Setiap kali kehadiran bulan Ogos sudah pastinya semangat patriotik membara dalam jiwa setiap anak Malaysia kerana pada bulan ini kita menyambut kemerdekaan negara daripada penjajah.
Bersempena bulan kemerdekaan ini Enfiniti (M) Sdn Bhd telah menyemarakkan lagi semangat anak bangsa dengan mempersembahkan Olabola Merdeka Tour. Persembahan yang gilang gemilang ini bakal menemui peminat Olabola bermula pada 31 Ogos nanti.
Lebih istimewa apabila persembahan Olabola Musical yang diketuai oleh Pengarah dan Penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina ini boleh disaksikan secara PERCUMA di empat buah negeri yang terpilih bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Olabola Merdeka Tour akan memulakan persembahan di Pulau Pinang pada 31 Ogos ini. Peminat boleh melihat sendiri persembahan ini yang akan diadakan di Majestic Theatre Pulau Pinang.
Ads
Seterusnya pasukan ini akan terbang ke Kuching Sarawak untuk beraksi persembahan penuh Olabola The Musical pada 6 hingga 8 September 2019.
Persembahan yang mengambil tempat di Stadium Perpaduan Kuching Sarawak ini bakal mengempakan seluruh penduduk sarawak dan menaikkan semangat patriotik melalui bola sepak.
Ads
Kemudian pasukan ini bakal menemui seluruh peminat di Sabah dan Pahang. Kedua-dua persembahan ini akan dilakukan di Kompleks JKKN Sabah dan Auditorium Darul Makmur, RTM Pahang. Namun, di Pulau Pinang, Sabah dan Pahang hanya disajikan persembahan selama 1 jam “I Cover You” Showcase yang diciptakan khusus sempena tour ini.
Para pelakon yang terlibat dengan tour ini adalah Altimet sebagai Sarjan Ahmad, Brian Chan sebagai “Tauke” Chow Kwok Keong, Luqman Hafidz sebagai Ahmad Ali, Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Chai, Iedil Putra sebagai Rahman Ramli, Tony Eusoff sebagai Coach Harry dan Nabila Huda.
Tiket percuma boleh didapati di temoat pementasan yang bakal berlangsung nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pergolakan rumahtangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana ibarat belum berkesudahan kini memasuki episod baru selepas sebentar tadi, pelakon dan pengarah filem Mat Kilau itu seakan-akan mencabar kesabaran isteri pertamanya dengan meminta dia dan madunya bertenang. Hantaran Syamsul tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi, kebanyakkan terkejut dengan kenyataan dibuat seakan-akan tidak menghormati perasaan isteri pertamanya. “Moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” tulis Syamsul.
Selepas kenyataan Syamsul Yusof tersebut, Puteri Sarah dilihat memuat naik gambar dia dan anak-anaknya dan membuat kenyataan balas minta untuk dilepaskan kerana tidak rela bermadu dan bersuamikan seorang yang toksik dan narsistik. “Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better.”
Sebelum hantaran tersebut dibuat, Puteri Sarah juga ada buat kenyataan betapa kecewanya dia membaca hantaran terbaru Syamsul tersebut. “Syaikhul and Sumayyah sedang membesar and I can’t deny them from phones. Don’t ever hurt my kids and their feelings. Think before u post anything. Jaga sensitivity terhadap anak2 dan family u. Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni.”
Baru-baru ini, Syamsul Yusof mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, secara sah dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Kazar Saidi yang juga pelakon veteran di Thailand. Sejurus selepas itu, Puteri Sarah memberikan respon dengan membuat live dan memberikan maklum balas perkahwinan ‘rahsia’ tersebut.
NONA mendoakan semoga urusan semua pihak diberkati dan dipermudahkan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir lima tahun mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Johor, Ungku Azhar Ungku Maznan, penyampai radio popular Linda Onn akhirnya mengakui dia sedang hamil anak sulung. Memuat naik foto eksklusif tentang dirinya di Instagram petang tadi, Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn nyata teruja menyambut kehadiran cahaya mata yang amat dinanti-nantikan tersebut.
Tulis Linda, “Buat semua peminat-peminat dan kawan-kawan Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior… coming soon. Syukur Alhamdulillah.”
Berdasarkan keadaan perut yang makin membesar, mungkin kandungan Linda sudah pun berusia lima bulan ke atas. Atau mungkin akan berkongsi tarikh kelahiran sama dengan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza?
Pengumuman Linda menerusi Instagramnya juga mendapat reaksi ramai kenalan artis yang turut menzahirkan ucapan tahniah dan berharap keadaan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat hingga saat melahirkan kelak. Desas-desus mengenai kehamilan Linda Onn mula bertebaran sejak dia memuat naik gambar buah mangga pada September tahun lalu. Namun waktu itu, empunya badan tidak memberikan sebarang kenyataan.
Semoga Linda diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan kelak. Untuk makluman, Linda Onn dan Ungku Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2013.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita berhijab seringkali mementingkan penampilan saat keluar dari rumah. Tudung yang kemas dan terletak adalah perkara paling utama yang dilihat wanita berhijab. Namun adakah anda tahu mengenai penjagaan tudung yang betul agar ia tahan lebih lama? Tudung mahal atau pun murah memerlukan penjagaan yang betul dan tepat. Ia boleh memberi kepuasan saat memakainya sekaligus menjimatkan wang anda daripada membeli yang baharu. Nona kongsikan 5 langkah mudah untuk menjaga tudung agat tahan lebih lama!
LANGKAH 1
Tudung hendaklah dicuci dengan menggunakan tangan. Gunakan cecair pelembut sebagai bahan pencuci dan celupkan beberapa kali kemudian gosokkan tudung tersebut dengan perlahan-lahan.
LANGKAH 2
Elakkan merendam tudung terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kerosakan tekstur tudung tersebut.
LANGKAH 3
Hindari dari menjemur tudung anda di bawah sinaran terus matahari. Hanya dianginkan sahaja sehingga kering.
LANGKAH 4
Gunakan penyepit pada bahagian hujung dan biarkan di bergantung ke bawah sewaktu menyidai.
LANGKAH 5
Jika tudung anda mempunyai sulaman, gosoklah bahagian sulam tersebut dari bahagian dalam tudung tersebut dari bahagian dalam tudung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!