapat pilihan vegan untuk segalanya, daripada mayones sehingga bak kwa (daging kering) vegan! Berikut beberapa menu saranan untuk sajian makanan berasaskan tumbuhan.”
Berikut adalah pelan sajian yang disarankan oleh pakar dietetik ini.
SARAPAN PAGI
Ads
Tosai dengan kari dhal
Atau roti bijirin penuh dengan mentega kacang atau kepingan avokado
Atau minuman/smoothie dengan alternatif susu berasaskan tumbuhan
MAKAN TENGAHARI
Salad gado-gado dengan tempe
Atau mi sup dengan pak choy, rumput laut, cendawan dan kulit fuchok goreng
Atau nasi goreng kunyit dengan tauhu, kekacang, lobak merah
MAKAN MALAM
Chapati dengan kari kacang kuda, bendi goreng
Atau nasi multibijirin dengan tauhu kukus serta kacang Perancis cincang, sayur campuran goreng dengan kacang macadamia
Atau nasi multibijirin dengan kari bendi, terung & kacang panjang, kubis goreng
Untuk mengenali Pakar Dietetik bebas, Goo Chui Hoong ini dengan lebih lanjut layari www.eatwell.my
Kredit: Ogilvy Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama seperti tubuh, wajah juga memerlukan nutrisi secukupnya melalui penjagaan yang konsisten. Salah satunya ialah dengan pemakaian serum setiap hari.
Rohto-Mentholatum memperkenalkan Dermistry+ jenama baharu yang pakar dalam serum untuk masalah kulit yang sukar diselesaikan. Nama ‘Dermistry’ berasal daripada “Dermatologi dan Chemistry” mencerminkan tumpuan jenama pada sains kulit dan gabungan bahan yang mujarab. Manakala moto ‘Pakar Serum’ menggambarkan formulasi langsung dan tepat jenama itu.
Dermistry+ disokong oleh piawaian farmaseutikal seratus tahun Rohto, memastikan penggunaan kepekatan tinggi bahan selamat dalam kadar optimum. Komitmen jenama kepada pendekatan penjagaan kulit yang bersih dan minimalis menawarkan dos yang tepat, menggunakan komposisi berbeza untuk mencapai hasil yang berkesan.
Di Malaysia, permintaan untuk serum telah meningkat berikutan penghidratannya yang sangat tinggi. Pengguna mempertimbangkan serum ‘mesti ada’ kerana sifat pelembapnya. Ia juga menyasarkan untuk menyelesaikan masalah kulit.
Dermistry+ menawarkan rangkaian serum pekat komprehensif bagi menangani pelbagai kebimbangan dalam penjagaan kulit. Setiap satu direka dengan bahan-bahan berkuasa yang berfungsi untuk menghidrat, mencerah, menghaluskan pori-pori dan anti penuaan. Sama ada anda mempunyai kulit berminyak, kering atau kombinasi, Demistry+ telah membantu anda!
Dengan piawaian farmaseutikal seratus tahun Rohto dan selamat dan penjagaan kulit yang berkesan, Dermistry+ Booster Serum wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja yang ingin menangani masalah kulit tertentu.
Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum
Dengan niacinamide dan Vitamin C (5% Vitamin C + 0.1% Vitamin A) serum ini sesuai untuk mereka yang ingin mengatasi bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata.
Dengan penggunaan yang konsisten, Niacinamide dan Vitamin C Serum membantu meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit secara keseluruhan seterusnya menjadi lebih licin, sekata dan terhidrat.
Dermistry+ Booster Serum direka untuk menembusi jauh ke dalam lapisan kulit di samping menyasarkan masalah kulit tertentu dan memberikan hasil klinikal yang terbukti.
Produk ini bebas wangian, alkohol, pewarna, minyak mineral, silicon serta paraben menjadikannya sesuai untuk walaupun kulit paling sensitif.
