Ramai wanita menganggap wajah pasti bersih kalau mekap ‘hilang’ dari mata kasar. Tidak semestinya. Tanpa cucian yang betul, liang pori mudah tersumbat seterusnya membiak bakteria serta menyebabkan banyak masalah kulit. Itulah sebabnya Hada Labo memperkenalkan Pore Refining Micellar Cleansing Water baharu, wajah bukan saja bersih malah liang pori juga sihat dan bebas bernafas!
Alangkah leganya bila mekap dibersihkan, muka rasa ringan dan segar selepas dicuci dengan Pore Refining Micellar Cleansing Water ni.
Kini anda boleh menanggalkan solekan dengan 1 sapuan tanpa menggosok muka berkali-kali untuk mencuci mekap kalis air. Itulah puncanya kedutan wajah dan garis-garis halus.
Pore Refining Micellar Cleansing Water tidak sekadar menanggalkan mekap termasuk produk kalis air dengan sempurna, malah dilengkapi banyak kelebihan lain.
Formulasi unik produk ini menepati ‘Cara Pembersihan Wajah Jepun’ iaitu liang pori dibersihkan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit, malah mampu melembapkan lagi kulit selepas cucian.
Semakin anda membersihkan semakin anda rasa terhidrat. Tak payah risau walaupun anda terpaksa menanggalkan solekan anda beberapa kali sehari.
MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAP
Sungguh menyenangkan. Mudah sangat nak cuci wajah dengan Pore Refining Micellar Cleansing Water, cuma sapu sisa mekap dengan pad kapas, dah bersih! Kulit pun tak kering atau rasa tegang sebab ia membersih sambil melembapkan.
Ads
Bukan solekan semata, produk ini juga:
• menghalang liang pori tersumbat
• menyingkirkan sel kulit mati
• mengurangkan jerawat
• mengecilkan saiz liang pori
• melembut dan menganjalkan kulit
Berbeza daripada produk Micellar Water lain di pasaran, produk Hada Labo ni langsung tak memedihkan atau mengeringkan kulit. Yang penting, formulasinya membuatkan anda tak perlu lagi menyental muka berkali-kali untuk membersihkan mekap kalis air. Silap-silap itulah puncanya muka berkedut dan timbul garis-garis halus.
FORMULASI UNIK
Ads
Dengan teknologi mikro-molekul pembersihan kulit yang unik, ia sangat berkesan untuk membersihkan semua jenis solekan kalis air di bahagian wajah, mata dan bibir.
Ads
Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water juga turut dirumus dengan bahan-bahan yang melembap dan menyihatkan kulit. Antaranya:
Rose water: Merawat dan mencerahkan tona kulit.
2 jenis asid hyaluronik: Untuk lembapan berganda.
2 jenis lipid (Phospholipids + Sphingolipids): Berfungsi sama seperti ceramida untuk menguatkan jaringan kulit dan meningkatkan lembapan.
Protein susu: Untuk menyihat, melembut dan melembapkan kulit.
Double enzymes: Untuk menghalang liang pori tersumbat, menyingkirkan sel kulit mati dan mencegah masalah blackhead atau jerawat.
Produk Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water tidak diuji ke atas haiwan, bebas alkohol, pewangi atau pewarna tiruan. Ia terbukti sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat.
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Wateranda sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Gelombang baharu menyaksikan semakin ramai wanita menyerlah di barisan hadapan. Dari pentas kepimpinan, ruang pendidikan hingga gelanggang perniagaan, peranan ibu dan isteri di rumah kini makin berkembang kepada pembangunan negara.
Terus melangkah ke aras lebih tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) komited memperkasakan golongan ini melalui perasmian Forum Agenda Wanita Negara (FAWN) 2025, disamping pelancaran buku 30 Tahun Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Malaysia, di ibu negara.
Tampil anggun dalam persalinan baju kurung moden, kehadiran Menteri KPWKM, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri diiringi Timbalan Menteri dan barisan pemimpin wanita berkaliber ke acara ini mencuit perhatian. Lembut, namun auranya luar biasa!
“Sebenarnya Forum Agenda Wanita Negara (FAWN) dan pelancaran Buku 30 Tahun CEDAW Malaysia ini dianjurkan sebagai usaha menyeluruh kementerian dalam memperkukuh agenda pemerkasaan wanita negara.
Hari ini kita bukan sahaja hadir untuk meraikan satu penerbitan, tetapi juga untuk menegaskan semula komitmen kita sebagai sebuah negara bahawa hak wanita adalah hak asasi manusia dan perjuangan ini tidak boleh dihentikan,” ujar beliau disambut tepukan gemuruh.
