
Alhamdulillah, tahniah Elisya Sandha dan Uzair Haqimy yang selamat timang cahaya mata sulung pada 18 Jun lepas. Walau terlewat dua hari daripada jangkaan tarikh bersalin namun semuanya dipermudahkan dan kedua-dua ibu serta anak berada dalam keadaan sihat walafiat.
Pastinya selain Elisya dan suami, penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly sangat gembira dengan perkhabaran tersebut. Apatah lagi, ini merupakan cucu pertama. Siapa tak teruja, kan?
Menyedari keterujaan ibu mentua, Elisya dan Haq setuju untuk menamakan anak sulung mereka mengikut pilihan nama Sheila Rusly iaitu Bunga Elhaq. Pandai isteri Jinggo ini pilih nama cucu! Sesuai dan klasik.




Tambahan pula, ketika Baby Shower Elisya dan Haq pada awal Jun lepas pasangan muda ini memaklumkan nama anak mereka dipilih oleh Sheila Rusly dan mempunyai gabungan nama mereka berdua.
Belum bersedia berkongsi wajah anak sepenuhnya, Elisya menzahirkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuan. “And our new chapter has begun. To my love, Bunga Elhaq I love you with all my heart, carried you for 9 months and now I will be carrying you in my arms forever.”
Baru saja lahir, Bunga Elhaq sudah pun mempunyai akaun Instagram sendiri dan mempunyai hampir 10 ribu followers dalam masa kurang daripada sehari.


Kongsi Elisya kepada Nona dalam temu bual eksklusif coverstory digital Jun 2022, adik kepada Fasha Sandha ini memberitahu dia berpantang di rumah Sheila Rusly memandangkan ibunya, Mama Sandha agak sibuk dengan rutin harian.
“Saya rasa waktu Mama Sheila lebih fleksibel. Lagipun Mama Sheila ada production sendiri, kalau tak ada shooting, dia boleh jaga saya dan baby. Jadi sebab itu saya rasa lebih convenience duduk berpantang di rumah Mama Sheila.”
Mengulas perancangan untuk memiliki zuriat seterusnya kelak, Elisya tidak menolak rezeki namun berharap dapat mempunyai tiga hingga empat orang cahaya mata.

“Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayang. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Elisya dan Haq selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!














Atas keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar, Hard Rock Hotel Desaru baru-baru ini menyahut seruan dengan melaksanakan Earth Hour untuk memberi kesedaran dan ruang untuk para tetamu untuk sama-sama menjadikan aspek penjagaan alam sekitar sebagai amalan gaya hidup.
Hard Rock Hotel Desaru telah turut serta dalam kempen Earth Hour dengan memastikan sebahagian besar Hard Rock Hotel Desaru meminimakan penggunaan elektrik selama 1 jam dari jam 8.30 malam ke 9.30 malam. Kesemua lampu di bahagian lobi, restoran, bar dan kawasan umum dimatikan selama 1 jam.
Bertemakan “Shape Our Future”, rakan media telah dibawa melihat sendiri bagaimana Hard Rock Hotel Desaru mengaplikasi semangat kitar semula dan selamatkan alam sekitar untuk para tetamu lebih menghargai kepentingan memelihara alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Sepanjang tempoh tersebut, para tetamu yang menginap di Hard Rock Hotel Desaru berpeluang melihat sendiri bagaimana baja organik atau semulajadi dihasilkan dengan menggunakan sisa makanan yang dibuang. Sekaligus, baju organik ini digunakan sebagai baja untuk tanaman herba-herba yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh pihak hotel.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah bagaimana Hard Rock Hotel Desaru membuat proses kitar semula cadar serta sarung bantal terpakai dan sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan bag tote dengan gabungan psychedelic art dari plant dyes. Para tetamu berpeluang membuat sendiri beg tote mereka mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing!
Tidak cukup dengan itu, Hard Rock Hotel Desaru turut melancarkan “Hornbill Villas”, sebuah projek untuk menggalakkan burung enggang datang ke persekitaran Hard Rock Hotel yang merimbun dengan pelbagai pepohon menghijau sekaligus menjadi sarang untuk burung istimewa tersebut bertelur dan seterusnya menambahkan lagi populasi burung istimewa tersebut. Projek istimewa tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru, Murray Aitken.
“Hard Rock Hotel Desaru Coast sentiasa menitikberatkan soal penjagaan alam sekitar dan projek ini adalah antara usaha kecil Hard Rock Hotel Desaru untuk memastikan kesinambungan hidupan semulajadi di kawasan Desaru ini sentiasa terpelihara sekaligus menjadi daya penarik untuk para tetamu berkunjung ke Hard Rock Hotel Desaru,” ujar Murray yang mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai pengusaha hotel dan restoran yang profesional.




