Sering Diundang Ke Istana Untuk Menyanyi, DEWI YULL Awet Muda Pada Usia 60 Tahun

Laluan kerjaya yang dilalui sebilangan selebriti bertaraf legenda bukanlah mudah. Mereka perlu melalui proses yang panjang untuk mencapai puncak kegemilangan.

Begitu juga bekas penyanyi dan pelakon legenda Indonesia ini, Dewi Yull. Kerjayanya bermula sejak tahun 1977. Bukan sahaja bergelar penyanyi, pemilik nama penuh Raden Ayu Dewi Pujiati ini juga dikenali sebagai pelakon filem dan sinetron.

Beberapa filem telah menaikkan namanya untuk menjadi salah seorang artis terkemuka pada zamannya.

Selain itu, Dewi Yull pernah menerima Anugerah Muzik Indonesia sebagai penyanyi pop wanita terbaik.

Suaranya yang tersendiri dan merdu membuatkan dia sering diundang ke Istana Negara untuk menyanyikan lagu-lagu Indonesia ketika menyambut tetamu negara.

Kini, pada usia emasnya penyanyi ini sedang berehat dari dunia hiburan dan menikmati hari tuanya bersama suami dan anak-anaknya.

 

Berikut foto dan perkembangan terkini Dewi Yull.

PENAMPILAN BERSAHAJA
Dewi Yull seorang penyanyi dan pelakon yang pernah melalui fasa turun dan naik sepanjangd berada dalam dunia hiburan di eranya.

BAHAGIA BERSAMA SUAMI BARU
Dewi Yull pernah berkahwin dengan pelakon Ray Sahetapy. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu seorang perempuan dan tiga lelaki.

Anak perempuannya, Gizca Puteri Agustina meninggal dunia pada 2010.

Selepas bercerai dengan Ray Sahetapy, Dewi Yull berkahwin semula dengan Srikaton pada 2008. Kehidupan rumah tangganya kelihatan bahagia dan jauh daripada gosip.

JARANG MUNCUL
Biarpun sesekali muncul di kaca televisyen, karya Dewi Yull dalam dunia hiburan tidak lagi seperti dulu. Ini kerana sekarang ini dia jarang muncul di kaca televisyen seperti di awal kariernya.

AWET MUDA
Biarpun kini usianya mencecah 61 tahun, seri wajah Dewi Yull nampaknya tidak banyak berubah. Ini kerana Dewi Yull masih kelihatan cantik dan awet muda.

AKTIF DI MEDIA SOSIAL
Dewi Yull dilihat sangat aktif di Instagram. Dia sering berkongsi kehidupan seharian, baik bersama keluarga mahupun aktiviti lain seperti menyanyi.

IKLAN
Share