KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj memang seorang raja berjiwa rakyat. Baginda terkenal dengan sikap ramah ketika berada bersama rakyat jelata.
Foto: Instagram @istana_negara
Kegemaran Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah pada masa lapang ialah membaca, memasak, menjahit dan bermain golf. Namun, Baginda telah memaklumkan melalui laman Instagramnya bahawa telah mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.
Foto: Facebook Istana Negara
“Pagi tadi saya main golf, tak perasan lubang sprinkler dan saya jatuh/terseliuh kaki kiri saya. Alhamdulillah, hanya bengkak. Hari Selasa saya akan buat MRI. Terima kasih kerana ramai yang mendoakan. Nak sangat jadi golf champion!!! Syukur ankle tak patah, hanya sakit bisa je!” titah Tunku Azizah.
Ads
Foto: Instagram @istana_negara
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah turut memuat naik gambar kaki kiri Baginda yang berbalut selepas menerima rawatan. Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, amin.
Selain itu, Tunku Azizah juga berbakat dalam bidang penulisan. Sebuah buku masakan hasil daripada Baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang” telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005 yang lalu. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke TAFF.
Ads
Foto: Facebook Istana Negara
Baginda telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor. Raja Permaisuri Agong merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rata-rata mengetahui zodiak mempengaruhi personaliti seseorang individu. Ia juga boleh menentukan bintang zodiak manakah yang serasi bersama. Oleh sebab itu, Anda akan terfikir bagaimana untuk mencari pasangan yang sesuai untuk anda.
Ketika anda menemukan pasangan yang ideal, pasti anda ingin mengetahui mengenai pasangan anda dengan lebih dalam lagi dan adakah si dia serasi bersama anda. Salah satu cara yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat tanda-tanda dari zodiak.
Ini kerana zodiak mempengaruhi keperibadian seseorang dan anda boleh melihat keserasian atau “chemistry” dengannya. Berikut adalah pasangan yang sesuai dan serasi berdasarkan zodiak!
ARIES (21 MAC – 19 APRIL)
Pasangan serasi : Leo dan Sagitarius. Kedua-duanya mempunyai cukup tenaga untuk bersama Aries. Dengan Leo, Aries akan belajar cara seni dalam berkongsi Spotlight yang sama dan Aries pasti akan mula bersinar bersama Sagitarius.
Pasangan tidak serasi : Libra. Kadang-kadang perkahwinan Libra dan Aries sering mencetus pegaduhan besar.
TAURUS (20 APRIL – 20 MEI)
Pasngan serasi : Virgo dan Capricorn. Kedua-duanya akan sentiasa stabil dalam perhubungan. Capricorn juga baik dalam hubungan platonic.
Pasangan tidak serasi : Scorpio. Mereka akan fokus pada keseimbangan dalam emosi manakala Taurus fokus pada keseimbangan material. Gandingan ini boleh menyebabkan situasi tegang dan pertelingkahan.
GEMINI (21 MEI – 2O JUN)
Pasangan serasi : Libra dan Aquarius. Gemini akan menghargai perasaan kurang cemburu yang ada pada Libra dan suka akan budaya, seni dan berlibur. Seorang yang berbintang Aquarius pastinya sering memberikan kejutan pada Gemini yag semestinya menyukainya.
Pasangan tidak serasi : Sagitarius. Apabila Gemini menjalani kehidupan dalam mencari pengetahuan, Sagitarius pula mencari hikmah. Kalian pasti akan mampu memahami antara satu sama lain tetapi kalian juga akan kerap bertelingkah.
CANCER (21 JUN – 22 JULAI)
Pasangan serasi : Scorpio dan Pisces. Scorpio cenderung untuk menjadi dominan, yang melengkapi sifat penyayang anda. Pisces memahami perasaan dalaman anda.
Pasangan tidak serasi : Capricon. Zodiak kambing menumpukan pada hubungan dan pasangan mereka. Mereka mempunyai fokus yang lebih untuk mendapatkan wang, yang menjadikan Cancer merasakan terlalu bersahaja.
LEO (23 JULAI – 22 OGOS)
Pasangan serasi : Aries dan Sagittarius. Sagittarius dapat melihat mata ke mata dengan anda apabila berbicara tentang falsafah terhadap kehidupan, manakala sifat api Aries kala bercampur sifat api yang ada pada anda boleh memulakan api kebencian di kamar tidur.
