Bersandarkan status dan pangkat bapanya sebagai ahli politik terkenal, Najwa Mahiaddin boleh mengambil ‘jalan singkat’ untuk dikenali dan berjaya dengan mudah. Namun anak seni berusia 33 tahun ini memilih untuk bermula dari bawah dan jauh daripada ‘spotlight’ populariti bapa tersayang. Apatah lagi, kini bapanya merupakan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasssin.
Sepanjang bergelar pemuzik, Najwa yang kini dikenali sebagai Njwa Mahiaddin dilihat tidak gemar mencampuri urusan politik bapanya. Malah, ketika Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) pun… dia seboleh-bolehnya mengelak status sebagai anak TPM diketahui umum. Mungkin kerana bimbang hal tersebut lebih menarik perhatian masyarakat berbanding bakatnya dalam karier muzik.
Nama Njwa mula meniti di bibir peminat sejak dendangan lagu duetnya bersama Malique iaitu Senyum berkumandang di corong stesen radio tanah air sekitar tahun 2010. Dari situ, Njwa semakin aktif mengubah lagu dan menyertai pertandingan nyanyian. Antara lagu popular Njwa termasuk Got To Go, Sweet October dan Sama Saja.
Ads
Tidak pernah selektif dalam membuat persembahan, Njwa dikhabarkan tetap menerima mana-mana pelawaan nyanyian tidak kira berskala kecil mahupun besar. Semuanya kerana rasa cintanya terhadap muzik. Lebih membanggakan, wanita berusia 33 tahun ini pernah menggondol anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18.
Njwa di samping suami
Ads
Mengintai latar belakang penyanyi bersuara unik ini, Njwa merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagi pasangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Njwa juga pernah mendedahkan dia tidak datang dari keluarga yang berlatar belakangkan muzik tetapi minat terhadap dunia seni hadir ketika dia mengikuti kelas piano dan muzik sejak kecil. Dia turut menjalin hubungan baik bersama penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna ketika kedua-duanya pernah berpadu suara dalam sebuah konsert.
Ads
Meniti tanggal 26 Mac ini genap lima tahun Njwa bergelar isteri kepada Idris Koh yang merupakan salah seorang ahli muzik yang sering mengiringi Njwa dalam setiap persembahannya.
Warga tua makin ramai? Ya, mengikut kajian Malaysia’s Ageing Population Trends, populasi penduduk Malaysia yang lanjut usia dianggarkan mencecah 16.3% pada tahun 2040. Ini bermakna, kadar wanita menopaus juga bakal meningkat sekaligus mengundang banyak penyakit seperti menopaus.
Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat.
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproses mineral seperti kalsium.
Mak mak sering sakit lutut atau lenguh pinggang? Sebenarnya masalah osteoporosis boleh menjejaskan mana-mana tulang namun ia paling mudah rapuh di bahagian pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang.
Proses penguraian dan pembentukan tulang yang berterusan dikenali sebagai proses pembentukan tulang baru, dan osteoporosis berlaku apabila penguraian berlaku lebih cepat daripada pembentukan tulang. Inilah sebabnya pencegahan dan penjagaan awal mesti dibuat.
Osteoporosis merujuk kepada keadaan rangka seseorang yang mengalami pengurangan jisim tulang dan menyebabkan tulang rapuh.
Hal ini meningkatkan risiko fraktur kerapuhan atau tulang patah, menjejaskan kebebasan, kualiti hidup, serta kelangsungan hidup mereka.
“Osteoporosis merupakan punca utama fraktur dalam kalangan wanita selepas menopaus. Mereka yang telah mengalami fraktur akibat osteoporosis berisiko tinggi mengalami fraktur berikutnya sekiranya rawatan rejimen yang sesuai tidak dimulakan.
Sebagai pakar bedah dan doktor, kami sentiasa mencari ubat inovatif yang menawarkan pilihan rawatan terbaik dan boleh membantu memberikan pesakit kami kualiti hidup yang lebih baik.
