Menjelang musim perayaan, pastinya bajet kita untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal meningkat. Selain barangan keperluan asas seperti makanan, golongan wanita tentu nak beli juga kelengkapan raya macam baju kurung, kasut dan mekap baru, kan?
Inilah masanya untuk menggunakan kuasa pembeli dengan bijak. Memandangkan produk lokal juga setanding produk antarabangsa, Nona membariskan produk buatan Malaysia yang mesti dimiliki sempena Aidilfitri ini.
HELAIAN RAYA
Himpunan busana raya dari koleksi pereka tempatan membantu industri seni fesyen negara terus berdaya tahan. Kini kebanyakan pereka fesyen menawarkan koleksi berpatutan di platform online, antaranya Alia Bastamam, Rizman Ruzaini, Mimpi Kita dan banyak lagi.
Jenama hijab pun majoritinya keluaran Malaysia. Rambang mata nak pilih, cantik-cantik koleksi pereka tempatan ni.
Galeri Ariani
Mimpi Kita
Rizman Ruzaini
Jimmyscarves
Antara destinasi membeli-belah kegemaran Nona tentu sekali Jakel dan gedung pasar raya Mydin yang menawarkan banyak busana raya pada harga lebih murah. Tapi kalau bimbang bersesak-sesak, paling senang beli je secara online. Lagi selamat dan menjimatkan, maklumlah banyak yang berkenan di hati.
Ads
Jakel Mall Kuala Lumpur
Mydin Mall
MEKAP
Kini banyak produk solekan tempatan yang berkualiti tinggi, selamat dan terjamin halal. Tidak perlu berhabis ratusan ringgit kalau ada pilihan lebih baik buatan anak Malaysia. Antara kegemaran Nona pastinya Alha Alfa Cosmetics, NR Cosmetics, Sobella, Obsess, CPG, Bihan Girly Makeup dan banyak lagi.
Paling penting adalah kemahiran dan teknik mengadun warna agar solekan menyerlah cantik. Kini banyak video tutorial percuma di media sosial untuk mengasah skil solekan anda di rumah.
SoBella
Obsess Cosmetics
Ads
SEPATU & TAS TANGAN
Siapa kata dua aksesori buatan Malaysia ini tak berkualiti tinggi? Himpunan terkini BONIA, Lewre dan Padini antara pilihan Nona sempena Aidilfitri nanti. Selain rekaan moden serta terbaharu di pasaran, harga yang ditawarkan juga jauh lebih berbaloi.
Bonia
Carlo Rino
Vincci
HIDANGAN LAZAT
Ads
Di antara jenama tempatan yang masyhur untuk juadah raya tentulah ADABI, Saji, Brahim’s, Baba’s dan Mamee. Kebanyakan jenama rempah-ratus, pek ketupat segera an makanan ringan kegemaran tetamu boleh didapati dari jenama-jenama ini di pasar raya berdekatan.
Giant Hypermarket
Mydin
PILIHAN DI DEPAN MATA
Bertuahnya jadi rakyat Malaysia, kita boleh berbangga dengan pelbagai produk dan jenama tempatan yang berkualiti, dengan harga lebih berpatutan sambil kita membantu menggalakkan pemulihan ekonomi negara.
Sama-samalah kita menyahut seruan Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada waktu ini.
Dengan mengutamakan dan menyokong barangan buatan tempatan, kita membantu negara bangkit daripada impak pandemik COVID-19 sekaligus memulihkan semula ekonomi.
Yang pentingnya, duit lebihan tu boleh dimanfaatkan untuk sedekah. Mengalir juga pahala amal jariah bila tabung masjid penuhkan? Selamat berbelanja dengan bijak!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebelakangan ini, diet berasaskan tumbuhan kian popular. Namun, ia bukan sekadar gaya dan ikutan semata-mata. Berita baiknya, kajian sains turut menyokong kebaikan diet ini. Diet berasaskan tumbuhan terdiri daripada makanan yang diperoleh daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, biji-bijian, dengan sedikit atau beberapa produk berasaskan haiwan tertentu.