Pasangan tidak serasi : Aquatarius.
Anda berdua akan serta-merta menarik antara satu sama lain. Anda mempunyai banyak persamaan dimana kedua-duanya mempunyai impian yang besar dan mahu perkara-perkara yang lebih besar dalam hidup. Masalahnya adalah pendekatan anda dan dia adalah berbeza dan ini merupakan salah satu aspek yang boleh membuatkan kalian tidak serasi bersama.
VIRGO (23 OGOS – 22 SEPTEMBER)
Pasangan serasi : Taurus dan Capricorn. Capricorn berkongsi cinta dengan anda untuk kesempurnaan, manakala anda pula akan menyukai Taurus sepenuh jiwa dan raga.
Pasangan tidak serasi : Pisces. Virgo adalah praktikal manakala Pisces pula seorang yang suka berangan-angan. Satu laying-layang, satu lagi batu tetapi kelicikan Virgo mudah memotong talinya.
LIBRA (23 SEPTEMBER – 22 OKTOBER)
Pasangan serasi : Aquatarius dan Gemini. Anda akan menikmati kehidupan sosial yang sama rata dengan Aquarius manakala Gemini pula cukup banyak keserasian dari segi inteletual dan hubungan intim.
Pasangan tidak serasi : Aries. Tarikan anda terhadap Aries tidak dapat dinafikan dan sebaliknya. Aries mungkin terlalu demanding dan terlalu mengharapkan kepada Libra akan sentiasa memberinya pujian.
SCORPIO (23 OKTOBER – 21 NOVEMBER)
Pasangan serasi : Pisces dan Cancer. Pisces yang suka angan-angan akan membolehkan anda untuk menerajui dan perbezaan anda saling melengkapi antara satu sama lain, mankala devotion Cancer akan mengelakkan anda dari perasaan cemburu.
Pasangan tidak serasi : Taurus. Anda dan Taurus sebenarnya mempunyai banyak persamaan apabila ia datang kepada cara anda melihat sesebuah perhubungan. Masalahnya kalian berdua sangat degil, yang mana boleh menyebabkan hubungan kalian menjadi sukar.
SAGITTARIUS (22 NOVEMBER – 21 DISEMBER)
Pasangan serasi : Leo dan Aquarius. Aquarius yang suka mereka cipta akan sering memuji semangat anda yang sukakan cabaran, terutamanya sejak dua daripada kamu berterusan dalam melalui perubahan. Leo juga mampu merangsang anda masuk dan keluar dari dalam sesebuah lembaran kehidupan.
Pasangan tidak serasi : Gemini. Anda akan menyukai cara Gemini yang fun-loving, tetapi kalian berdua akan terlarang untuk mengekalkan komitmen perhubungan dalam jangka panjang.
CAPRICORN (22 DISEMBER – 19 JANUARI)
Pasangan serasi : Taurus dan Virgo. Virgo dan anda seakan satu pasangan yang berani menyahut sebarang cabaran dalam kehidupan. Anda mahu rumah yang teratur dan mengidamkan kejayaan. Taurus sama seperti anda yang sentiasa meletakkan nilai yang tinggi pada wang dan sekuriti, yang akan membuatkan anda berasa sentiasa selamat.
Pasangan tidak serasi : Cancer. Kanser mungkin pasangan yang boleh bertahan lama tetapi mungkin personality semual jadinya tidak serasi dengan kehendak emosi anda.
AQUARIUS (20 JANUARI – 18 FEBRUARI)
Pasangan serasi : Sagittarius dan Gemini. Sagittarius sosial dan sahut cabaran yang sama seperti anda dan kehidupan bersama-sama pastinya akan menjadi kaya, kreatif, menyeronokkan , dan boleh bertahan kala ujian mendatang. Gemini akan sentiasa melengkapkan anda dengan begitu baik.
Pasangan tidak serasi. Leo. Anda akan tertarik kepada sifat karisma dan sebati dalam seni secara semula jadi Leo. Leo akan tertarik kepada anda dari segi seri semula jadi. Namun, masalah mungkin terjadi apabial sifat semula jadi yang mementingkan diri ada pada Leo.
