2022 bakal meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan tragedi. Dua tahun menjalani kehidupan yang agak suram apabila dilanda COVID-19, kini semuanya kembali rancak menjalani aktiviti gaya hidup seperti biasa dengan tuntutan kerja yang padat, menghadiri undangan majlis dan melakukan pelbagai aktiviti riadah di luar. Hari-hari yang dilalui menuntut kita untuk sentiasa kelihatan cantik, tidak kira di mana berada.
Oh sayang ku, tahun baru bakal hadir! Kulit mesti nampak sihat, tidak kering dan kusam. Paling penting, kita inginkan kulit wajah kelihatan glowing dan berseri sepanjang masa. Perubahan cuaca yang panas boleh menyebabkan kulit wajah kering dan kusam.
Sebagai wanita yang bekerja atau suri rumah tangga, sudah pasti mahukan kulit wajah cantik dan sihat tanpa mengira usia. Oleh itu, sebagai wanita kita perlu mencari inisiatif untuk mengembalikan keserian dan keremajaan kulit wajah. Barulah keyakinan diri kian meningkat dan tidak lagi kekok saat bertemu orang ramai.
Masalah yang sering menghantui wanita adalah kulit terlalu kering sehingga mempercepatkan tanda-tanda penuaan. Kebiasaannya disebabkan kurang minum air, cuaca terlalu panas, terdedah pada sinar matahari atau mungkin kurang tidur.
Akibat kekurangan air ini menyebabkan kandungan air di bawah lapisan kulit kering. Kulit akan menjadi tidak anjal dan berseri andai tidak dijaga kelembapannya dengan betul. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat sebelum waktunya.
Produk Hada Labo untuk kulit sihat dan glowing
Ads
Dengan inovasi dalam dunia kecantikan, ada rahsia yang perlu anda tahu bagaimana untuk membelai kulit. Singkir istilah tak cantik dalam diri, sekarang masanya untuk anda peroleh kecantikan sewajarnya dengan sempurna.
Kulit wajah cantik, glowing dan berseri pasti menjadi idaman setiap wanita. Berikan nafas baharu kepada kulit wajah anda dengan proses yang lebih berkesan dan efektif dengan formulasi mengagumkan dari produk Hada Labo. Ucapkan selamat tinggal kulit kering dan kusam, sekarang! Ini rahsia paling mudah untuk diamalkan oleh semua wanita dengan menggunakan produk Hada Labo Hydration Lotion dan Hada Labo HA Supreme Cera Booster Serum.
Selepas mencuci muka, penggunaan Hada Labo Hydration Lotion yang diperkaya dengan 5 Hyaluronic Acid dengan tambahan Fermented Hyaluronic Acid mampu memaksimumkan penyerapan dan mengukuhkan setiap lapisan kulit serta melembapkan kulit wajah, lapisan demi lapisan. Usah bimbang ia tidak terlalu berminyak dan memelihara kulit secara semula jadi.
Ads
Hada Labo Hydration Lotion juga dapat menutup pori-pori kulit wajah agar lebih halus dan kelihatan segar setiap masa. Pastinya produk ini dapat mengembalikan keremajaan kulit dan membuatkan solekan tahan lama serta lebih cantik.
Kemudian sapukan krim Hada Labo HA Supreme Cera Booster Serum. Anda pasti merasa kagum dengan keistimewaan produk ini, lebih cepat bertindak dan kesannya lebih baik berbanding dengan serum biasa.
Ads
Hada Labo HA Supreme Cera Booster Serum dengan formulasi 4 jenis Hyaluronic Acid berkuasa mengekalkan hidrasi sehingga 24 jam serta menegangkan kulit wajah dengan kelembapan yang diinginkan. Memiliki kandungan Ceramide, produk ini dapat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit wajah bagi memastikan kelembapan di tahap dehidrasi yang sewajarnya.
Lebih menakjubkan jika kedua-dua produk ini dipakai sebelum mengoles bedak asas. Tengoklah perbezaan ni, kulit nampak lebih sihat dan berseri-seri. Barulah solekan nampak kemas dan licin serta tahan lebih lama.
