Menghitung hari menunggu detik tibanya Ramadan atau membilang hari berakhirnya PKP. Bersabarlah wahai umat manusia. Barangsiapa yang selalu bersabar, pasti akan beroleh kemenangan.

IKLAN

Orang yang bersabar dalam menghadapi ujian, menerima semua ketentuan Allah atas semua kesulitan, nescaya Allah akan menampakkan kepadanya kebaikan agar ia dapat memahami masalah yang tersembunyi di sebalik itu.

Pasti ada hikmah disebalik PKP dalam keadaan umat Islam bakal menyambut Ramadan. Pastinya Ramadan kali ini amat bermakna dan insyaAllah kita dapat menghayatinya dengan lebih sempurna.

Ramai mula berkongsi luahan melalui WhatsApp tentang Ramadan 2020. Sis Kiah pun teruja dengan satu perkongsian yang diterimanya.  Bicara hamba Allah ini, benar-benar menusuk ke dalam hati dan sanubari untuk buat yang lebih baik menjelang Ramadan.

Tahun ini kita tak perlu fikir sangat malam nak makan menu apa, makan apa sahaja yang ada rezeki dalam rumah. Tak perlu risau, Syawal nak pakai baju apa atau nak balik kampung siapa. Tak ada lepak malam-malam lepas moreh sampai ke pagi bangun terlajak sahur.

Ramadan sepatutnya time untuk ‘self-reflection’, dan self-reflection adalah lebih berkesan kalau kita menyendiri (solitude).

Nabi Yunus (Jonah) bertaubat apabila terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Rasulullah menerima wahyu ketika bertafakur bersendirian di gua Hira. Kita lebih mudah untuk sedar dosa pahala kita dan ‘reconnect’ dengan Sang Pencipta kalau kita bebas daripada gangguan luaran, termasuk orang di sekeliling kita.

Sebab itu kalau kita baca sirah Rasulullah, kisah Sahabat atau alim ulama, mereka mengamalkan ‘uzlah’ (mengasingkan diri) apabila masuk Ramadan. Beribadah setiap masa sepanjang sebulan. Sebab fokus bulan Ramadan adalah memperbaiki jiwa, bukan melayan nafsu fizikal.

Of course kita bukan alim ulama, kita ada budaya sendiri, ada hubungan manusia yang kena dijaga. Tapi kita dah sampai satu tahap yang sangat berlebihan (excess) sehingga menyimpang dari makna Ramadan itu sendiri.

IKLAN

Bazar Ramadan. Membeli melebihi keperluan satu hal, then kekadang tak tau kenapa peniaga dan pelanggan boleh bergaduh sampai terpekik-pekik. Habis kurus pahala.

Lepas beli makanan tu duduk seisi keluarga, sahabat, taulan tunggu masuk waktu Maghrib. Berapa ramai di waktu ni sempat membaca Quran atau berzikir? Atau niat kita dah jadi tunggu nak buka bungkusan makanan semata-mata?

Buffet Ramadan. Makan tak habis satu hal, makan pula sampai perut pecah, tak sempat Isyak dan Tarawih. Kenyang punya pasal esok hari Subuh, dah jadi gajah. Ramadan sepatutnya time untuk berdisiplin, kurangkan makanan fizikal dan banyakkan makanan spiritual, tapi kapitalis pemilik hotel mewah trick kita untuk jadi lebih rakus berbanding bulan-bulan biasa.

IKLAN

Terawih tak ikhlas. Boleh buat di rumah, tapi nak juga pergi masjid besar sebab nak rasa ‘gah’ bersolat di belakang imam ternama. Kalau imarahkan masjid setempat tak apa lagi. Instafemes (segelintirnya tidak semua) pergi tarawih sebab nak ambil peluang show off pakai telekung dan jubah mahal, sambil menunjuk-nunjuk diri beribadah.

Hari-hari terakhir Ramadan lagi lah, dah tak ada rupa Ramadan. Sibuk buat persiapan balik kampung. Shopping baju raya. Shopping kuih raya. Pergi Mood Republik, pergi Jakel. Jalan jam sampai 3 pagi. 10 malam terakhir disia-siakan akibat benda-benda materialistik.

Jadi ambil lah peluang PKP ni untuk back to basic. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah apatah lagi di bulan Ramadan: makan secara minima, solat on time, tidur awal bangun awal, keep on membaca Quran dan berzikir sampailah azan Maghrib.

Sesungguhnya COVID adalah ‘reset’ button untuk ingatkan manusia tentang kemanusiaan, dan kembalikan manusia kepada asas fitrah… InsyaAllah. Semoga dipermudahkan urusan Ramadan kita tahun ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI