Sembunyikan MATA LESU, Tiru 10 Helah Solekan Menarik Ni!

Tidak perlu mengupah jemari profesional untuk bersolek, asalkan anda tahu mengaplikasi warna untuk menyerlahkan sepasang mata yang menarik. Nona merungkai 10 helah bijak dari jurusolek terkemuka agar stail solekan mata yang dioles membuat aset wajah terlihat lebih bermaya!

Seperti magnet, mata setiap wanita punya daya kuasa yang mempesona. Menjadi penarik, jikalau pandai melirik serta dirias warna-warna etnik. Biru firus, hijau nilam dan ungu, tiga nuansa misteri yang bila dipadu, mencipta keindahan yang membingkai wajahmu. Mata itu ibarat jendela, lalu serlahkannya agar sempurna…

Helah #1 – Atasi visual mata ‘jatuh’ dengan pembayang rona cerah atau nude

, betul-betul di atas garisan kening anda. Menurut Pengarah Artistik Trucco Cosmetics, Jo Davis, rona cerah ini akan mencipta ilusi kening yang tinggi dan membuatkan mata yang letih nampak segar.

Helah #2 – Bimbang jika garisan eyeliner menjadi comot? Samarkan dengan sapuan serbuk pembayang mata rona sepadan. Trik untuk memastikan garis ini berkekalan, pastikan anda menyapu krim mata, diikuti sapuan bedak terlebih dahulu.

Helah #3 – Jadikan mata anda tampak lebih besar dengan menggunakan alat pelentik bulu mata. “Mulakan dari bahagian yang paling hampir dengan pangkal mata dan perlahan-lahan gerakkan pelentik hingga ke hujung.” Kata pakar solekan Napoleon Perdis.

Helah #4 – Gemarkan maskara kalis air tapi malas untuk mencucinya? Menurut jurumekap selebriti, Nick Barose, kenakan selapis maskara biasa dahulu kemudian diikuti maskara kalis air di atasnya.

Helah #5 – Cipta pandangan yang segar dengan penggunaan penggaris mata rona putih atau nude di bawah alis mata. Tekan pipi ke bawah sehingga anda dapat melihat garis ‘dalam’ mata. Menggunakan pensel, layangkan garisan nipis.

Helah #6 – Dapatkan rupa mata yang muda dengan mengusap krim mata di sekeliling lingkaran mata untuk mengurangkan visual garis kedutan. Kemudian pedapkan penyamar cela di bahagian lingkaran gelap agar warna kulit muncul sekata.

Helah #7 – Pembayang mata adalah asas solekan terbaik untuk melindungi kedutan. Berbanding rona-rona lembut, pilihlah rona-rona tanah atau gelap bagi menampakkan kesegaran. Highlight bahagian dalam mata dengan rona emas dan kenakan maskara.

Helah #8 – Sesekali tampil seksi dengan solekan wanita Arab pasti dapat menyerlahkan wajah, apa lagi jika matamu dilatari warna-warna gelap dan dicalit serbuk emas atau perak pada kelopak mata. Ciri utama yang penting adalah calitan celak bersayap pada penjuru mata (cat eyes

) dengan gincu berona pucat.

Helah #9 –Pastikan anda melabur pada lensa kaca mata yang berkualiti dan tidak memantul cahaya (anti-reflection) agar solekan mata kelihatan menyerlah. Solekan yang ringkas cukup dengan sekadar menggaris mata dan kening yang kemas.

Helah #10 – Lihatlah solekan sebagai satu pakej yang lengkap. Solekan mata galak harus dipadukan gincu tipis dan sedikit pucat, manakala gincu yang terang harus dipadankan solekan mata yang neutral.

IKLAN
Share