Keputusan Ujian Klinikal:
⦁ 87% Mencerahkan tona kulit
⦁ 87% Mengurangkan Garis Halus & Kedutan
⦁ Selepas 14 hari, berkesan mengurangkan panjang kaki gagak sehingga 7.76%
Dermistry+ Concentrate Booster Serum kini boleh dibeli di farmasi Watson dan Lazada, serta Shopee pada harga RM90. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dermistry .
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda orang yang obsess dengan kecantikan dan kesihatan, anda tentu biasa mendengar blue light, sejenis cahaya gelombang biru yang dikaitkan dengan elektronik seperti komputer dan telefon bimbit. Kebanyakkan kajian yang dijalankan ke atas blue light dikaitkan dengan kesan kepada ritma tubuh badan serta gangguan ke atas kitaran waktu tidur sehingga menyebabkan anda tidak bermaya dan mengantuk.
**media[177537]**
Memetik kata-kata daripada Pengasas jenama penjagaan kecantikan mewah de Mamiel iaitu Annee de Mamiel, dia mengatakan pencemaran udara, sinar UV dan radiasi elektromagnetik mengelilingi kita hampir setiap masa. Kehadiran blue light yang kuat daripada telefon bimbit dan tablet adalah antara yang boleh menyebabkan kulit menjadi rosak kerana ia mampu menembusi epidermis kulit. Kemudian terjadilah inflamasi kulit, kulit sensitif dan dehidrasi.
**media[177533]**
Apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan masalah kulit ini daripada terjadi?
REGIM HARIAN
Minum banyak air
Jadikan minum air putih satu tabiat, seeloknya lapan gelas air sehari. Ini bukan nasihat typical yang sering kita dengar kerana air sangat penting untuk menjadi pelincir dalam tubuh badan. tubuh kita akan berlakunya kehilangan cecair disebabkan penyejatan dan peluh serta pembuangan air kecil. jadi, dengan pengambilan lapan gelas air sehari boleh mengimbangi semula pengaliran sistem dalam tubuh. Jangan lupa, air juga boleh membantu mengurangkan berat badan.
**media[177532]**
Tidur secukupnya
Kurang tidur boleh menyebabkan kulit muka tidak sihat serta wajah kelihatan kusam serta tidak bermaya. Jangan mengetepikan beauty sleep anda kerana ia menyebabkan saluran darah mengembung dan menyebabkan lingkaran gelap bawah mata.
Kulit akan membaiki, menyembuhkan dan mengimbangi semula ketika anda tidur. Pada waktu ini ia bekerja untuk membuang sel kulit lama dan menggantikannya dengan sel kulit baru. Kekurangan waktu tidur akan mengganggu kebanyakan proses yang berlaku untuk kulit.
**media[177535]**
Senaman
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Jika anda mengalami masalah kulit seperti jerawat atau psoriasis, ambil langkah berjaga-jaga sebelum bersenam. Jangan biarkan masalah kulit memperlahankan atau menghalang aktiviti anda. Pakar kulit mengatakan senaman membantu meningkatkan aliran darah dalam badan dan memelihara kesihatan kulit.
Setiap kali anda bersenam, darah membawa oksigen dan nutrien kepada sel termasuk sel kulit dan menjadikannya lebih sihat. Senaman juga membantu untuk menghilangkan serpihan selular dan radikal bebas daripada badan dan membersihkan ia dari dalam.
**media[177534]**
TIP KECANTIKAN DARI RUMAH
Sebagai ratu sehari, kulit yang cerah tanpa cela adalah matlamat utama. Untuk mendapatkan kulit yang cerah, apa kata anda gunakan tip di bawah.
Pek air teh dan madu
Jika anda suka haruman dari teh, tentunya anda juga suka ia menjadi bahan untuk kecantikan anda. Gunakan air teh untuk mandian dan rendamkan tubuh di dalamnya. Anda juga boleh mengisi botol semburan dengan air the dan semburkan pada wajah untuk menyegarkan kulit.
Gunakan teh biasa, teh hijau atau teh herba seperti chamomile, lavender dan pudina. Sama seperti anda menikmatinya untuk menenangkan tekanan, ia juga membantu memberi kesegaran dan kenyamanan pada kulit. Antioksidan dalam teh membantu menyingkirkan radikal bebas dan toksin dari kulit manakala madu pula membantu melindungi kulit dari bakteria dan mengekalkan kelembapan.