Ternyata, kehadiran Hada Labo Hydration Lotion dan Hada Labo HA Supreme Cera Booster Serum mampu memberi kebahagiaan dan membantu menyerlahkan kulit yang lebih berseri serta berkilau.
Nah, berikan yang terbaik untuk dirimu sempena Tahun Baru 2023 ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seiring dengan Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada, LazBeauty Club menawarkan diskaun istimewa daripada jenama kecantikan kegemaran ramai dan penjimatan berganda menerusi pulangan tunai LazCoins, baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum dan banyak lagi.
Betul tu! Bulan Oktober inilah masanya untuk anda melalui makeover kecantikan apabila Lazada memperkenalkan LazBeauty Club yang terbaharu.
Dengan ribuan tawaran eksklusif dan ganjaran keahlian istimewa daripada jenama kegemaran ramai seperti Laneige, Innisfree, Maybelline, L’Oréal Paris, Eucerin, Garnier, serta jenama mesra-Muslimah seperti Fazbulous by Fazura, Safi, Wardah dan banyak lagi.
Apabila mendaftar sebagai ahli LazBeauty Club yang baharu, para pelanggan layak mendapat baucar diskaun khas ‘Selamat Datang’ bernilai RM6* daripada Lazada, di samping baucar eksklusif bulanan daripada Lazada serta jenama yang mengambil bahagian, dengan perbelanjaan minimum serendah hanya RM1.
Malahan, terdapat juga tawaran eksklusif bagi ahli, pemakluman terkini mengenai produk yang sedang trending, dan juga produk yang disyorkan oleh ‘LazBeauty Insiders’ yang terdiri daripada selebriti dan influencers tempatan.
“Menerusi ciri AI dan AR-powered Virtual Try-On di aplikasi Lazada, ia membolehkan para pelanggan mencuba produk sampel seperti bedak asas (foundation) atau gincu (lipstick).
Kami amat teruja kerana ia dapat menambah keceriaan pengalaman apabila memilih dan membeli produk kecantikan. Menerusi LazBeauty Club, para pelanggan boleh mendapatkan akses eksklusif untuk memilih produk yang diidamkan pada harga berpatutan di Lazada.” Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Chenxi Zhou
Di samping itu, para pelanggan boleh mengikuti 10.10 Glam Squad di aplikasi Lazada bermula 5 Oktober, di mana peminat jenama terkemuka seperti Laneige, Biotherm, Innisfree, dan banyak lagi boleh menikmati promosi istimewa ‘hanya-di-Lazada’ (only-on Lazada), antaranya potongan diskaun sebanyak 70% dan ganjaran istimewa seperti Gift With Purchase (GWP) eksklusif dan baucar sebanyak 10% untuk pengikut baharu.
Sebagai pendahuluan jualan terbesar tahunan iaitu pesta beli belah 11.11, Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada merupakan permulaan untuk mencetuskan keterujaan membeli-belah dengan tawaran diskaun tanpa tandingan, promosi istimewa bagi ahli, dan penjimatan berganda.
Penghantaran Percuma: Kumpul dan tebus tanpa perbelanjaan minimum*
Para pelanggan Lazada boleh mengumpul baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum* yang akan dikeluarkan dan diperbaharui setiap hari untuk memaksimumkan penjimatan sepanjang Jualan 10.10. Baucar Penghantaran Percuma juga boleh dikumpul menerusi Lucky Egg, atau apabila mendaftar untuk menyertai Voucher Club. Hanya klik pada ikon ‘Penghantaran Percuma’ di halaman utama Lazada dan kumpul baucar sebanyak mungkin.
LazCoins: Ganjaran Pulangan Tunai LazCoins sehingga 60%
Maksimumkan setiap sen dan Ringgit dengan pembelian yang berbaloi – lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak ganjaran pulangan tunai LazCoins yang boleh diperolehi. Bermula dari 10 hingga 12 Oktober, para pelanggan boleh menikmati ganjaran pulangan tunai LazCoins sehingga 60%* tanpa perbelanjaan minimum*. Malah, dari 10 hingga 12 Oktober, 100 pembayaran berjaya harian yang pertama akan layak menerima 888 ganjaran pulangan tunai LazCoins* dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM88.
