Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Langkah pencegahan awal kepada kanser payudara adalah dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP). Wanita perlu peka terhadap sebarang perubahan payudara seperti benjol, permukaan kulit kasar, sakit puting atau payudara.
Waktu yang terbaik untuk melakukan PSP adalah dalam tempoh tiga hari selepas haid berakhir ataupun tujuh hingga 10 hari selepas bermulanya haid. Lakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan pemeriksaan iaitu:
(a) Di depan cermin
Apa yang anda perlu hanya tangan, mata dan cermin. Berdiri di depan cermin tanpa berbaju dan perhatikan keadaan payudara anda. Teliti bentuk, ukuran dan perubahan seperti permukaan, warna kulit dan bentuk puting payudara. Letak tapak tangan dan tekan pada setiap inci payudara.
Ads
(b) Ketika mandi
Anda boleh melakukan PSP ketika mandi dengan bantuan buih sabun. Angkat tangan kanan di belakang kepala dan tekan tangan kiri payudara sebelah kanan. Lakukan juga sebaliknya. Jika menyedari sebarang keganjilan, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.
(c) Berbaring
Ads
Sebelum tidur, anda boleh juga buat pemeriksaan payudara. Dalam berbaring payudara akan melebar dan memudahkan untuk membuat PSP. Tetapi jangan lupa letak bantal di bawah kepala. Kemudian letakkan tangan di bawah dan tekan tapak tangan sebahagian demi sebahagian payudara mengikut luas tapak tangan anda. Mulai dengan gerakan pukul 12 ke angka 1 dan seterusnya. Setelah selesai periksa juga puting payudara.
Jenama cecair mandi terkemuka menggalakkan wanita melakukan PSP bukan untuk kepentingan diri sendiri, namun demi orang yang tersayang.
Ads
Menurut Pengurus Pemasaran Produk Penjagaan Diri Southern Lion, Jackie Low, PSP ketika mandi merupakan cara yang paling mudah dilakukan. Demi kepentingan mesej ini, Shokutbutsu telah melancarkan kempen Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) yang bertujuan untuk meningkatkan lebih kesedaran tentang PSP dan pengesanan awal boleh mengelakkan tekanan dan trauma.
“Kami mendapati ramai wanita sedar akan kepentingan PSP, namun masih ramai yang gagal untuk menjadikannya sebagai rutin,” kata Jackie Low.
Tambah Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr. Saunthari Somasundaram, “Apabila seseorang menjalankan PSP, mereka dapat membiasakan diri dengan rupa bentuk dan struktur payudara sendiri. Ini penting untuk mengesan sebarang perubahan seawal mungkin agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itulah plot akhir cerita dongeng Puteri Disney yang Nona yakin, diingati oleh semua orang.
Alkisah puteri Disney telah diceritakan kepada kita sejak kecil lagi. Sama ada melalui buku yang dibacakan sebelum tidur atau filem-filem kartun yang ditonton, watak-watak seperti Cinderella, Belle dan Snow White sememangnya cukup dekat di hati.
Tapi cuba bayangkan jika puteri-puteri Disney itu benar-benar hidup pada zaman ini. Bagaimanalah agaknya wajah dan pakaian mereka?
Teka-teki ini mendorong artis digital, Fernanda Suarez ‘menjelmakan semula’ watak-watak legenda Disney mengikut arus fesyen semasa. Jaket denim, off shoulder tops, aksesori tribal dan solekan neutral berjaya ‘menukar’ karakter biasa mereka.
Agaknya kalau mereka ‘hidup’ di dunia realiti, tentu jadi social media influencer, kan. Jom tengok 7 ilustrasi Suarez yang hebat ni. Mana satu kesukaan anda? Norzalina Mohd Alias
(1) Mulan
(2) Belle
(3) Ariel
(4) Jasmine
(5) Pocahontas
(6) Snow White
(7) Cinderella
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kebanyakan pasangan, tanda-tanda awal yang mungkin menunjukkan masalah kesuburan ialah ketika anda berdua sudah melakukan hubungan intim secara rutin selama lebih setahun tetapi masih belum hamil. Tahukah anda walaupun kitaran haid teratur, rutin hubungan intim juga teratur serta tiada masalah kesihatan, kebarangkalian anda dan pasangan untuk mengalami masalah ketidaksuburan tetap ada.