Tambahnya, FAWN dianjurkan sebagai sebuah platform penting untuk mengarusperdanakan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2025. Bukti komitmen berterusan!
Dalam suasana forum yang dihadiri kerajaan, akademia, masyarakat sivil dan sektor swasta, medan dialog ini berjaya menyelaraskan tindakan ke arah kesaksamaan gender yang lebih menyeluruh.
Ramai panel-panel berpengalaman daripada pelbagai latar belakang profesional hadir untuk berkongsi ilmu, pandangan, serta pengalaman yang dapat menyumbang ke arah memperkukuh agenda pemerkasaan wanita melalui ‘Bicara Inspirasi CEO: Memartabat Wanita Memperkukuh Negara.’
Tidak ketinggalan, forum ‘Diskusi Pascaperceraian’ telah mengetengahkan pandangan dari sudut agama, undang-undang serta pengalaman langsung wanita yang telah melalui fasa perceraian. Beri kekuatan dan pengisian berguna agar bangkit semula, sesungguhnya sesi forum yang terbuka sebegini cukup penting untuk menaikkan semangat para wanita!
FAWN 2025 dianjurkan KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sebagai platform strategik yang menyokong agenda pemerkasaanwanitaselaras Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025-2030.
Demi memastikan keberkesanannya, KPWKM melalui JPW juga telah memperkenalkan Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS), melibatkan tokoh-tokoh negara yang bersama melahirkan generasi baharu pemimpin wanita. Usaha hebat ini berupaya menjadi batu loncatan bagi lebih ramai wanita mengambil tempat dalam barisan kepimpinan negara.
Pelancaran Buku
“Kita juga turut menyaksikan pelancaran buku ’30 Tahun CEDAW Malaysia’ yang merupakan dokumentasi perjalanan tiga dekad Malaysia dalam melaksanakan komitmen di bawah Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) atau Convention on the Elimination of All Forms of Discriminantion Against Women (CEDAW) sejak negara meratifikasi konvensyen ini pada 5 Julai 1995.
Tahun 2025 amat bermakna kerana ia menandakan ulang tahun ke-30 Malaysia dalam memperjuangkan hak wanita dan kesaksamaan gender,” ujar Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri lagi.
Buku ini bukan sekadar catatan 30 tahun perjalanan Malaysia dalam CEDAW tetapi ia adalah cermin kepada perjuangan, pengorbanan dan kejayaan wanita di negara ini.
5 Pencapaian Utama
Setelah tiga dekad Malaysia sebagai negara pihak CEDAW, terdapat 5 pencapaian signifikan berjaya dikecapi iaitu:
Turut hadir ke majlis bersejarah ini adalah Timbalan Menteri, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad serta Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Pengarah JPW, YBrs Puan Hanani Sapit, wakil Kementerian, Agensi Kerajaan, SUHAKAM, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta tokoh akademik.
“Kerajaan menerusi Kerangka Ekonomi MADANI telah menyasarkan 60 peratus kadar penyertaan wanita ke dalam sektor pekerjaan. Apa yang kita raikan hari ini bukanlah noktah. Ia adalah tanda bahawa perjuangan kita masih jauh. Kesaksamaan gender bukan slogan kosong. Ia mesti diterjemahkan ke dalam dasar, undang-undang, peluang pekerjaan dan yang paling penting, kehidupan harian setiap wanita Malaysia,” akhiri Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Bergelar Pakar Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Usahawan, figura Datuk Wira Dr. Azizan Osman sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sepanjang 13 tahun di bawah naungan Richworks International Sdn Bhd, individu hebat ini berjaya melahirkan ratusan ribu usahawan yang berjaya mulakan dan bina bisnes dalam pelbagai industri. Datuk Wira Dr. Azizan juga berjaya menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan virtual online.
Umum mengetahui, RichWorks International Sdn Bhd merupakan syarikat latihan dan bimbingan Usahawan Jutawan terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan, penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan. Sejak ditubuhkan 13 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Melihat pelbagai sisi kejayaan yang dikecapi oleh figura hebat ini, namun bukan mudah untuk Datuk Wira Dr. Azizan Osman berada di tahapnya sekarang. Pelbagai cabaran serta liku-liku perjalanan telah dilaluinya bagi memastikan jenama RichWorks kekal relevan dan utuh dalam melahirkan usahawan jutawan dengan membina bisnes berjaya.