Pakar Dietetik bebas, Goo Chui Hoong mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pemakanan. Ia mendorong beliau ke arah kerjaya dalam bidang pemakanan dan nutrisi. Selain bergelar pakar dietetik, beliau pernah bergelar pensyarah, jurulatih kulinari serta pengarang. Beliau juga telah menerbitkan 3 naskhah buku termasuk “Food for Your Eyes” dan “Lite Malaysian Favourites” yang berjaya meraih anugerah.
Menurut Goo Chui Hoong, istilah-istilah seperti ‘flexitarian’, vegetarian (lakto-, ovo-, lakto-ovo-) dan vegan merupakan variasi diet berasaskan tumbuhan.
Flexitarianism: Diet berasaskan tumbuhan yang paling fleksibel. Pengamal ‘flexitarianism’ pada asasnya mengamalkan diet berasaskan tumbuhan, namun kadangkala membenarkan pengambilan daging secara sederhana.
Lakto-vegetarian: Diet berasaskan tumbuhan namun membenarkan pengambilan produk tenusu.
Ovo-vegetarian: Diet berasaskan memakan tumbuhan dan telur
Lakto-ovo-vegetarian: Diet berasaskan tumbuhan namun membenarkan pengambilan telur dan produk tenusu.
Vegan: Diet berasaskan tumbuhan yang paling tegas kerana mereka hanya mengambil makanan berasaskan tumbuhan sahaja. Pengamal vegan juga berisiko paling tinggi menghadapi kekurangan nutrien sekiranya diet mereka tidak seimbang.
“Diet berasaskan tumbuhan bermanfaat untuk kesihatan kerana tinggi serat, vitamin dan mineral serta kurang lemak tepu. Ini dapat membantu penurunan berat badan serta mengurangkan risiko diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser . Sesetengah makanan yang tinggi serat juga mempunyai indeks glisemik (GI) lebih rendah.
Selepas dimakan, makanan yang rendah GI meningkatkan paras gula dalam darah secara perlahan dan ini dapat membantu menguruskan diabetes jenis 2 dengan baik. Hasil gabungan serat yang tinggi dan GI yang rendah membolehkan anda berasa kenyang lebih lama, dan secara tidak langsung membantu anda mengurangkan pengambilan snek serta memilih makanan berkalori rendah bagi mengawal berat badan.
Makanan berasaskan tumbuhan biasanya lebih rendah lemak dan lemak tepu. Mengurangkan pengambilan lemak tepu (digantikan dengan lemak politaktepu atau karbohidrat kompleks) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Di samping itu, diet berasaskan tumbuhan juga bermanfaat dari segi pencegahan kanser khususnya kanser usus. Serat daripada makanan berasaskan tumbuhan dapat mencegah sembelit serta membekalkan tenaga kepada bakteria baik dalam usus.
Namun, diet berasaskan tumbuhan yang kurang terancang sering dipertikaikan dari segi kandungan tenaga dan protein. Berikut merupakan beberapa nutrien yang harus diberi perhatian ketika mempertimbangkan amalan diet berasaskan tumbuhan.
Protein
Protein sangat penting untuk membina tisu otot dan memperbaiki sel-sel badan. Protein berasaskan tumbuhan tidak membekalkan komponen asid amino essential yang lengkap seperti protein berasaskan daging. Bagi mendapatkan kesemua komponen asid amino essential, adalah penting untuk mengambil pelbagai sumber protein berasaskan tumbuhan termasuk:
Lentil
Kekacang
Kacang kuda
Biji-bijian
Mentega kacang (seperti mentega kacang tanah)
Tauhu.