Lazada Bonus: Potongan RM7 bagi setiap pembelian bernilai RM70*
Kumpulkan Lazada Bonus bermula dari 5 Oktober, dan pastikan anda mendapatkan produk terpilih dengan tanda Lazada Bonus dari 10 hingga 12 Oktober untuk menikmati diskaun sebanyak RM7 bagi setiap pembelian bernilai RM70. Apa yang menarik tentang Lazada Bonus ialah ianya boleh ditimbunkan dengan baucar-baucar lain untuk memaksimumkan penjimatan.
Lazada Wallet: Tambah Nilai dan Menangi sehingga RM 1,010
Bermula dari 7 hingga 12 Oktober, para pelanggan boleh menambah nilai dengan jumlah minimum serendah RM50 ke dalam Lazada Wallet mereka bagi proses check out yang lebih lancar dan mudah. Di samping itu, rebut peluang untuk memenangi sehingga RM1,010 melalui halaman ‘Tambah Nilai Balloon Blast’. Di samping itu, dari 10 hingga 12 Oktober, pelanggan Lazada yang membuat pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet boleh menikmati potongan RM5 daripada jumlah keseluruhan pembelian mereka, dengan perbelanjaan minimum RM50.
Crazy Flash Sale & Mesti Beli: Diskaun berganda untuk penjimatan hebat
Bermula dari 10 hingga 12 Oktober, Lazada menambahkan keceriaan dengan diskaun sehingga 90% menerusi Crazy Flash Sale yang memaparkan tawaran hebat serendah RM1. Tambahan itu, terdapat juga Crazy RM10 Deals dan Crazy Saving Deals dengan produk pada harga serendah RM4.99 di bawah promo ‘Mesti Beli’ dengan tawaran dalam kategori fesyen, kecantikan, peranti elektronik, produk kelengkapan rumah, dan banyak lagi.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada dan LazBeauty Club, sila klik di sini atau muat turun aplikasi mudah alih Lazada dan juga ikuti Lazada Malaysia di laman media sosial untuk maklumat terkini.
* Tertakluk terma & syarat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ogos lalu, ikon Youtuber, Asyalliee Ahmad pernah mengumumkan di media sosial kisah dukanya keguguran namun keajaiban dari Allah, kandungan Asya kini sedang membesar dengan baik. Rezeki Asya Semakin luas apabila produk supplemen Hello Peach Please mendapat pengiktirafan daripada majalah kecantikan Singapura.
Semakin menjadi-jadi perniagaan ikon Youtuber ni. Kejayaan dan rezeki diterimanya bukan hanya untuk diri sendiri tetapi dikongsikan bersama ibu dan bapa mentuanya. Rasa sebak menonton video yang dikongsikan Asya di laman instagramnya tidak lama dahulu.
https://www.instagram.com/p/CBXpnavlbX8/
Peredaran zaman kadang-kala membuatkan generasi ‘lama’ seakan terkebelakang. Dari segi teknologi sudah tentulah jauh berbeza dan kini idealogi anak-anak muda juga sangat dilakar jauh dari pemikiran kita dahulu. Mereka lebih berdikari, lebih bijak mengatur kehidupan dalam mencari rezeki bukan hanya untuk diri, tetapi keluarga yang dibina.
Mengenali ikon Youtuber yang merangkul salah satu anugerah ASEAN Outstanding Business Award 2019, Asyalliee Ahmad atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba membuka luas minda penulis mengenai anak-anak muda kini.
Dikenali melalui video-video tutorial solekan serta berjaya menarik 400,000 subscribers di Youtube sehingga dia digelar Beauty & Make Up Guru, Asyalliee kini hidup selesa bersama keluarga.