Beliau sememangnya terkenal dengan keupayaan yang unik dalam membimbing anak didiknya sehingga mendapat results dalam perkembangan diri atau perniagaan yang diusahakan. Malah ratusan ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah membuktikan kejayaan dalam perniagaan yang mereka jalankan menerusi strategi dan metodologi kejayaan yang telah terbukti berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan dari angka sifar hingga mencecah jutaan ringgit.
NONA berkesempatan mencuri waktu Master Coach, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang sibuk dengan pelbagai seminar dan acara untuk berkongsi di sebalik kejayaan insan yang diberi penganugerahan istimewa NONA MAN BUSINESS MENTOR AWARD oleh Majalah NONA sempena edisi istimewa majalah NONA SUPERHERO.Beliau juga merupakan penerima NONA Men’s Business Mentor Award di majlis NONA Superhero Award yang berlangsung baru-baru ini.
Menyelami keperibadian beliau yang mencecah usia 47 tahun, penulis terkesima apabila beliau menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bersifat introvert memandangkan kerjaya beliau memperlihatkan komunikasi dengan individu lain.
“Saya tidak selesa berada di khalayak ramai. Malah saya pernah struggle selama beberapa tahun dan tidak berasa selesa berada di khalayak ramai. Jika ada orang kenal atau tegur, saya rasa akward. Saya tidak sombong, tetapi saya rasa tidak selesa,” ujar Datuk Wira tatkala memulakan perbualan mengenai sisi beliau yang tidak diketahui umum.
Memahami kehendak dan keperluan tugasannya memerlukan dirinya berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat, Datuk Wira Dr. Azizan Osman tidak segan silu mendapatkan rawatan secara professional untuk memahami keperibadian dirinya.
“Saya belajar menerima kelebihan yang Allah SWT berikan kepada saya untuk sama-sama membantu individu lain. Sejak itu, saya terima dan enjoy berhadapan dengan orang lain. Ia merupakan tanggungjawab yang besar,” ujarnya lagi.
Melihat usahawan bimbingannya ramai di kalangan wanita, Datuk Wira Dr. Azizan Osman amat memandang tinggi keupayaan kaum wanita dalam perniagaan memandangkan wanita mempunyai keupayaan yang luar biasa.
“Saya melihat ramai wanita struggle secara emosi dan mental. Kadang-kadang mereka didera secara mental oleh suasana sekeliling. Wujud perasaan seperti tidak yakin, dipandang rendah dan sebagainya. Tetapi pada pandangan saya, semua orang mempunyai hak untuk mencapai impian. Saya yakin wanita mempunyai kekuatan yang luar biasa berbanding kaum lelaki,” ujar Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang menyanjung tinggi kemampuan wanita.
Datuk Wira Dr. Azizan Osman pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun 2019 yang lalu.
Beliau merupakan anak Melayu tempatan pertama yang mendapat anugerah global Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena Persidangan Industri Pemasaran dan Pengiklanan Dunia, MADcon: Global Marketing Conference (MADcon Dubai 2019).
Penganugerahan berprestij yang diadakan di Dubai turut menyaksikan syarikat yang diasaskan Datuk Wira Dr Azizan menerima anugerah Top 100 Marketing and Advertising Companies. Penganugerahan tersebut disifatkan antara kepujian tertinggi bagi industri pemasaran global, yang mana ia dinilai secara professional oleh barisan juri antarabangsa dan Lembaga Penasihat MADcon yang terdiri daripada pakar industri terulung.
Dengan rekod prestasi yang terbukti berkesan, strategi perniagaan dan program mentoring yang efektif, Datuk Wira Dr. Azizan dan RichWorks telah membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 sehingga 24 bulan.
Visi RichWorks adalah sebagai ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate and Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Umum mengetahui beliau pernah dijangkiti Covid-19 pada awal Januari 2021 di mana ia turut melibatkan 31 ahli keluarganya. Berhadapan dengan situasi getir ketika itu, beliau menceritakan pengalaman beliau yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti COVID-19.
Menceritakan detik beliau bertarung nyawa apabila terpaksa dibantu mesin pernafasan semasa dirawat, beliau menyifatkan situasi itu bagaikan diberi peluang kedua untuk terus hidup.
“COVID hampir meragut nyawa saya! 1.44pm, Jumaat 15 Jan – Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Saya dan keluarga diuji dengan virus COVID-19,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal… tak boleh bernafas, tak boleh tarik, tak boleh hembus, hanya gunakan mesin (mesin pernafasan) untuk terus survive (hidup) dan fight (berjuang) dengan otak, emosi dan diri,” katanya.