Terdapat banyak alternatif berasaskan tumbuhan untuk menggantikan daging yang dapat membantu anda membiasakan diri dengan diet tanpa daging seperti:
Protein berasaskan kulat (fungus) (contohnya cendawan)
Gluten gandum
Kacang soya
Kacang hijau/pea
Kalsium
Kalsium penting untuk kesihatan tulang. Seorang dewasa memerlukan 1,000 mg kalsium/hari. Ini mudah dicapai dengan mengambil produk tenusu (2-3 cawan susu/hari). Namun, sekiranya anda tidak mengambil produk tenusu, anda harus menggantikannya dengan makanan seperti:
Alternatif susu berasaskan tumbuhan yang diperkaya dengan kalsium. Susu berasaskan tumbuhan turut digunakan untuk membuat keju dan yogurt vegan serta minuman tanpa tenusu.
Vitamin B12
Kekurangan vitamin B12 dapat menyebabkan anemia, keletihan serta kebas kaki dan tangan. Vitamin B12 ini biasanya diperoleh daripada sumber haiwan. Sekiranya anda mengamalkan diet berasaskan tumbuhan yang ketat, maka anda perlu mengambil makanan yang boleh membantu mencegah kekurangan nutrien ini seperti:
Bijirin yang diperkaya
Tempe
Yis berkhasiat
Susu berasaskan tumbuhan yang diperkaya
Cendawan
Suplemen Vitamin B12
Asid Lemak Omega-3
Asid lemak omega-3 bermanfaat untuk kesihatan jantung. Sumber asid lemak omega-3 berasaskan tumbuhan termasuk:
Biji rami (flaxseed)
Kacang walnut
Biji sesawi (rapeseed).
Pilih minyak masak yang diperbuat daripada bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit kekacang atau biji-bijian kepada sajian bijirin/smoothie sarapan anda.
Amalan diet berasaskan tumbuhan sebenarnya tidak susah kerana kini terdapat pilihan vegan untuk segalanya, daripada mayones sehingga bak kwa (daging kering) vegan! Berikut beberapa menu saranan untuk sajian makanan berasaskan tumbuhan.”
Berikut adalah pelan sajian yang disarankan oleh pakar dietetik ini.
SARAPAN PAGI
Tosai dengan kari dhal
Atau roti bijirin penuh dengan mentega kacang atau kepingan avokado
Atau minuman/smoothie dengan alternatif susu berasaskan tumbuhan
MAKAN TENGAHARI
Salad gado-gado dengan tempe
Atau mi sup dengan pak choy, rumput laut, cendawan dan kulit fuchok goreng
Atau nasi goreng kunyit dengan tauhu, kekacang, lobak merah
MAKAN MALAM
Chapati dengan kari kacang kuda, bendi goreng
Atau nasi multibijirin dengan tauhu kukus serta kacang Perancis cincang, sayur campuran goreng dengan kacang macadamia
Atau nasi multibijirin dengan kari bendi, terung & kacang panjang, kubis goreng
Untuk mengenali Pakar Dietetik bebas, Goo Chui Hoong ini dengan lebih lanjut layari www.eatwell.my
Kredit: Ogilvy Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu untuk membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian khusus. Besar cabaran yang terpaksa digalas selebriti cantik dan ibu muda, Tya Arifin. Silap percaturan, anak-anak akan rasa kekurangan kasih sayang dan terabai. Namun berkat kesabaran dan semangat untuk menaik taraf ekonomi keluarga, Tya berjaya membuktikan kemampuan diri sebagai isteri, ibu dan wanita bekerjaya.
Biarpun baru meniti usia 26 tahun tetapi kematangan Tya dalam mengharungi fasa hidup wajar dijadikan pemangkin semangat kepada kaum ibu di luar sana. Tidak menganggap kehadiran anak pada usia muda sebagai halangan untuk terus melakar kejayaan, Tya positif menjalani kehidupan bahagia bersama Arif Jiwa Asyraf dan anak perempuannya, Azzahra Jiwa Asyaf. “Alhamdulillah, sekarang Tya dah ada dua anak. Arif tahun ini masuk tiga tahun dan Zahra pula 10 bulan.