Apa yang anda perlukan?
1 cawan air teh (suam)
2 sudu besar tepung beras
½ sudu besar madu
Tepung beras bertindak sebagai skrub terbaik dan madu pula melembapkan kulit.
Kaedah:
Campurkan kesemua bahan dan sapu pada kulit. Biarkan seketika sehingga topeng atau mask menjadi kering selama 20 minit. Sebelum dicuci, pastikan anda urut seperti gerakan bulat untuk menanggalkan sel kulit mati serta menjadikannya lembut dan halus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, kolaborasi tersebut merupakan satu langkah besar dalam mencapai misi membantu lebih ramai rakyat Malaysia, terutama yang masih mencari jalan keluar dari tekanan hidup dan cabaran kewangan yang berpanjangan.
“Kami percaya bahawa setiap insan mampu berubah, asalkan mereka diberikan peluang dan bimbingan yang betul. Dengan sokongan Astro, kami yakin mesej perubahan ini dapat sampai kepada lebih ramai orang, bukan hanya di bandar, tetapi juga ke kawasan luar bandar.
Melalui gabungan kekuatan kandungan, komuniti dan penyiaran, lebih ramai individu dapat bangkit dan keluar dari zon selesa untuk membina kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya,” katanya.
Golongan wanita khususnya boleh memanfaatkan peluang yang terbuka ini untuk pembangunan diri sendiri serta meningkatkan ekonomi dalam misi bergelar wanita sukses.
Syarikat pembangunan potensi diri dan keusahawanan terkemuka negara, RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat penyiaran utama negara, Astro pada 21 April 2025 bagi memperluas impak program-program pembangunan diri dan keusahawanan ke seluruh negara.
Perjanjian ini menyatukan kepakaran RichWorks dalam melatih lebih 2 juta individu dan usahawan sejak 2008, dengan kekuatan platform penyiaran dan digital Astro, yang mempunyai capaian luas merentasi pelbagai saluran termasuk TV, radio dan digital.
Tambah Azizan, perjanjian selama dua tahun ini bakal membuka ruang untuk pelbagai program pembangunan kendiri dan ekonomi rakyat diperkenalkan kepada jutaan rakyat Malaysia melalui pendekatan pendidikan yang lebih segar, relevan dan mudah diakses.
“Sebagai langkah pertama di bawah kolaborasi ini, program pembangunan diri, Transformasi360 yang turut menggunakan pendekatan AI (Artificial Intelligence) untuk membantu peserta mengenal pasti potensi dan kekuatan diri, akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Mei depan.
Transformasi360 bukan sekadar seminar motivasi, sebaliknya ia adalah satu pengalaman mendalam untuk peserta menyusun semula kehidupan mereka dari segi emosi, kewangan, serta matlamat hidup,” jelasnya.
Selain Transformasi360, kerjasama ini juga akan merangkumi penglibatan dalam program Jelajah Jiwa SME, bertujuan untuk memperkasa usahawan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang dalam era digital.
Melalui siri ketiga Jelajah JIWA SME tahun ini, para peserta akan mendapat pendedahan kepada strategi, latihan, dan rangkaian sokongan yang lebih meluas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Dr Grace Lee, menyatakan komitmen syarikat dalam memperkukuh impak sosial melalui kandungan dan kerjasama bermakna seperti ini.
“Astro komited untuk menjadi platform yang bukan hanya menghibur, tetapi juga memperkasa. Kolaborasi dengan RichWorks adalah sejajar dengan usaha kami untuk menyokong pembangunan masyarakat melalui pendidikan, inspirasi dan peluang keusahawanan.
“Astro akan memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej dan kandungan program melalui platform penyiaran dan digital kami. Ini termasuk promosi, liputan media, serta kolaborasi aktivasi bersama saluran radio dan televisyen kami,” ujarnya.