Kuku yang dirias tidak semestinya sihat dan kuat. Penjagaan rapi pada kuku juga amat penting kerana ia turut mencuri tumpuan saat berdampingan dengan orang lain.
Tentu ramai yang memilih penjagaan kuku paling mudah iaitu dengan berkunjung ke salun kecantikan dan mendapatkan khidmat medicure dan pedicure. Kalau ada bajet lebih, tak ada masalah. Tetapi, anda sendiri perlu rajin meneliti keperluan kuku anda,jangan hanya harapkan penata rias saja.
Setiap hari, perhatikanlah perubahan pada kuku anda. Gunakan kesempatan waktu yang ada untuk merancang rawatan kuku yang ingin anda lakukan pada hujung minggu nanti. Jom kita mulakan hari ini!
Sentiasa menjaga kebersihan
Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih dari kotoran. Jika anda memakai pewarna kuku, bersihkan sisa pewarna yang comot pada jari dengan menggunakan pembersih kuku.
Atau, anda juga boleh mengambil berus gigi lama dan sabun. Gosokkan pada kuku dan kulit dengan perlahan untuk membersihkan kotoran serta menggalakkan pengelupasan kulit mati tanpa perlu menggunakan bahan kimia atau skrub mahal.
Sentiasa lembut
Ads
Kuku anda sangat halus. Membersihkan dengan cara yang kasar boleh menyebabkan kuku mudah rosak dan dijangkiti kuman. Anda tidak digalakkan menggunakan peralatan besi terlalu kerap di bawah kuku kerana ia boleh merosakkan kulit.
Trim kuku
Biasakan diri untuk trim kuku anda, sama seperti rambut. Luangkan masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk aktiviti trim kuku supaya kuku tumbuh cantik dan sekata.
Hargai kesihatan berbanding ukuran
Bagi sesetengah wanita, kuku yang panjang kelihatan cantik walaupun di sebalik cat warna itu, kuku anda merekah dan pecah! Kuku yang pendek sentiasa nampak kemas dan bersih. Ia juga membolehkan kuku tumbuh dengan lebih sihat dan cantic.
Ads
Tidak membuang kutikel
Tahukah anda kutikel pada kuku sebenarnya mempunyai fungsi untuk melindungi kawasan sekitar bawah kuku. Jika anda membuangnya, ia akan memudahkan bakteria untuk menjangkiti kawasan tersebut. Semakin anda membiarkan kutikel, semakin kuku anda menghargai anda.
Seminggu sekali selepas mandi, hanya tolakkan dengan perlahan kutikel dengan menggunakan kayu khas untuk kutikel dan sapu losen untuk membiarkannya lembut dan lebih kemas.
Kebersihan peralatan kuku
Penjagaan kebersihan pada peralatan kuku adalah sangat penting. Pastikan setiap kali membersihkan kuku, anda mencuci di celahan ketip kuku dan tweezer yang digunakan agar bakteria tidak membiak.
Ads
Sentiasa menjaga kelembapan
Setiap malam anda pasti tidak lupa untuk menyapu pelembap pada wajah kan? Begitu juga pentingnya kelembapan untuk melindungi kuku. Gunakan campuran minyak kacang almond dan avocado pada kuku dan kutikel agar ia sentiasa lembap dan berkilat.
Kawal diet
Tambahan vitamin dan supplemen seperti biotin, vitamin E dan minyak ikan dalam regimen harian anda boleh memberikan protein terbaik untuk kuku. Ada juga pakar berpendapat, kekacang dan ikan adalah sumber terbaik yang boleh anda amalkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merafak Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-49 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku!
Tanggal 4 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin. Menerusi perkongsian gambar di Selangor Royal Office, sememangnya ramai rakyat terpegun dengan keanggunan dan kejelitaan milik baginda. Lebih istimewa sempena hari kelahiran baginda dan buat julung kalinya laman rasmi keluarga diraja Selangor ini berkongsi potret DYMM Tengku Permaisuri Selangor mengenakan perhiasan mahkota yang pernah dipakai oleh nenda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Maha Mulia Almarhum Tengku Ampuan Raja Jemaah.