Walaupun masih lagi aktif berkongsi tips-tips solekan dan penjagaan wajah, dia kini sudahpun bergelar usahawan melalui perniagaan kecantikan dan kesihatan Loveliee. Meminjam Love dan gabungan Lliee dari namanya sendiri, Asya kini sudah boleh menarik nafas lega kerana impiannya untuk menjadikan setiap wanita cantik dan lebih berkeyakinan tinggi sudah terlaksana.
“Saya memang cintakan bidang solekan. Saya sudah terbiasa bersiap cantik untuk menghadiri majlis atau untuk sekadar content di dalam Instagram. Bila dah bersolek, tentulah kita rasa diri kita cantik dan ketika itulah keyakinan kini makin melonjak.
Nak buat apa pun kita yakin, waima hanya untuk berada di rumah. Disebabkan itu, ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjalankan perniagaan ini. Bukan hanya untuk saya, tetapi setiap wanita di dunia,” katanya penuh semangat.
HIDUP MISKIN
Perjalanan yang dilaluinya bukanlah semuanya indah. Wanita kacukan Thailand-Melayu ini pernah terjah ke dunia modelling namun itu bukan ‘jiwanya’.
“Saya mula dengan perkongsian video solekan di Youtube. Kemudian saya masuk ke dunia modelling dan baru mulakan perniagaan. Saya pernah ditipu, dijadikan kambing hitam, difitnah dan tidak dibayar dulu. Mungkin kami suami isteri tidak ada pengalaman dalam bisnis ini tambahan pula saya masih muda, mungkin itu yang menyebabkan orang mengambil kesempatan.
Waktu kecil dulu pun saya digelar budak miskin. Arwah ibu hanyalah seorang tukang masak yang sering berpindah-randah. Kalau nak tahu, saya pernah menetap di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Kedah kerana mengikut ibu. Jadi saya tak ramai kawan. Sewaktu di Kedah, arwah ibu dapat menjadi tukang masak di kedai dan diberikan sebuah hostel kecil untuk kami tiga beranak.
Di situlah kami tidur dan makan. Kawan-kawan di sekolah gelarkan saya budak miskin, budak kotor, tak mandi malah mereka jauhkan diri dari kami. Hendak ke sekolah pun terpaksa berjalan kaki sejauh 2km. Lepas ibu meninggal dunia, saya dan adik terpaksa berpisah kerana kami tinggal berasingan bersama kakak-kakak yang sudah berkahwin,” ceritanya.
PERKAHWINAN
Masih kekal cantik dan bertubuh langsing, surihati kepada Eboy Arbaain dan ibu kepada dua cahaya mata, Haider Mikhael dan Siti Helena Adrianna ini terus diuji dalam kehidupan. tidak pernah berputus asa, Asya dan suami terus bangkit mencari rezeki halal.
“Sebelum berkahwin, saya memang hidup hasil daripada review yang dibuat di Instagram. Itulah perbelanjaan untuk makan, membeli keperluan seperti barang solekan, baju dan mungkin beg tangan. Selepas berkahwin, saya masih mencari pendapatan dengan hasil review tetapi di bawah satu pengurusan. Saya menjadi duta produk dan aktiviti modelling juga. Namun, upah yang diterima sangat sedikit berbanding percentage yang diambil pihak pemgurusan.
Baru beberapa minggu usia kandungan pertama, saya difitnah meniru rekaan fesyen seorang pereka. Tidak ada sesiapa yang menegakkan kebenaran dan saya menjadi mangsa kambing hitam! Duit dalam bank hanya tinggal tak sampai RM500 untuk kami hidup. Saya terlalu stress dan emosi saya sangat terganggu ketika itu. Saya jual baju K-Pop yang saya gemari, beg-beg tangan walaupun tak berjenama hanya untuk beli makanan.
Mujur kakak-kakak dan kawan-kawan sedia membantu. Di rumah merekalah tempat kami menumpang makan. Saya sentiasa berdoa agar Allah mengubah hidup kami menjadi lebih baik dan menunjukkan kepada kami kebenaran. Kami rasa sungguh teraniaya!”ujarnya.
