NOOR NEELOFA MOHD NOOR

Seperti dijanjikan dan bersempena ketibaan Aidiladha tidak lama lagi, Neelofa memberi peluang kepada orang awam untuk melaksanakan ibadah korban dengan mudah menerusi
program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha yang dikelolakan di bawah pertubuhan naungannya, Pertubuhan Kasih Neelofa. Dalam kesibukan merencana jadual seni dan perniagaan usahawan muda ini tetap komited menjalankan kerja amal. Memang betul-betul sumber inspirasi!

IKLAN

Difahamkan, program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha merupakan program perdana anjuran pertubuhan tersebut. Jelas pengasas Naelofar ini, pihaknya menerima sambutan yang cukup menggalakkan sejak program berkenaan dibuka kepada umum. “Sejak diumumkan baru-baru ini, sambutan yang diterima daripada orang awam begitu memberangsangkan.

Mungkin disebabkan norma baharu sempena PKPP ini yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga jarak dan duduk di rumah, kebanyakan daripada mereka mengambil peluang
ini untuk melaksanakan ibadah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha,” kongsi Neelofa.

Menerusi Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, satu bahagian lembu dikenakan bayaran sebanyak RM750. Urusan pemilihan lembu korban sehinggalah penyembelihan dan pengagihan daging kepada golongan asnaf dan fakir diuruskan sendiri oleh pihak pertubuhan. Dalam pada itu, pihak pertubuhan turut akan menjalin kerjasama dengan pihak NGO dan swasta bagi merancakkan lagi usaha murni tersebut.

“Kami ingin memperluaskan program ini. Justeru, kerjasama dengan badan-badan NGO dan bukan kerajaan lebih memudahkan pihak kami bagi proses pengagihan dan mengenal pasti individu yang memerlukan di setiap negeri,” ungkap Neelofa.

Bagi yang ingin menyertai program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, pendaftaran masih dibuka sehingga 23 Julai 2020 iaitu seminggu sebelum ketibaan Hari Raya Haji. Hubungi
010-220 0851 atau e-mel kepada kasihneelofa@gmail.com untuk keterangan lanjut.

IKLAN

Pada pertengahan Jun lepas, Neelofa menubuhkan badan kebajikan pertamanya dikenali sebagai Pertubuhan Kasih Neelofa. Kata selebriti cantik ini, ia menjadi platform rasminya
untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti amal secara menyeluruh. “Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah pertubuhan demi membantu golongan yang
memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan.

IKLAN

Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu.”

View this post on Instagram

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ QURBAN BERSAMA KASIH NEELOFA 1441H 2020 Penyertaan Qurban di Pertubuhan @kasihneelofa telah dibuka!! Kami akan melaksanakan qurban dan mengagihkan daging qurban anda terus kepada faqir miskin dan asnaf yang sangat memerlukan di dalam tanahair kita Malaysia, yang meliputi seluruh pelusuk 14 negeri di Malaysia. Berikut adalah maklumat yang berkaitan; 🐂 *1 bhgn lembu RM750* Cara Penyertaan 1. Sila whatsapp butiran Tuan/Puan seperti berikut kepada kami: – NAMA – NO.IC – ALAMAT – NO PHONE – EMAIL – PENAMA QURBAN (ISI DALAM HURUF BESAR) Hantar ke whatsapp : +60102200851 QurbanBersamaKasihNeelofa Atau emel kepada: – 📧 kasihneelofa@gmail.com 2. Bank in atau transfer bayaran ke Akaun *CIMB* PERTUBUHAN KASIH NEELOFA 💳 *8604198113* 3. Sila hantar Slip atau Bukti Pembayaran ke: – Whatsapp +60102200851 QurbanBersamaKasihNeelofa Atau emel kepada: – 📧 kasihneelofa@gmail.com *(Penyertaan tidak akan diproses sekiranya tiada bukti pembayaran disertakan)*.

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Pertubuhan Kasih Neelofa turut diterajui bersama ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, ibu saudaranya dan Ustaz Azam. “Banyak aktiviti lain yang dirangka pihak Pertubuhan Kasih
Neelofa. Tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang. Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan
derma daripada orang ramai.

Ia merupakan satu amanah yang sangat besar. Saya berharap agar orang awam memberikan kepercayaan kepada saya selain dapat bersama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofa ini sebagai platform untuk semua.”