Suatu ketika dahulu, kisah penghijrahan pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa mendapat respon baik daripada peminatnya malah penghijarahan pengacara rancangan tembual bicara Next To Neelofa ini memberikan inspirasi kepada wanita muslimah yang lain untuk sama berubah ke jalan lebih baik.
Walaupun tampil berniqab penuh, namun Neelofa tidak terkecuali diundang ke acara fesyen yang diadakan memandangkan Neelofa juga sememangnya seorang peminat fesyen. Baru-baru ini, Neelofa diundang secara eksklusif ke sebuah majlis fesyen jenama terkenal Dior yang memperkenalkan koleksi Dior Cruise untuk tahun hadapan (2023).
Semestinya penampilan Neelofa pada majlis tersebut mendapat perhatian ramai memandang dirinya yang sudah berniqab penuh, namun tetap diundang memeriahkan suasana. Malah gaya isteri kepada Haris Ismail itu tetap nampak elegan, anggun walaupun berpurdah, menyerlahkan sisi fesyennya.
Ads
Neelofa dilihat menyarung persalinan berona hitam dan biru navy dari jenama Dior di samping kasut tumit tinggi yang nyata menyerlahkan aura ibu kepada Bilal ini. Rata-rata ramai yang memuji penampilan Neelofa yang masih mengekalkan penampilan berlitup walaupun dijemput jenama-jenama fesyen antarabangsa seperti Dior.
Ads
Di ruangan komen pula, sudah pasti ramai yang mengagumi stail yang ditonjolkan Neelofa. Nyata bertudung litup dan berpurdah tidak menghalang Neelofa untuk hadir menyaksikan koleksi ini dengan lebih dekat.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Manisnya Fatin Afeefa! Hadir memberi sokongan dan meraikan majlis rakan artis, Mawar Rashid baru-baru ini, penampilan Fatin yang menutup aurat dan berhijab mengundang pujian ramai.
Mana tidaknya, automatik nampak isteri Aliff Awang ini kelihatan muda remaja! Anggun mengenakan persalinan rona hitam dengan tudung polos warna senada, tidak dinafikan terserlah sisi penuh keayuan pelakon berusia 28 tahun tersebut.
Yang pasti, penampilan Fatin turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang memuji wajah cantik dan pesonanya.
Sebelum ini Fatin atau nama sebenarnya Nur Afifah Shamsudin menjadi bualan warga maya selepas momen dia sedang membeli tudung bertebaran di media sosial.
Ini selepas suaminya sanggup membelanjakan wang hampir RM5,000 untuk menghadiahkan Fatin 19 helai tudung berjenama mewah dalam usaha aktres ini untuk menutup aurat.
Hujung Disember lalu, Fatin sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang atau mesra disapa Opai.
Pelakon filem Tentang Bulan tersebut sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia berusia tujuh tahun.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu.
Fatin pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa.
Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyian Afeefa juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian tahun lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jealousnya tengok Noor Nabila sekarang. Badan semkain langsing dan dia juga aktif dengan aktiviti sukan basikal, yoga serta pilates. Setiap kali Nabila memuat naik posting terbaharu, memang ramai yang akan memuji.
Sebelum ini pun Nabila begitu aktif dalam pilates, demi menjaga kesihatan dan tubuh badan. Walaupun dalam kesibukan menguruskan si comel Jebat Jayden dan menjadi Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, Nabila masih dapat meluangkan masa menjalankan aktiviti yang diminati. Channel Youtube Nabila dan Rosix pun tak kurang meriahnya!
Bertuahnya Nabila apabila dirinya banyak dibantu keluarga tersayang. Sejak sebelum berkahwin lagi Nabila bersama ibunya Datin Noor Kartini sudahpun memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
“Asalnya kami bukan orang senang. Saya pernah melalui zaman sewaktu perniagaan yang kami jalankan tidak berjaya. Makan gaji RM2,000 sebulan dan memandu sebuah kereta Vios, itulah antara pengalaman yang pernah saya lalui.
Mungkin ada yang menyelar, ada orang yang hidupnya jauh lebih susah tapi ini saya bercakap bagi pihak saya. Pengalaman itulah yang membuatkan saya bangkit untuk terus berjuang dalam perniagaan.
https://www.instagram.com/p/CFYIMCBnLbz/
Alhamdulilah kini tuah menyebelahi kami. Dengan hadirnya Neelofar Hijab, perniagaan yang dijalankan terus berkembang. Kami cuba membawa nama Neelofar Hijab lebih jauh lagi malah hadir dengan koleksi lebih baik dan mesra pengguna.
https://www.instagram.com/p/CGAJRC4nVdD/
Kalau sebelum ini saya sibuk menguruskan Jayden di rumah sehingga terpaksa mengetepikan urusan pejabat, kini saya boleh memberi lebih komitmen lebih kerana Jayden beransur sihat. Dia juga semakin membesar dan pandai membawa diri. Saya tak risau sangat akan Jayden kerana saya tahu dia dijaga dengan baik.
https://www.instagram.com/p/CFLuLozDmvj/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Namanya tidak asing lagi di laman media sosial dek kerana wajahnya yang ayu jelita. Tidak bersandarkan pada rupa paras semata-mata. Gadis berumur 19 tahun ini bijak mengatur langkah dalam mencanai strategi bisnes yang diusahakannya. Aktif di laman sosial sejak berumur 14 tahun, Athirah atau lebih mesra disapa Tyra kini menumpukan perhatian sepenuhnya untuk perniagaan yang baharu sahaja ditubuhkan Jun lalu.