CABARAN DAN MATLAMAT
Di sebalik setiap kesukaran, tentunya terbit hikmah di hujung jalan. Ujian dari Allah tak pernah surut. Dalam perniagaan juga ada kalanya kuat juga dugaan dihadapi.
“Menjadi seorang influencer, susah juga untuk sentiasa nampak ‘sempurna’ di mata orang. Sedangkan saya juga sama seperti orang lain yang melakukan kesilapan. Saya sendiri masih mencari ruang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan tetapi terpaksa hadam setiap kecaman. Jujurnya ia memang menambahkan tekanan tetapi itulah cabaran seorang influencer.
Setiap kali saya jatuh, saya anggap diri saya kalah. Untuk bangkit semula, saya letakkan dua BIG WHY iaitu untuk memberikan anak-anak saya hidup senang. Saya tak mahu mereka hidup susah seperti kami dulu. Dan, saya juga ingin memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Kesusahan dalam hidup dulu memang banyak mengajar saya mengenai hidup. Betullah kata orang, kalau asyik memandang ke langit, sesekali perlu juga menjenguk rumput di tanah.
Memilih posting yang sesuai untuk tatapan viewer setiap hari juga mencabar. Saya pentingkan feed yang bermakna serta aesthetically pleasing to the eyes kerana dalam industri ‘influencer’ ini, kita perlu berikan value dalam setiap posting untuk kekal relevan. Kalau setakat tayang gambar cantik sahaja tidak mampu untuk membuatkan kerjaya anda tahan lama,” katanya.
Pada usia 23 tahun, Asyalliee sudah memiliki beberapa buah kereta mewah dan koleksi beg berjenama. Segala kepayahan yang dihadapi sudahpun dibayar dengan kesenangan masa kini. Apakah perasaan anda?
“Ini semua pinjaman dari Allah. Saya tak boleh rasa terlalu happy atau bangga dengan kurniaan ini kerana ia hanya bersifat sementara. Saya kira, ini adalah rezeki anak-anak dan perlu digunakan sebaik mungkin. bila Allah dah berikan ilmu serta pengalaman, saya mahu kongsikan bersama orang lain. Niat saya, untuk membantu orang.
Saya kuat berangan. Macam-macam saya mahu tetapi Allah itu lebih mengetahui. Dia memberi apa yang saya perlu, bukan apa yang saya mahu. Matlamat saya adalah untuk naikkan perniagaan orang Islam dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum wanita.
InsyaAllah, tak lama lagi saya akan mengeluarkan single sulung. Dari seorang ahli perniagaan, saya juga akan mula menceburi bidang nyanyian. Doakan ini menjadi salah satu peluang untuk saya kembangkan lagi bakat dan kurniaan Allah kepada saya.” Katanya mengakhiri perbualan.
Kredit foto dan video: Instagram Asyalliee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit darah tinggi merupakan penyakit berbahaya yang boleh menjadi pembunuh senyap atau silent killer. Tanpa pengawalan, ia mampu meningkatkan kadar risiko penyakit jantung dan strok. Ramai mempertikaikan penyakit darah tinggi hanya boleh dihidapi warga emas namun terdapat banyak kes darah tinggi juga boleh dihidapi golongan muda sekiranya tidak menjaga kesihatan dengan baik.
Selain pengambilan ubat yang dipreskripsi doktor, anda juga boleh mengamalkan tip ini sebagai langkah penjagaan diri.
**media[179138]**
Bersenam
Makin dimanjakan tubuh tanpa diet dan senaman, makin banyak penyakit yang mungkin menyinggah. Bersenam secara konsisten membantu jantung anda lebih kuat dan efisien untuk mengepam darah. Ia juga akan mengurangkan tekanan pada bahagian arteri. Cubalah bersenam secara sederhana selama 150 minit seminggu. Bermula dengan berjalan kaki!
Tip: Berjalan kira-kira 30 minit sehari boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Semakin banyak dan kerap anda bersenam, semakin ‘cantik’ bacaan tekanan darah anda.