Ada yang tanya bagaimana Tya membahagikan masa di antara tugas ibu, isteri dan kerjaya. Bagi Tya, semuanya terletak pada pembahagian masa kita sendiri. Biasanya Tya akan buat planning sehari awal terlebih dahulu. Tya akan masak sarapan pagi untuk anak-anak dan suami dulu walaupun hanya menu ringkas. Kemudian terus ke pejabat dan bawa Arif bersama. Kebetulan tempat kerja dekat dengan rumah jadi senang untuk ulang alik.
Waktu lunch pula Tya akan pastikan dapat makan dengan Arif. Tya tak nak Arif rasa yang ibunya sibuk bekerja dan dia terpaksa makan seorang di rumah. Tya juga beruntung sebab staf banyak membantu dan menjaga Arif sepanjang berada di pejabat. Lepas makan dengan Arif, Tya luangkan masa dengan Zahra pula. Kalau sempat, Tya menyusukan dia sebab Zahra masih breastfeeding.
Selesai semua tu dan mereka dah tidur, Tya kembali semula ke pejabat. Selesaikan segala urusan bisnes Jamu Mutyara. Habis kerja, sebelah malam pun Tya akan spend time lagi dengan anak-anak. Tya jadikan ia sebagai rutin sebab Tya tak nak anak-anak rasa kesepian dan tak jumpa mak mereka langsung sebab sibuk bekerja dari pagi sampai malam,” ujar Tya yang kini berbangga dapat melahirkan seramai 500 stokis menerusi empayar niaga miliknya, Jamu Mutyara.
Bercerita tentang masa bersama suami tercinta pula, isteri Asyraf Khalid ini berkata mereka memilih pendekatan morning walk setiap hari untuk lebih menghargai satu sama lain. “Lepas solat Subuh dan anak-anak masih tidur, kami anak bangun dan buat morning walk dalam 30 hingga 40 minit. Inilah masa Tya dengan Asyraf tanpa anak-anak dan bebas daripada telefon.
Disebabkan kami kerja di bawah satu bumbung yang sama, kami tak mahu urusan pejabat dan rumah dicampur adukkan. Jadi, kami cuba elakkan untuk tidak terlalu cakap tentang bisnes dan lebih banyak berkongsi luahan supaya masing-masing supaya memperbaiki diri serta bersemangat kejar impian.”
Dalam kesibukan Tya mengurus rumah, keluarga, anak-anak dan perniagaan, pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin ini turut tidak ketinggalan menitikberatkan soal kebersihan dan keselesaan baju sekeluarga. Demi memastikan pakaian keluarga kekal wangi dan bebas iritasi akibat bakteria yang terlekat di baju, Tya menggunakan pelembut fabrik TOP Plush Soothing Care with Dermatologically Tested.
Kata Tya, “Baunya sedap dan nyaman. Anak-anak Tya memang suka bermain dan senang berpeluh. Jadi Tya kena berikan mereka yang terbaik dengan pelembut TOP Plush yang selamat untuk anak-anak. Ia juga memudahkan Tya untuk mencuci baju dan apabila menggunakannya Tya perasan anak-anak tak alami alahan di badan.”
TOP Plush yang digunakan Tya sangat sesuai untuk bayi dan anak kecil kerana ia mempunyai perlindungan fabrik yang melembutkan. Malah, kelembutan pelembut fabric TOP Plush Soothing Care ini kekal sehingga 100 hari.
Bercerita lanjut tentang manfaat Top Plush, ini pengakuan jujur Tya, “Memang sesuai untuk bayi dan anak-anak Tya macam Arif dan Zahra. Kalau anak happy, Tya pun turut rasa gembira. Lagipun kulit anak kecil ini sangat sensitif. Sebagai ibu juga saya kena pandai memilih yang terbaik. Tya memilih TOP Plush Soothing Care ini sebab ia sesuai dengan anak Tya yang ada ruam-ruam. Memang Tya risau kalau badan anak ada ruam sebab itulah Tya menggunakan TOP Plush Soothing Care sebab ia dermatologically tested!”