Saya menasihati para wanita yang mengalami osteoporosis selepas menopaus yang parah untuk berbincang dengan doktor mereka untuk menentukan pilihan rawatan terbaik bagi mengurangkan risiko fraktur pada masa hadapan.” Dato’ Dr Lee Joon Kiong, Perunding Pakar Bedah Ortopedik
CARA ATASI
Bagi mengatasi masalah osteoporosis, kaum wanita kini mempunyai pilihan untuk mengurangkan risiko kepatahan tulang.
“Osteoporosis sering diabaikan walaupun ia boleh mengakibatkan keadaan yang lebih parah. Kami menyedari kepentingan melindungi kesihatan tulang dan mencegah fraktur kerapuhan ketika wanita memasuki fasa menopaus.
Kami percaya bahawa wanita yang mengalami osteoporosis selepas menopaus akan mendapat manfaat daripada rawatan agen pembentukan tulang yang terbaru seperti EVENITY yang dilancarkan oleh Amgen.
Amgen adalah antara salah satu peneraju dalam bidang kesihatan tulang dan kami komited untuk menyediakan rawatan yang berkesan bagi membantu pesakit yang mengalami osteoporosis.” Colin Chan, Pengurus Besar Amgen Malaysia
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimanapun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda.
Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah senaman ’weight bearing’ dan senaman ’resistance’. Joging, lompat tali (skipping), senaman aerobik dan melompat atas dan bawah di tempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia, senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis atau berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan, menaiki tangga 10 kali sehari atau bermain tenis yang sederhana.
Selain itu, pelancaran EVENITY (romosozumab) oleh Amgen dikatakan terbukti meningkatkan ketumpatan mineral tulang dengan ketara serta mengurangkan risiko fraktur tulang belakang dalam masa 12 bulan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karakter serius dan cita rasa gastronomi ‘next level’ yang dimiliki cef kelahiran Korea Selatan, Anh Sung Jae ini sering menjadi tarikan dalam program pertandingan masakan popular Netflix, Culinary Class Wars. Reaksi Anh Sung Jae dan veteran industri kulinari, Paik Jong Won sebagai juri ketika merasa hidangan para peserta sentiasa dinanti-nantikan penonton.
Program Culinary Class Wars ini mula bersiaran pada tahun 2024 yang mencipta kelainan melibatkan pertembungan di antara cef masakan amatur dilabel Sudu Hitam dan cef masakan elit dan berpengalaman dilabel Sudu Putih.
Ternyata perwatakan tegas dan serius Cef Anh hanya ketika bekerja dan sewaktu menjayakan program tersebut. Realitinya, dia seorang yang ceria dan cukup penyayang terhadap isteri serta anak-anak seperti yang ditonjolkan dalam saluran YouTube Chef Sung Anh.
Sehingga hari ini, akaun YouTube miliknya mempunyai lebih sejuta subscribers.
Menelusuri latar belakang bapa dua anak ini, Anh Sung Jae dilahirkan di Korea Selatan namun keluarganya berhijrah ke California, Amerika Syarikat ketika dia baru berusia 13 tahun.
Memetik laporan Tatler Asia, sepanjang menetap di sana Cef Anh pernah berkhidmat dengan US Army dan ditugaskan ke Iraq. Bagaimana pun kehidupannya berubah ketika berusia 24 tahun apabila dia menjadi pelajar di Le Cordon Bleu College of Culinary Arts di Los Angeles.
Sekaligus terbit minat terhadap dunia masakan. Apatah lagi dia mewarisi bakat dan teknik hidangan tradisi Korea daripada nenek tersayang.
Pada 2015, Cef Anh membuka restoran pertama iaitu Mosu di San Francisco yang mendapat pengiktirafan bintang Michelin ketika tahun pertama penubuhannya. Kemudian, dia kembali ke Korea Selatan dan membuka sebuah lagi rangkaian Mosu di Itaewon, Seoul dan dianugerahkan 3 bintang Michelin pada 2022.
Dia juga tersenarai di antara Asia’s 50 Best Restaurants 2022 dan Best Restaurant di Korea pada 2023. Bagaimana pun Mosu di Seoul ditutup pada 2024.
Bukan itu saja, Cef Anh Sung Jae turut menakluki industri gastronomi di Hong Kong dengan melebarkan rangkaian restoran Mosu di sana pada 2022.