**media[179134]**
Kurangkan pengambilan garam
Siapa yang suka makanan tawar? Ini termasuklah makanan diproses dan siap masak. Penyediaan makanan segera dan siap masak biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi agar rasanya sedap. Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik anda mengurangkan pengambilan garam berlebihan dalam makanan.
Tip: Sejak kebelakangan ini, ramai orang yang cerewet dalam pemilihan makanan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang daripadanya, yang peka dengan kandungan garam dalam makanan yang diambil.
**media[179136]**
Makanan berpotasium tinggi
Potasium adalah mineral penting untuk tubuh. Ia membantu tubuh mengeluarkan sodium dan mengurangkan tekanan pada salur darah. Untuk mendapatkan keseimbangan potasium dalam diet sodium anda, fokus untuk makan makanan yang segar. Tip: Potasium tinggi terkandung di dalam sayur-sayuran hijau, tomato, kentang dan keledek. Anda juga boleh memilih buah-buahan seperti pisang, avokado, oren dan aprikot sebagai snek sihat. Selain itu, kekacang, tuna, salmon, susu dan yogurt juga tinggi potassium.
**media[179133]**
Kawal stres
Kunci kepada kenaikan tekanan darah tinggi di kalangan masyarakat adalah stres. Tubuh badan kita sebenarnya sedang bergelut apabila dalam keadaan tertekan. Secara fizikalnya, jantung akan berdegup lebih kencang dan saluran darah semakin menyempit.
Tip:
Dengar muzik yang perlahan untuk menenangkan sistem saraf. Pada masa sama, ia boleh mengurangkan tekanan anda.
Kurangkan bekerja dan beri masa untuk istirahat secukupnya.
**media[179135]**
Makan coklat
Walaupun coklat gelap mampu membantu mengurangkan tekanan darah namun awas, jangan diambil secara berlebihan! Coklat gelap dan koko amat kaya dengan flavonoids, iaitu sebatian tumbuhan yang melebarkan pembuluh darah. Tip: Walaupun nampak menggiurkan, hindari pengambilan coklat secara berlebihan. Khuatir dengan sifat coklat yang manis itu bakal mengundang penyakit lain!
**media[179132]**
Kurangkan berat badan
Mula kawal berat badan dari sekarang. Percayalah, penurunan berat badan akan memberi banyak manfaat lebih-lebih lagi menyentuh soal kesihatan. Tip: Cuba kurangkan pengambilan makanan segera, manis dan berkalori tinggi. Gunakan kaedah senaman setiap hari.
**media[179128]**
Berhenti merokok
Bermula Januari 2019, kerajaan Malaysia sudah mula menekankan bahaya rokok bukan sahaja kepada diri tetapi orang di sekeliling di kawasan terbuka. Langkah ini juga membantu menguruangkan risiko penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Tip: Selain menjamin kesihatan yang lebih baik, berhenti merokok bukan sahaja dapat menjaga kesihatan anda dan orang sekeliling tetapi boleh juga mengelakkan pembaziran.
**media[179131]**
Kurangkan gula dan karbohidrat
Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam diet anda. Ia sekaligus mengurangkan risiko penyakit darah tinggi.
Tip: Ingat, diet seimbang adalah penting untuk memastikan kesihatan tubuh anda terpelihara. Bersederhanalah dalam memilih makanan.
**media[179130]**
Makan beri
Beri bukan sahaja kaya dengan rasa yang enak malah ia juga baik untuk kesihatan jantung anda. Tip: Beri kaya dengan polifenol yang boleh mengurangkan tekanan darah dan masalah penyakit jantung lain.
**media[179129]**
Bermeditasi atau deep breathing
Kedua-duanya adalah teknik untuk mengurangkan stres. Ia menenangkan sistem saraf anda dan membuatkan anda berasa lebih tenang, memperlahankan degupan jantung dan mengurangkan tekanan darah. Tip: Lakukan di mana-mana sahaja tatkala tubuh dan fikiran sedang stres. Jangan biarkan perasaan tertekan itu terlalu lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.