Berikut 5 tanda-tanda awal yang perlu anda ambil peduli. Jika anda mengalaminya, tiba masanya untuk anda dan pasangan mendapatkan nasihat doktor pakar bagi tindakan seterusnya.
KITARAN HAID TIDAK TERATUR
Jika kitaran haid terlalu singkat atau terlalu panjang (kurang daripada 24 hari atau lebih daripada 35 hari) atau datang bulan secara tak menentu segeralah dapatkan nasihat pakar. Kitaran tak teratur boleh menjadi petanda masalah ovulasi.
PENDARAHAN TERLALU BANYAK ATAU SEDIKIT
Kitaran haid selama 3-7 hari adalah normal. Namun, jika ia terlalu singkat atau berlebihan anda perlu dapatkan nasihat pakar. Paling dibimbangi jika berlakunya pendarahan tak menentu dari bulan ke bulan sama ada dari segi warna, tempoh dan kuantiti. Atau anda mengalami senggugut yang sangat teruk setiap kali haid. Ia juga menjadi petanda masalah ketidaksuburan.
USIA MELEBIHI 35 TAHUN
Tahap kesuburan bagi wanita berusia lebih 35 tahun akan menurun. Pada usia 30 tahun peluang untuk hamil adalah 20 peratus. Ketika usia 40 tahun peluang kian menurun iaitu dalam 5 peratus. Maka, jika usia anda melebihi 35 tahun dan berhasrat untuk hamil minta nasihat doktor pakar terlebih dahulu bagi mendapatkan panduan.
KEKURANGAN ATAU BERLEBIHAN BERAT BADAN
Terlalu kurus atau gemuk berisiko untuk kurang subur. Diet berlebihan atau terlalu ekstrem berolahraga pun boleh membawa kepada masalah kesuburan. Sentiasalah melihat kepada Indeks Massa Tubuh (BMI) anda agar berada dalam skala yang sihat.
TIGA KALI KEGUGURAN BERTURUT-TURUT
Umumnya para doktor tidak menganggap keguguran sebagai masalah kesuburan. Namun jika terjadi tiga kali berturut-turut ia boleh menjadi salah satu punca masalah kesuburan. Pemeriksaan kesuburan dibuat ke atas wanita yang mengalami masalah ini seterusnya doktor akan memberi nasihat rawatan yang terbaik.
MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK
Penyakit kronik seperti diabetes berserta ubatannya boleh menjejaskan kesuburan. Antaranya insulin yang boleh mengganggu kitaran haid. Jika anda seorang pesakit kronik atau sedang dalam rawatan, dapatkan nasihat doktor tentang peluang anda untuk hamil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belum pun sejuk kisah pernikahan selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor diperkatakan peminat, isteri kepada pendakwah bebas ini telah dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh Kerajaan Kelantan sempena Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021. Tahniah Neelofa!
Seramai 14 orang wanita termasuk Neelofa turut menerima anugerah pada majlis tersebut yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. Memetik laporan dari Sinar Harian, program ini telah anjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.
Pada Sabtu lalu bertarikh, 27 Mac 2021, Neelofa telah selamat dinikahkan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor tepat jam 11.43 pagi di Hotel Grand Hyatt dengan sekali lafaz.
Kredit Foto: WEDLOCX.Co
Majlis pernikahan ini dihadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakam terdekat kedua-dua belah pihak. Tetamu yang hadir pula begitu sporting mengikut tema yang ditetapkan iaitu berbaju kurung, baju Melayu atau jubah berwarna putih.
Usahawan terkenal ini menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin namun tidak menyatakan jumlah hantaran yang diterimanya daripada pihak pengantin lelaki.
Bekas pengacara Meletop ini kelihatan anggun dan berseri-seri dalam persalinan dres labuh rona putih rekaan Alia Bastamam dan dihias indah oleh jurusolek terkenal Sharman Yee. Ikatan tudungnya telah disempurnakan oleh Didiyana Ehsan. Manakala dekorasi dewan pula telah dihias indah oleh Reka Teemor.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris. Semoga ikatan yang baharu dibina ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Nadiya Hussain mula menjadi sebutan ramai seluruh dunia setelah berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan memasak di England iaitu Great British Bake Off...