Walaupun sudah setahun berlalu, pengalaman sedih yang tidak dapat dilupakan apabila ibu mentuanya turut menjadi korban akibat virus tersebut.
“Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu. Tetapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang mentor, saya nak anda tahu proses ini,” katanya dalam entri tersebut, di lama sosial miliknya.
Pengasas syarikat RichWorks International itu berkata, beliau hampir menitiskan air mata ketika berkongsi perkara ini, namun sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan membuatkannya lebih tabah. Azizan berkata, berkat doa dan kata-kata semangat dari anggota keluarga, rakan-rakan dan pekerja serta anak-anak didiknya, beliau kembali beransur pulih. Katanya, pandemik itu memberikan kesan kritikal kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam negara, terutama terhadap mereka yang tidak berkemampuan.
“Ia antara sebab mengapa tahun ini, 2022 saya berazam membantu lebih dari 1 juta usahawan dalam kelas-kelas percuma yang dianjurkan oleh Richworks International,” ujar Datuk Wira Dr Azizan Osman seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjelang musim perayaan, pastinya bajet kita untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal meningkat. Selain barangan keperluan asas seperti makanan, golongan wanita tentu nak beli juga kelengkapan raya macam baju kurung, kasut dan mekap baru, kan?
Inilah masanya untuk menggunakan kuasa pembeli dengan bijak. Memandangkan produk lokal juga setanding produk antarabangsa, Nona membariskan produk buatan Malaysia yang mesti dimiliki sempena Aidilfitri ini.
HELAIAN RAYA
Himpunan busana raya dari koleksi pereka tempatan membantu industri seni fesyen negara terus berdaya tahan. Kini kebanyakan pereka fesyen menawarkan koleksi berpatutan di platform online, antaranya Alia Bastamam, Rizman Ruzaini, Mimpi Kita dan banyak lagi.
Jenama hijab pun majoritinya keluaran Malaysia. Rambang mata nak pilih, cantik-cantik koleksi pereka tempatan ni.
Antara destinasi membeli-belah kegemaran Nona tentu sekali Jakel dan gedung pasar raya Mydin yang menawarkan banyak busana raya pada harga lebih murah. Tapi kalau bimbang bersesak-sesak, paling senang beli je secara online. Lagi selamat dan menjimatkan, maklumlah banyak yang berkenan di hati.
MEKAP
Kini banyak produk solekan tempatan yang berkualiti tinggi, selamat dan terjamin halal. Tidak perlu berhabis ratusan ringgit kalau ada pilihan lebih baik buatan anak Malaysia. Antara kegemaran Nona pastinya Alha Alfa Cosmetics, NR Cosmetics, Sobella, Obsess, CPG, Bihan Girly Makeup dan banyak lagi.
Paling penting adalah kemahiran dan teknik mengadun warna agar solekan menyerlah cantik. Kini banyak video tutorial percuma di media sosial untuk mengasah skil solekan anda di rumah.
SEPATU & TAS TANGAN
Siapa kata dua aksesori buatan Malaysia ini tak berkualiti tinggi? Himpunan terkini BONIA, Lewre dan Padini antara pilihan Nona sempena Aidilfitri nanti. Selain rekaan moden serta terbaharu di pasaran, harga yang ditawarkan juga jauh lebih berbaloi.
HIDANGAN LAZAT
Di antara jenama tempatan yang masyhur untuk juadah raya tentulah ADABI, Saji, Brahim’s, Baba’s dan Mamee. Kebanyakan jenama rempah-ratus, pek ketupat segera an makanan ringan kegemaran tetamu boleh didapati dari jenama-jenama ini di pasar raya berdekatan.
PILIHAN DI DEPAN MATA
Bertuahnya jadi rakyat Malaysia, kita boleh berbangga dengan pelbagai produk dan jenama tempatan yang berkualiti, dengan harga lebih berpatutan sambil kita membantu menggalakkan pemulihan ekonomi negara.
Sama-samalah kita menyahut seruan Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada waktu ini.
Dengan mengutamakan dan menyokong barangan buatan tempatan, kita membantu negara bangkit daripada impak pandemik COVID-19 sekaligus memulihkan semula ekonomi.
Yang pentingnya, duit lebihan tu boleh dimanfaatkan untuk sedekah. Mengalir juga pahala amal jariah bila tabung masjid penuhkan? Selamat berbelanja dengan bijak!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.