Cukup terkenal dalam dunia kulinari di negara kelahiran mahupun luar negara, kemahiran dan kreativiti memasak Cef Anh menyediakan sesuatu hidangan meraih penghormatan daripada cef berpengalaman lain.
Cef Anh yang kini berusia 44 tahun bukan hanya handal di dapur dan menguruskan restoran. Bahkan dia sangat aktif dengan sukan boxing dan MMA. Tidak hairanlah, personaliti ini memiliki penampilan sasa.
Dia mendirikan rumah tangga bersama Amy Anh pada 1 September 2012. Hasil perkongsian hidup selama hampir 14 tahun, pasnagan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu July dan Caleb.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ketika berusia 19 tahun, Nurulain Syahirah Mat Hasmuni yang kini mencecah usia 31 tahun kian matang bersama pengalaman. Bidang kecantikan menjadi pilihan usahawan cantik ini dalam membangunkan empayar perniagaan miliknya. Mesra disapa sebagai Syahirah, wanita berstatus isteri dan ibu ini bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga berniaga.
“Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Sejak kecil saya memang sudah diajar tentang perniagaan. Mak ayah berniaga pakaian. Saya juga bermula dengan berniaga pakaian selama dua tahun. Saya kumpul duit dan bila ada sedikit modal saya jadi ejen jual produk kosmetik. Ketika itu saya masih belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu.
“Pada 2014 saya keluarkan produk kesihatan sendiri iaitu suplemen untuk kulit. Tahun 2020 saya berkahwin dan selepas itu saya focus kepada produk penjagaan kulit. Pada 2021 barulah saya keluarkan RISSA Skin. Sekarang sudah mencecah tiga tahun jenama ini di pasaran.
“Mungkin kerana saya datang daripada keluarga usahawan dan sejak kecil sudah didedahkan dengan selok belok perniagaan maka business is the best for me. Saya pula seorang yang berdikari dan tidak suka bekerja dengan orang. Dengan berniaga saya boleh uruskan masa sendiri dengan lebih fleksibel. Saya boleh rancang dan tentukan sendiri apa yang saya ingin lakukan dengan tenang,” ujar penerima Nona Superwoman Award 2024 kategori Best Halal Skincare ini.
“Detik paling mencabar sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan ialah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak cabaran yang harus ditempuhi. Selama ini kita sudah biasa dengan offline tetapi setelah COVID-19 melanda segalanya mula berubah. Sambutan terhadap offline semakin kurang kerana semuanya bergantung kepada online.
“Saya lancarkan RISSA Skin pun di studio. Kami kumpulkan semua ejen secara maya dan buat sesi live. Realitinya ketika itu mereka di rumah sahaja tetapi kita buat live di studio maka nampaklah semua ejen melalui panggilan video. Agak struggle jugalah waktu itu namun saya tidak putus asa. Selepas PKP semuanya sudah bertukar kepada online. Saya juga sentiasa belajar untuk mantapkan lagi kemahiran online.”
RISSA Skin adalah salah satu produ terawal yang bermula dengan online semasaq PKP. RISSA Skin dihasilkan khusus buat wanita yang ingin kelihatan cantik. RISSA Skin turut mempunyai pelbagai rangkaian produk suplemen untuk golongan remaja dan produk penjagaan wajah untuk yang sudah berusia.
“Saya bermula dengan menjual suplemen. Apabila sudah berkahwin, terjebak pula dengan produk kecantikan kerana suami adalah usahawan produk penjagaan wajah. Berbekalkan pengalaman saya dan suami maka tercetuslah RISSA Skin. Alhamdulillah dapat bertahan sampai ke hari ini.”
Tambah Syahirah lagi, dalam perniagaan detik jatuh bangun itu adalah lumrah. Pasti akan ada suara-suara sumbang dan persepsi negatif yang boleh melemahkan semangat seseorang.
“Mesti kita akan rasa down lebih-lebih lagi kalua kata-kata sinis itu datang daripada orang-orang terdekat atau yang kita kenal. Kalau tidak kenal, tiada masalah sangat sebab boleh diabaikan sahaja. Cara saya, down sekejap sahaja tak boleh lama-lama. Kalau down lama-lama tiada siapa pun boleh bantu. Ingat semula kata-kata mereka dan jadikannya pembakar semangat. Buktikan apa yang mereka katakana itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.”