Dalam pada itu, usahawan muda ini turut mengakui keselesaan anak-anaknya dalam pakaian mendorong mereka menjadi lebih aktif dan ceria. Sudah tentu perubahan tersebut menyenangkan hati Tya dan suami sekaligus memudahkan mereka menjalani kehidupan sekeluarga.
Jom sertai Peraduan ‘Selfie & Menang’ Say I Do To Plush dan menangi RM200 untuk 10 pemenang sekarang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita mempunyai rahsia kecantikan masing-masing. Bagi selebriti cantik ini pula lebih selesa mengunakan putih telur sebagai salah satu rutin kecantikan dirinya.
Wanita kecil molek ini sejak dari awal pembabitannya dalam dunia seni sehingga bergelar ibu kepada dua orang anak, penampilannya jauh tak berubah.
Foto: Terima Kasih Pinography
Mencungkil rahsia kecantikan isteri kepada Muhammad Faliq Amirullah ini, “Bagi saya setiap wanita perlu seimbang menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Bagi penjagaan dalaman setiap pagi saya amalkan minum Audela untuk proses detoksifikasi dan bersenam sekurang-kurang 20 minit, tiga kali seminggu.
Foto: Terima Kasih Pinography
Manakala untuk penjagaan wajah pula saya rajin melakukan rejim penjagaan kulit dan stim kulit wajah seminggu sekali.
Antara tip kecantikan yang saya tak pernah lupa untuk lakukan ialah letak putih telur di muka untuk tutup pori-pori kulit,” tutur Nad Zainal sambil melemparkan senyuman manis.
Foto: Terima Kasih Pinography
Lumrah bergelar seorang selebriti mereka dikatakan perlu menjaga sentiasa penampilan. Nad Zainal juga tidak terkecuali apabila penampilannya sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Nyata definisi cantik bagi wanita ini benar-benar ringkas. “Bagi saya untuk kelihatan cantik itu perlu sihat, fit dan kemas,” tutur wanita yang berusia 31 tahun ini penuh pesona.
Foto: Terima Kasih Pinography
Memulakan karier sebagai seorang pelakon di usia 18 tahun telah mematangkan wanita ini dalam mengharungi dunia seni yang mencabar ini. Walaupun kini sudah hampir 13 tahun berkecimpung dalam dunia glamor ini namun Nad Zainal tetap merendah diri dan mudah bekerjasama.
Kehebatan dan pembawaan emosi pelakon yang mempunyai nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam terhadap peminat seni tanah air. Berilah apa sahaja watak kepada wanita kelahiran Selangor ini pasti akan dibawa dengan jayanya.
Foto: Terima Kasih Pinography
Bijak merebut peluang dan mengatur strategi dalam bisnes dan lakonan, pengasas kepada jenama Audella by Nad Zainal ini sudah mampu mengumpul aset termasuk membeli kediaman mewah.
Kejayaan yang dikecap oleh pelakon filem Juvana 2 dan Juvana 3 ini bukan datang dengan mudah tanpa menempuh pelbagai cabaran. Namun, atas dasar minat yang mendalam serta dorongan rakan perniagaan menjadikan wanita ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Foto: Terima Kasih Pinography
Lima tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan sedikit sebanyak telah membuka mata wanita ini dalam dunia perniagaan dan sudah mula mempelbagaikan cabang bisnesnya.
“Saya masih lagi sibuk dengan promosi produk Audela, minuman kesihatan yang sudah nak masuk 5 tahun dalam pasaran. Selain itu, kini saya mempunyai perniagaan berasaskan makanan iaitu MasDaebak Bakso Oden Viral.
Foto: Terima Kasih Pinography
Syukur kerana bisnes baharu ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan alhamdulillah, sudah ada agen di seluruh Malaysia,” terang Nad Zainal yang turut membantu wanita lain untuk menjana pendapatan sebagai agen di bawah label perniagaannya.