Serba Mewah & Penuh Istiadat, Perkahwinan PUTERI FADZILAH Berlangsung 10 Hari Raih Perhatian!

Terpegun menyaksikan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah sejak 16 Januari lepas. Iyalah, bukan selalu dapat tengok anak raja kahwin. Tambahan pula, ia majlis perkahwinan diraja negara Brunei yang terkenal sebagai sebuah negara Islam yang maju dan kaya.

Bukan rakyat di Brunei sahaja yang gembira dengan perkhabaran tersebut bahkan rakyat Malaysia dan negara serumpun juga ternanti-nantikan istiadat bersejarah itu. Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabol Bolkiah yang kini berusia 36 tahun merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam dan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen.

23 Januari 2022, majlis persandingan pasangan pengantin diraja berkenaan iaitu Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi berlangsung dengan penuh adat istiadat.

Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals

Istiadat gilang-gemilang itu berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Majlis dimulakan dengan keberangkatan ahli-ahli Kerabat Diraja Brunei disusuli keberangkatan masuk Sultan Brunei dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Sejurus bersemayam, istiadat dimulakan dengan awang-awang menunu Dian Empat atau lilin sebagai lambang keunikan adat istiadat diraja.

Pengantin perempuan yang anggun memakai Persalinan Songket Brunei kemudian diarak masuk ke Balai Singgahsana Indera Buana diikuti pengantin lelaki yang turut memakai songket sedondon.

Sebelum pengantin lelaki berarak masuk ke Singgahsana Diraja, beliau disiapkan dengan air pandan yang dicampur bunga-bunga segar untuk memberi aroma wangian ketika bersanding. Sejurus tiba di Singgahsana, Sultan Brunei menapakkan tangan pengantin lelaki ke atas jemala anakandanya sambil diiringi selawat. Seiring istiadat itu, 17 das meriam turut dilepaskan.

Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals

Atas titah perintah Sultan, Baginda berkenan mengurniakan kurnia nama pengantin lelaki kepada Yang Amat Mulia Pengiran Suami Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.

Istiadat diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan sebelum Pengiran Muda ‘Abdul Mateen mengiringi kedua-dua mempelai turun singgahsana.

Pasangan pengantin kemudian bersalaman dengan Baginda Sultan, Permaisuri serta bonda kepada pengantin perempuan, Puan Hajah Mariam Haji Abdul Aziz.

Ini merupakan hari kelapan daripada keseluruhan 10 hari istiadat perkahwinan tersebut. Pasangan mempelai diijab kabul pada Khamis, 20 Januari lalu di Masjid Omar Ali Saifuddien.

Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals
Credit @bruneiroyals

Difahamkan pada hari ini, 24 Januari berlangsungnya Majlis Persantapan Diraja sebelum Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat diikuti Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 25 Januari 2022.

Perkahwinan diraja ini turut menarik tumpuan khususnya rakyat Malaysia apabila pereka fesyen ternama tanah air, Datuk Bernard Chandran menghasilkan rekaan busana serba putih dengan hiasan renda klasik buat Puteri Fadzilah untuk salah satu acara istiadat yang berlangsung.

IKLAN
Share