Senyuman ‘Senget’ SITI AAFIYAH Buat Syawal Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Bermakna

Syawal kali ini disambut dengan lebih bermakna dan berharga buat penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kerana akhirnya dapat beraya bersama puteri kesayangan yang telah dinantikan selama hampir 11 tahun.

Terpancar sinar kebahagiaan di wajah Tokti dan Datuk K dengan kehadiran Siti Aafiyah sebagai penyeri rumah tangga mereka. Tengok saja gambar-gambar Aafiyah beraya bersama keluarga yang Tokti share

di laman instagramnya. Aafiyah siap senyum ‘senget’ lagi. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah ya.

 

Sumber: Instagram @ctdk

IKLAN
Share