Sebagai pengasas, pastinya Syahirah mahu memberikan produk yang terbaik buat para pelanggannya.
“RISSA Skin menggunakan teknologi terbaharu di Malaysia iaitu ampoule. Sekarang ini di Malaysia tidak banyak produk penjagaan wajah yang boleh keluarkan ampoule. Kami sendiri pernah melawat kilang dan mesin yang menghasilkan ampoule. Memang tidak sama dengan item-item lain. Penyerapannya dua ke tiga kali lebih berkesan daripada produk-produk yang lain.
“RISSA Skin turut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memiliki pengesahan ujian makmal daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk semua rangkaian produk RISSA Skin termasuklah suplemen. Kita sudah hantar semuanya ke ujian makmal SIRIM untuk membuktikan produk-produk tersebut selamat digunakan dan halal. Produl RISSA Skin diproses di kilang berstatus halal. Ia boleh digunakan tanpa was-was.”
Sepanjang tiga tahun berada di pasaran, apa yang paling membanggakan Syahirah daripada pencapaian ialah RISSA Skin berjaya menjadi salah satu top brand di platform TikTok. Terdahulu,RISSA Skin perlu bersaing dengan jenama-jenama besar yang ada di platform tersebut.
“Kami berkembang pantas di TikTok. Dalam tempoh tiga bulan sahaja kami berjaya meraih jualan sebanyak satu juta. Hanya berniaga di beg kuning dan alhamdulillah kekal sampai sekarang. Selain di Malaysia, RISSA Skin turut mendapat sambutan yang sangat baik di Brunei dan Singapura. Akan datang Indonesia pula.
“Saya berpegang kepada prinsip, apa jua yang dilakukan mesti sampai jadi. Jika diimbau semula, kami bermula pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu agak struggle kerana tidak semua percaya kepada produk online sebelum ini. Jadi, kami try and error, cuba lagi dan lagi sampailah ke tahap sekarang. Usah pernah berputus asa.”
Dikurniakan suami yang berpengalamann lebih 10 tahun dalam dunia perniagaan memberi kelebihan kepada Syahirah untuk menjadi seorang usahawan yang terbaik.
“Suami adalah sumber inspirasi dan kekuatan saya. Beliau ada pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penjagaan kulit. Segalanya saya serah kepada suami. Kami juga sering bertukar-tukar idea dan berbincang mengenai perancangan perniagaan. Dalam syarikat kami ada tanggungjawab masing-masing. Saya menjaga bahagian pemasaran manakala suami menjaga bahagian pengurusan, tempahan stok dan lain-lain.”
Dalam bidang perniagaan, Syahirah amat mengagumi Bonda Rozita kerana baginya usahawan terkenal itu seorang yang berbeza. Apa yang dikaguminya ialah dia bangga dengan Bonda Rozita yang sukses sebagai usahawan kosmetik dan kini bergelar pengusaha resort pula. Syahirah sangat bangga dengan Bonda Rozita yang dianggap sebagai seorang usahawan Bumiputera yang berani, bijak, berjaya dan kaya.
Mengakiri perbualan, Syahirah menitipkan nasihat ringkas buat wanita yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
“Ia bukanlah semudah yang disangka. Banyak liku-liku yang yang perlu dihadapi. Paling penting mental kena kuat sebab dalam perniagaan macam-macam perkara boleh berlaku termasuklah kecaman. Jadi diri sendiri, jangan fikir apa orang cakap. Sebab jatuh bangun kita, diri sendiri juga yang kena bangkit. Bekerjalah dalam keadaan seronok dan ikhlas tanpa rasa terpaksa.
“Dalam hidup ini kita tak boleh mudah berputus asa. Apa pun ujian mahupun cabaran yang berlaku teruslah melakukan yang terbaik. Orang boleh menghukum dan bercakap macam-macam tetapi kita tahu diri kita bagaimana. Jadi, buat yang terbaik untuk sesuatu perkara yang kita suka.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!