BOLEH ANDA CERITAKAN SEDIKIT MENGENAI BISNES ANDA?
Saya baru sahaja memulakan perniagaan produk kecantikan bernama @beautyra. Sebenarnya saya sudah tubuhkan @beautyra ini sudah lama namun ia mengambil masa yang agak panjang untuk proses jenama dan sebagainya. Produk ini terdiri daripada pemerah pipi atau blusher yang terdiri daripada tiga warna. Alhamdulillah sambutan setakat ini sangat memberangsangkan dan sold out dalam sehari sahaja.
BAGAIMANA BOLEH TERCETUSNYA BISNES INI?
Saya memang seorang yang gemarkan produk mekap dan kecantikan. Saya mula aktif di Instagram sejak umur saya 14 tahun lagi. Dari situ saya mula berniaga kecil-kecilan. Tambahan pula saya mempunyai latar belakang keluarga yang menceburi bidang perniagaan. Pada mulanya saya berniaga baju dan aksesori sahaja.
Saya juga belajar buat semuanya sendiri. Dari hal postage hingga ke urusan yang lain dan sekarang saya sudah mempunyai team yang boleh tolong selesaikan semuanya dari A to Z.
SIAPAKAH YANG MENDORANG ANDA UNTUK MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN?
Family, of course! Mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam kerjaya saya. Sejujurnya saya tiada banyak pengalaman dalam bidang ini. Keluargalah yang banyak memberi sokongan padu dan tidak henti menaikkan semangat saya untuk melakukan bisnes. Selain itu, kawan-kawan saya juga banyak membantu saya terutamanya mereka yang turut menceburi bidang ini.
ANDA SEORANG YANG AMAT DIKENALI DI LAMAN SOSIAL. BAGAIMANA ANDA MEMBAWA DIRI SEBAGAI PUBLIC FIGURE?
Saya mula aktif di laman sosial sejak saya masih muda. Mungkin dulu saya lebih memikirkan tentang apa yang netizen cakap mengenai diri saya. Tapi lama-kelamaan, saya sudah biasakan diri dengan keadaaan ini dan menganggap ia sebagai satu perkara biasa. Jika ada perkara yang mereka katakan itu betul, saya mengambil ia sebagai kritikan yang positif.
Namun jika ada komen yang berbaur tuduhan dan boleh mendatangkan fitnah, saya akan cuba memberi maklum balas bagi membetulkan keadaan.
APAKAH PRINSIP YANG DIPEGANG OLEH ANDA?
Prinsip yang saya selalu pegang ialah always to be yourself. Tidak kiralah apa yang orang cakap mengenai diri anda, paling penting jadilah diri sendiri dan bukan jadi diri atas kehendak orang lain. Jangan sesekali pedulikan apa orang cakap walaupun kadangkala anda rasakan perkara itu betul untuk dilakukan. Anda lebih tahu apa yang lebih terbaik untuk diri anda.
RAMAI BERPENDAPAT CANTIK DAN BIJAK HARUS SEIRING. APA KOMEN ANDA?
Memang betul kerana pendidikan merupakan perkara yang sangat penting. Tapi bijak itu bukan sahaja dari segi pembelajaran. Ada orang pandai berniaga dan ada orang yang pandai memasak dan membuka perniagaan. Bagi saya bijak itu meluas dan tidak tertumpu pada segi pelajaran. It’s more than that.
NYATAKAN CIRI-CIRI UNIK ANDA YANG MUNGKIN RAMAI TIDAK TAHU
Saya suka menyanyi tapi tidak pernah terfikir untuk jadi penyanyi. Saya juga seorang yang sangat sukakan haiwan hinggakan bercakap dengan mereka. Setakat ini, saya ada memelihara burung dan kucing. Selain menjadi pencinta haiwan, saya juga suka ‘cantikkan’ orang. Jika sepupu saya datang ke rumah, saya suka mekap dan mendandan rambut mereka.
Orang juga mungkin tidak tahu yang saya ini sebenarnya seorang yang banyak cakap dan sangat aktif. Dalam kata erti lain tidak reti duduk diam.
KONGSIKAN RUTIN KECANTIKAN DAN KESIHATAN ANDA
Saya tidak akan tidur dengan memakai mekap. Cuci mekap sebelum tidur adalah perkara yang sangat mustahak. Selain itu, setiap hari saya akan memakai mask wajah. Manakala untuk rambut, saya tidak akan mencuci rambut setiap hari. Saya juga akan pergi ke saloon setiap bulan untuk buat rawatan rambut. Dari segi kesihatan, saya amalkan fish oil untuk elak kulit kering dan akan pastikan minum air putih secukupnya setiap hari.
APAKAH PERANCANGAN ANDA PADA MASA HADAPAN?
Selain ingin mengembangkan bisnes saya, saya juga ingin menjadi seorang wanita yang berjaya. Usia bukan penghalang untuk seorang wanita mengecap kejayaan. Saya ingin wanita di luar sana melihat saya sebagai seorang wanita muda yang berani mencuba dan menjadi insan yang lebih berjaya daripada saya. Jika anda ada usaha dan minat, insyaAllah anda juga boleh berjaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.