SHAKIRA Kekal Menawan Di Usia 45, Rajin Bersenam & Tak Ambil Makanan Bergula

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Waka Waka’, ‘Whenever, Wherever’ dan ‘Hips Don’t Lie’ iaitu Shakira mencuri perhatian ramai kerana masih kelihatan menawan, cergas dan langsing di usia 45 tahun. Ia pastinya dicemburui oleh ramai wanita.

Ibu 2 anak serta pemilik nama penuh Shakira Isabel Mebarak Ripoll ini mendedahkan dia sering mendengar lagu ‘Green Day’ dalam genre rock bagi membangkitkan semangat ketika melakukan aktiviti kecergasan.

Jurulatih peribadi Shakira yang juga rakan baiknya, Anna Kaiser memberitahu, Shakira melakukan aktiviti kecergasan 6 kali seminggu. Semua latihannya juga adalah berbeza-beza.

Shakira menitikberatkan soal kecergasan bukan hanya untuk stamina bahkan demi menjaga suara agar kekal merdu. Ini kerana Shakira pernah mengalami kecederaan di peti suaranya sehingga terpaksa menangguhkan Jelajah Dunia El Dorado pada tahun 2017.

Selain itu, Shakira juga tidak makan makanan yang mengandungi gula dan susu.

Jom lihat dan ikuti beberapa menu makanan harian Shakira:-

  • Sarapan

Makan telur atau aprikot bersama campuran minyak zaitun, tomato, garam laut, beri dan protein sayuran.

  • Makan Tengahari

Akan disajikan dengan menu ikan, sayuran segar atau salad (campuran sayur).

  • Makan/Minum Petang

Biasanya diisi dengan pelbagai jenis sup. Terdapat bebarapa jenis sup pilihan Shakira iaitu sup daun bawang dan terung, lobak dan halia. Adakalanya sup timun dengan lemon dan garam.

  • Makan Malam

Ikan dan sayuran. Shakira akan sekalikan untuk makan tengahari dan makan malam. Hanya tinggal untuk dipanaskan semula saja.

Namun begitu, seminggu sekali Shakira akan cheat day dengan makanan yang digemarinya (tidak tertalu sihat). Baginya cheating

juga penting agar tidak bosan.

Untuk info, Shakira adalah penyanyi dan penari pop Kolombia yang sangat sukses. Shakira telah memenangkan beberapa Grammy, Latin Grammy dan American Music Awards. Shakira dilahirkan dan dibesarkan di Barranquilla, Kolombia. Bapanya berketurunan Lebanon manakala ibu berketurunan Kolombia.

Kredit Foto: Instagram Shakira

IKLAN
Share