PISCES (19 FEBRUARI – 2 MAC)
Pasangan serasi : Cancer dan Scorpio. Cancer memenuhi jiwa anda. Scorpio pula akan menjadi sangat menarik bagi anda. Ramai pasangan Scorpio/Pisces mendakwa mereka jatuh cinta pandang pertama. Kedua-duanya mempunyai emosi yang sangat mendalam.
Pasangan tidak serasi : Virgo. Sifat kreatif anda akan membuatkan Virgo senang-lenang dan keperluan mereka akan membuatkan anda rasa terkongkong.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak sisi gelap buat bisnes keluarga, terkini Che Nom luah anak saudara tergamak lapor pihak berkuasa tak jaga kebajikan pekerja.
Pempengaruh masakan, Che Nom atau nama penuhnya Normah Bakar, berkongsi di media sosial apabila mendakwa telah dianiaya oleh anak saudara sendiri.
Menurut wanita asal Kedah itu, anak saudara yang dianggap seperti anak kandung dan diberikan pekerjaan itu tergamak membuat laporan atas kes majikan tidak menjaga kebajikan pekerja.
Youtuber popular itu amat terkilan apabila segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan perkara yang tidak terduga sehingga mereka menerima surat saman daripada pihak berkuasa.
“Sedih sangat hati ni, sampai menitis air mata bila teringat balik. Ni bukan resepi, tapi rasa terkilan sangat-sangat pasal keluarga sendiri.
Che Nom buat bisnes kecil-kecilan je, bisnes keluarga, niat memang nak bantu ahli keluarga sendiri. Yelah kan, kalau bukan kita yang tolong keluarga, siapa lagi nak tolong?
Che Nom ambil anak saudara kerja sekali, walaupun dia tak ada kelulusan berkaitan. Anak saudara ni bukan orang lain, Che Nom sendiri yang besarkan dia dari kecil. Basuh berak dia, hantar pergi sekolah, masak setiap hari untuk diaorang makan.
Bila dah besar sikit, Che Nom ambil kerja sekali sebab nak bagi peluang, nak bagi dia survive kat Klang Valley ni. Kita bagi fixed income bulanan supaya hidup dia senang sikit kat sini.
Che Nom ajar dia dari kosong, siap buatkan slide langkah demi langkah macam mana nak guna Premiere Pro. Kamera pun Che Nom ajar satu-satu, tekan butang pun kena tunjuk. Cari rumah pun kita yang uruskan.
Che Nom sendiri kadang-kadang masakkan untuk dia makan. Bukan berkira pun, sebab memang anggap macam anak sendiri.
Kerja tak banyak sangat pun, seminggu tak sampai 20 jam. Bila nak pergi Umrah, Che Nom bagi je cuti sampai sebulan—bukan sekali, tapi dua tahun berturut-turut.
Bukan setakat cuti, gaji penuh tetap bagi, duit poket Che Nom tambah lagi, visa pun Che Nom bayarkan. Semua sebab nak bantu ikhlas hati.
Tapi tiba-tiba, dia boleh pergi report ke JTK dan KWSP guna bayaran tetap bulanan sebagai bukti Che Nom tak jaga kebajikan pekerja. Ya Allah, memang sedih sangat bila dapat tahu. Lepas tu ni pula tiba-tiba dapat surat saman dari Jabatan Tenaga Kerja, bertambah-tambah kecewanya.
Che Nom tak faham kenapa kebaikan kita dipijak-pijak macam ni. Kita tolong dengan ikhlas, tapi balasan macam ni pula yang kita dapat. Sistem kerajaan pun satu hal, tak faham beza antara bantu ahli keluarga secara santai dengan syarikat besar yang ada HR dan kontrak bagai.
Che Nom harap sangat sistem kat Malaysia ni boleh faham realiti bisnes keluarga kecil-kecilan macam kita ni. Kalau semua benda kena formal sangat, susahlah kita nak bantu keluarga sendiri. Kita meniaga sebab nak cari rezeki halal, bukan nak kena tikam belakang macam ni,” tulisnya panjang lebar.
Cukup kecewa dengan realiti bisnes keluarga kecil-kecilan seperti ini, Che Nom tetap percaya ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Beliau berharap ia menjadi pengajaran buat semua.
