Demi masa depan anda,keluarga dan sahabat tercinta… Nikmati udara selamat, bersih dan segar ketika dalam perjalanan!
Amway memperkenalkan ATMOSPHERE DRIVE™, sebuah sistem rawatan udara yang direka untuk membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar di dalam kenderaan anda.
“Sistem ATMOSPHERE DRIVE™ menggunapakai teknologi penurasan jenama ATMOSPHERE™ yang telah terbukti mampu membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar kepada pengguna di dalam kenderaan mereka – dimana pencemaran udara di dalam kereta boleh mencecah 15 kali ganda lebih kotor berbanding dengan udara di luar,” kata Pengarah Pembangunan dan Sokongan Produk Berdaya Tahan Amway, Bill Luke.
“Penggunaan penuras tiga dalam satu yang unik, ia mampu mengekalkan tahap prestasi industri yang tinggi dengan menyingkirkan 99% zarah bawaan udara sehingga sekecil 0.015 mikron di dalam kenderaan anda.”
Teknologi penurasan tiga dalam satu ini, pertama sekali bertindak memerangkap kontaminan kasar seperti rambut dan debu. Kemudian, di peringkat kedua zarah zarah kecil dan asap akan disingkirkan.
Ads
Proses ini berupaya menyingkirkan zarah-zarah halus PM2.5 dan kontaminan bawaan udara utama yang lain. Selain itu, penurasan tiga dalam satu ini turut membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kenderaan anda.
“Penuras tiga dalam satu Sistem ATMOSPHERE DRIVE™ bukan sahaja mampu mengurangkan kesan asap rokok dan ekzos, malah bahan pencemar kimia seperti formaldehid, toluena dan sebatian organik mudah meruap (VOC),” tegas Luke.
Ads
Ketua Pemasaran Amway Malaysia, Leong Kok Fong ketika berucap pada majlis pelancaran berkata, “Kami percaya ATMOSPHERE DRIVE™ akan mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan 93% daripada rakyat Malaysia memiliki kereta.
Dengan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) 30m 3/jam pada kelajuan maksimum, sistem ATMOSPHERE DRIVE™ sememangnya terbukti berprestasi tinggi. Disamping itu, ia juga merupakan sistem rawatan udara di dalam kereta yang pertama dan satu-satunya di pasaran yang mendapat pengiktirafan daripada British Allergy Foundation.”
Ads
British Allergy Foundation merupakan sebuah pertubuhan amal perubatan yang bekerjasama dengan pengeluar di seluruh dunia bagi menguji dan mempromosikan sesuatu produk dan perkakasan yang boleh memanfaatkan pesakit yang mengalami masalah alahan.
Produk yang mendapat pengiktirafan seperti Sistem Rawatan Udara ATMOSPHERE™, telah melalui ujian saintifik yang dijalankan oleh makmal bebas mengikut protokol-protokol yang telah ditetapkan oleh pakar alahan ternama.
“Amway telah meningkatkan kualiti udara dalam kediaman untuk lebih daripada 3 juta penduduk di seluruh dunia dan sentiasa menawarkan penyelesaian inovatif bagi membekalkan kualiti udara yang lebih bersih dan selamat – sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan,” tambah Ketua Pemasaran Amway Malaysia, Leong Kok Fong.
“Sistem ATMOSPHERE DRIVE™ memberikan ketenangan minda kepada pengguna, apabila mereka mengetahui bahawa keluarga mereka menghirup udara yang bersih ketika berada di dalam kenderaan mereka.”
Sistem Rawatan Udara Kereta ATMOSPHERE DRIVE™ hanya boleh didapati melalui Pemilik Perniagaan Amway dan boleh didapati di seluruh negara bermula 15 November 2017 dengan harga RM1,887.50 termasuk 6% GST. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu berita yang tidak disangkakan! Pelakon Datin Seri Zizie Izzete mendedahkan beliau kini hamil tiga bulan selepas tidak sampai sembilan bulan melahirkan sepasang bayi kembar lelaki.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Dato’ Seri Bung Mokhtar itu berkongsi berita gembira itu di laman instagram miliknya dengan memuat naik gambar kit ujian kehamilan.