Yang pasti, perkongsian tersebut sarat dengan nilai sentimental tersendiri buat keluarga diraja Selangor dan menyerlahkan lagi pesona Tengku Permaisuri Norashikin.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor mengenakan perhiasan mahkota yang pernah dipakai oleh nenda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Maha Mulia Almarhum Tengku Ampuan Raja Jemaah
Berita perkahwinan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin masih segar di ingatan rakyat meskipun sudah hampir empat tahun berlalu. Sebaik mengetahui khabar gembira itu pada tahun 2016, ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang berjaya menawan hati Sultan Sharafuddin.
Dari hari pertama melihat wajah Permaisuri Selangor ini, ramai yang mengakui tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang juga
merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005.
Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Empat tahun bergelar Permaisuri Selangor, penampilan baginda ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin
sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen.
Menerusi gambar-gambar Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan baginda gemar mengenakan aksesori rantai dan subang mutiara. Malah, baginda juga cukup elegan menyarung busana tradisi seperti kurung dan kebaya.
Kredit : Facebook Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
YouTuber dan Vlogger terkenal, FaaFirds yang berusia 24 tahun ini sering menjadi perhatian kerana sering berkongsi koleksi video menarik berkaitan kecantikan, fesyen dan kosmetik khususnya berjenama antarabangsa.
FaaFirds atau sebenarnya, Nurfarhanah Ahmad Firdaus mula aktif berkongsi video di socmed sejak usianya 19 tahun. Bagi FaaFirds ia bukan sekadar memberi kepuasan terhadap minatnya sendiri malah dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat sebagai seorang instafamous terkenal.
“Saya seorang yang berani mencuba perkara baru seperti gaya solekan dan fesyen. Saya sering katakan kepada diri sendiri, kalau bukan sekarang bila lagi nak mencuba? Kita tak akan selamanya muda, bukan? Inilah masanya dan selagi ia mengikut syariah serta tak keterlaluan bagi saya tiada masalah.
Untuk kekal cantik, saya ada mengamalkan rutin penjagaan wajah tersendiri. Setiap malam saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk lakukan 13 step wajib sebelum tidur.
Belajar dari pengalaman, sebelum ini wajah dan mata saya pernah bengkak macam kena tumbuk gara-gara mengambil mudah soal penjagaan wajah sehingga terpaksa dimasukkan ke emergency room (ER). Doktor kata ada reaksi alergi kerana saya mencuba terlalu banyak produk dalam satu masa.
Disebabkan itu, saya terpaksa berehat selama tiga bulan,” kongsi FaaFirds yang turut mengamalkan petua bedak sejuk yang dikongsi oleh Mamanya yang berketurunan Cina. FaaFirds mengamalkannya sejak berusia 12 tahun.
Manakala inspirasi fesyen saya ialah Scha Al-Yahya. Walaupun gayanya ringkas namun very edgy. Stail Scha memang chill dan fashionable. Pakai apa pun tetap nampak cantik dan terletak. Idola luar negara pula ialah instafamous kelahiran Arab, Maria Alia yang gemar menyarungkan turban.
Seorang lagi idola saya ialah Lina Alghouti yang sering tampil dengan imej ‘maskulin’ melalui keunikannya berpakaian,” kongsi anak sulung daripada enam beradik ini yang fasih berbahasa Mandarin.
Kredit Foto: Instagram FaaFirds
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tertawan dengan keayuan Nelissa Senrose. Bukan hanya mempunyai raut wajah manis dan sedap mata memandang bahkan wanita ini juga anggun dalam kelas tersendiri. Penampilannya yang cantik berhijab dan tidak keterlaluan dalam berfesyen membuatkan sesiapa sahaja rasa senang dengan peribadi kakak kepada adik-beradik selebriti popular berkenaan.
Bersandarkan statusnya sebagai kakak sulung kepada Datin Nelydia, Uqasha Senrose dan Raysha Rizrose, tidak hairanlah Nelissa tidak terkecuali daripada tempias dunia glamor adik-adik kesayangan.
Nelissa Senrose Tak Tumpang Populariti Adik-Beradik
Pun begitu, dia enggan menumpang populariti adik-beradik. Jauh sekali menceburi industri seni dan hiburan tanah air.
Sebaliknya Nelissa Senrose selesa berdikari dan menjalani kehidupan biasa.
Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik nama Nik Zaris Nelissa ini memuat naik rutin dan momen di samping keluarga tersayang.
Difahamkan Nelissa berkhidmat sebagai pramugari di Amal by Malaysia Airlines. Sebuah anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation (MAG) yang menawarkan perkhidmatan penerbangan khusus untuk ibadah haji dan umrah.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.