Isu ini mendapat perhatian netizen yang sebahagiannya bersimpati dengan Che Nom namun menyedari sisi gelap bisnes keluarga yang tak selalunya indah.
Namun asasnya ramai memberi pandangan walaupun seseorang majikan hire ahli keluarga sendiri, beliau tetap terikat undang-undang dan kena patuh hak pekerja walau seerat apa pun ‘ikatan darah’ tu.
TikTok untuk wanita kini bukan sekadar platform hiburan seperti video tarian, resipi viral atau trend media sosial. Realitinya, platform ini semakin menjadi ruang ekonomi baharu yang membantu ramai wanita menjana pendapatan sendiri.
Menurut Laporan Impak Sosioekonomi Malaysia 2025, ekosistem TikTok menyumbang sekitar RM20 bilion dalam Nilai Tambah Kasar (Gross Value Added – GVA) kepada ekonomi Malaysia.
Angka ini bersamaan hampir 4% daripada keseluruhan ekonomi digital negara dan turut menyokong kira-kira 147,000 peluang pekerjaan termasuk pencipta kandungan, penjual dalam talian dan usahawan kecil.
Bagi ramai wanita, perkembangan ini menjadikan TikTok untuk wanita sebagai platform yang membuka peluang baru untuk menjana pendapatan secara fleksibel. Tonton video ini…
Laporan tersebut diterbitkan bersama firma perunding global Kearney, yang menjalankan analisis bebas bagi menilai kesan sebenar platform ini terhadap ekonomi Malaysia.
“Analisis kami menunjukkan ekosistem TikTok telah melangkaui peranannya sebagai platform hiburan, dan menjadi pemangkin ekonomi yang penting dalam memupuk inovasi, keusahawanan dan pertumbuhan inklusif.”
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai wanita di Malaysia mula menggunakan TikTok bukan sekadar untuk menonton kandungan, tetapi juga untuk membina kerjaya digital.
Platform TikTok untuk wanita membolehkan sesiapa sahaja berkongsi kepakaran, menjual produk atau membina jenama peribadi tanpa memerlukan modal besar.
Antara kelebihan utama yang menarik minat ramai wanita ialah:
Inilah sebab mengapa semakin ramai wanita melihat TikTok sebagai peluang ekonomi sebenar, bukan sekadar aplikasi hiburan.
Salah satu kekuatan utama TikTok untuk wanita ialah keupayaannya membantu usahawan kecil berkembang melalui platform digital.
Kini, lebih 1.8 juta perniagaan tempatan di Malaysia menggunakan TikTok Shop untuk menjual produk mereka.
Platform ini juga membantu ramai usahawan wanita membina kemahiran digital penting seperti:
Kajian tersebut juga menunjukkan 97% perniagaan menganggap TikTok sebagai sumber pendapatan penting.
Malah, kira-kira 50% perniagaan menyatakan TikTok menyumbang lebih 40% daripada jumlah jualan mereka.
Sebanyak 40% pula memulakan perniagaan mereka melalui platform ini.
Selain bisnes, TikTok untuk wanita juga membuka peluang kerjaya sebagai pencipta kandungan digital.
Laporan tersebut menunjukkan:
Ini menunjukkan bahawa bidang penceritaan digital dan penciptaan kandungan kini semakin diiktiraf sebagai kerjaya yang berdaya maju.
Menurut Firdaus Bin Fadzil, Ketua Dasar Awam Malaysia di TikTok, platform ini komited menyokong pencipta dan perniagaan tempatan.
“TikTok komited untuk memupuk inovasi, memperluas akses inklusif, serta menyokong kelestarian jangka panjang pencipta dan perniagaan Malaysia, khususnya PMKS.”
Tekanan kos sara hidup membuatkan ramai rakyat Malaysia mencari sumber pendapatan tambahan.
Dalam keadaan ini, TikTok untuk wanita menjadi salah satu platform yang memberi peluang kepada ramai wanita untuk berdikari secara kewangan.
Dengan sumbangan RM20 bilion kepada ekonomi digital Malaysia, jelas bahawa TikTok kini memainkan peranan penting dalam membuka ruang ekonomi baharu.
Bagi ramai wanita, ia bukan lagi sekadar aplikasi hiburan — tetapi satu peluang untuk membina kerjaya, perniagaan dan masa depan yang lebih fleksibel.
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.