Melahirkan anak kembarnya secara pembedahan sebelum ini, masih tersimpan lagi rasa gementar dengan kehamilannya kali ini.
“I have always wanted another baby, but i didn’t expect to be expecting again too soon.
Risau, takut semua memang ada. Iyalah, perut nak kena potong lagi”, tulisnya.
Tak sabarnya nak tunggu new baby daripada Datin Seri Zizie. Walaupun mempunyai pembantu untuk menguruskan anak-anaknya yang masih kecil, tapi beliau tidak menyerahkan 100% urusan kepada pembantu malah menjadikan tugas sebagai ibu kepada empat orang anak sebagai satu kenangan yang terindah.
Datin Seri Zizie Izzete melahirkan sepasang anak lelaki kembar pada 29 Disember tahun lalu yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.
Pasangan yang berkahwin pada tahun 2009 ini turut mempunyai dua orang anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-60, Dove ingin menyerlahkan kecantikan wanita Malaysia yang unik dan tersendiri dengan berkongsi definisi kecantikan sebenar mereka menggunakan hashtag #IAmRealBeauty.
Ia juga dianjurkan bersempena sambutan Real Beauty Dove ke-60 bagi memberi peluang buat wanita Malaysia menjadi sebahagian daripada wajah-wajah yang bakal dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove.
Malaysia mempunyai pelbagai rumpun bangsa di Asia. Takrif kecantikan ini nyata terlalu sempit dan tidak menggambarkan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia begitu istimewa. Justeru, Dove ingin mengubah persepsi ini bahawa tiada satu takrif kecantikan yang unggul dan universal.
Kepelbagaian budaya dan etnik adalah kebanggaan kita. Sebagai wanita Malaysia kita sewajarnya yakin dengan kecantikan masing-masing biarpun berbeza budaya. Seiring ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-60, anda boleh kongsikan erti kecantikan sebenar dengan memuat naik gambar di Instagram masing-masing.
Langkah-Langkah Menyertai #IamRealBeauty
Hanya perlu muat naik gambar anda di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty bermula 21 Ogos hingga 1 Oktober 2017 bagi merebut peluang untuk dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove akan datang, juga di laman sesawang dove.com/my.
Muat naik gambar selfie atau gambar terbaik anda yang menyerlahkan kecantikan sebenar.
Hashtag #IamRealBeauty.
Pastikan profil anda adalah untuk tatapan umum (Public) supaya boleh diakses oleh pihak Dove.
Gambar-gambar yang dimuat naik menggunakan #IAmRealBeauty akan dikumpulkan. Mereka yang terpilih akan dipaparkan di dove.com/my serta kempen periklanan Dove pada 2018. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia seni tanah air semalam digemparkan dengan kematian mengejut pelakon vateran, Ridzuan Hashim yang yang menghembuskan nafas terakhir sekitar pagi semalam.
Bercakap pada Harian Metro, bekas isteri arwah pelakon Didie Alias mendedahkan dia dan keluarga sudah lama mengetahui tentang sakit jantung dihadapi oleh bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim.
“Ksemua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.
“Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.
Malah dia pernah berbincang dan meminta anak-anak untuk menemani Ridzuan yang juga aktor oleh kerana arwah tinggal bersendirian. Dia tinggal bersendirian, jadi kami anak beranak berbincang untuk anak-anak menjaganya. Jadi, sejak tahun lalu, anak saya Muhammad Dhanial menjaganya di rumah dan menemaninya.
“Kami takut benda-benda tak diingini berlaku bila dia bersendirian,” kata Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali.
Didie berkata, arwah sepatutnya menghadiri majlis perkahwinan Dhanial yang akan berlangsung dua minggu lagi sekali gus membuatkan anak mereka itu terkilan tanpa kehadiran bapa.
Didie dan Ridzuan berkahwin pada 1991 dan bercerai 11 tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!