“She Another Level!” Tetap Diundang Walau Berniqab, Penampilan NEELOFA Di Majlis Fesyen Raih Perhatian Ramai

Suatu ketika dahulu, kisah penghijrahan pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa mendapat respon baik daripada peminatnya malah penghijarahan pengacara rancangan tembual bicara Next To Neelofa ini memberikan inspirasi kepada wanita muslimah yang lain untuk sama berubah ke jalan lebih baik.

Walaupun tampil berniqab penuh, namun Neelofa tidak terkecuali diundang ke acara fesyen yang diadakan memandangkan Neelofa juga sememangnya seorang peminat fesyen. Baru-baru ini, Neelofa diundang secara eksklusif ke sebuah majlis fesyen jenama terkenal Dior yang memperkenalkan koleksi Dior Cruise untuk tahun hadapan (2023).

Semestinya penampilan Neelofa pada majlis tersebut mendapat perhatian ramai memandang dirinya yang sudah berniqab penuh, namun tetap diundang memeriahkan suasana. Malah gaya isteri kepada Haris Ismail itu tetap nampak elegan, anggun walaupun berpurdah, menyerlahkan sisi fesyennya.

Neelofa dilihat menyarung persalinan berona hitam dan biru navy

dari jenama Dior di samping kasut tumit tinggi yang nyata menyerlahkan aura ibu kepada Bilal ini. Rata-rata ramai yang memuji penampilan Neelofa yang masih mengekalkan penampilan berlitup walaupun dijemput jenama-jenama fesyen antarabangsa seperti Dior.

 

Di ruangan komen pula, sudah pasti ramai yang mengagumi stail yang ditonjolkan Neelofa. Nyata bertudung litup dan berpurdah tidak menghalang Neelofa untuk hadir menyaksikan koleksi ini dengan lebih dekat.

Sumber: @neelofa

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

IKLAN
Share