Setelah sekian lama tak pulang beraya, akhirnya tahun ini dapat juga balik kampung dan sambut Aidilfitri bersama-sama. Ramai dah terbayang suasana pagi Syawal yang meriah… Oh, kali ni kalau berkumpul tentu nak tengok muka siapa yang berubah! Makin nampak muda atau sebaliknya?
Wanita mana tak bangga bila dipuji makin cantik dan awet muda. Tapi untuk mengekalkan kulit yang sihat, banyak perkara yang mesti diambil berat. Antaranya soal diet dan produk penjagaan wajah yang bagus.
Sebenarnya satu lagi penyebab kulit kusam pada zaman moden ini adalah pancaran blue light daripada skrin gadget yang biasa kita gunakan. Ditambah lagi faktor dehidrasi dan sinar UV, muka lebih cepat kusam dan bercela.
Sebab itu, regim menggunakan Hada Labo Premium Whitening Set sangat membantu menyerlahkan wajah yang lebih berseri. Ia mencegah kekusaman, memudarkan bintik gelap dan parut jerawat dengan sangat berkesan.
Terdiri daripada tiga produk utama, Hada Labo Premium Whitening Set mengandungi rumusan Triple Brightening iaitu Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C. Gabungan tiga bahan ini berkuasa untuk mencerahkan kulit yang kusam.
Nak guna pun mudah dan paling penting set ni bebas pewangi, pewarna, alkohol dan minyak mineral yang memudaratkan.
CARA-CARA PENGGUNAAN
Langkah 1: Cuci muka dengan Premium Whitening Face Wash
Mengandungi 3 jenis asid hyaluronik untuk lembapan mendalam.
Tidak mengeringkan kulit selepas cucian.
Kulit terasa lebih bersih dan lembut.
Langkah 2: Oleskan Premium Whitening Lotion selepas cucian
Mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat dengan efektif.
Mengecilkan pori-pori, melembap dan mencerahkan kulit.
Membantu daya serapan produk dengan lebih baik ke atas kulit.
Langkah 3: Sapukan Premium Whitening Water Gel
Mempunyai tekstur gel ringan, mudah meresap, tidak melekit namun sangat melembapkan.
Sesuai digunakan sebelum memakai mask.
Menyamaratakan tona kulit dan mencerahkan.
Nah, bayangkan dengan penggunaan yang konsisten sekurang-kurangnya 14 hari, 95% pengguna mengakui bintik gelap dan parut mereka semakin pudar!*
(Berdasarkan kajian terhadap 150 wanita Malaysia pada 23 Nov 2021 – 9 Jan 2022)
BERTINDAK SEKARANG
Maknanya kalau nak balik raya dengan wajah flawless, kenalah mulakan regim dengan Hada Labo Premium Whitening Set ni sekarang. Tak pakai mekap pun tetap berseri-seri, maklumlah kulit dah sihat dari dalam!
Boleh didapati di farmasi utama seperti Watsons (klik sini) serta secara online di Lazada dan Shopee, Hada Labo Premium Whitening Set sangat sesuai digunakan oleh wanita berusia 18 – 35 tahun.
Layari lebih banyak info tentang produk magis ni di Hada Labo Malaysia (klik sini) atau Facebook MY Hada Labo (klik sini).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ogos lalu, ikon Youtuber, Asyalliee Ahmad pernah mengumumkan di media sosial kisah dukanya keguguran namun keajaiban dari Allah, kandungan Asya kini sedang membesar dengan baik. Rezeki Asya Semakin luas apabila produk supplemen Hello Peach Please mendapat pengiktirafan daripada majalah kecantikan Singapura.
Semakin menjadi-jadi perniagaan ikon Youtuber ni. Kejayaan dan rezeki diterimanya bukan hanya untuk diri sendiri tetapi dikongsikan bersama ibu dan bapa mentuanya. Rasa sebak menonton video yang dikongsikan Asya di laman instagramnya tidak lama dahulu.
https://www.instagram.com/p/CBXpnavlbX8/
Peredaran zaman kadang-kala membuatkan generasi ‘lama’ seakan terkebelakang. Dari segi teknologi sudah tentulah jauh berbeza dan kini idealogi anak-anak muda juga sangat dilakar jauh dari pemikiran kita dahulu. Mereka lebih berdikari, lebih bijak mengatur kehidupan dalam mencari rezeki bukan hanya untuk diri, tetapi keluarga yang dibina.
Mengenali ikon Youtuber yang merangkul salah satu anugerah ASEAN Outstanding Business Award 2019, Asyalliee Ahmad atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba membuka luas minda penulis mengenai anak-anak muda kini.
Dikenali melalui video-video tutorial solekan serta berjaya menarik 400,000 subscribers di Youtube sehingga dia digelar Beauty & Make Up Guru, Asyalliee kini hidup selesa bersama keluarga.
Walaupun masih lagi aktif berkongsi tips-tips solekan dan penjagaan wajah, dia kini sudahpun bergelar usahawan melalui perniagaan kecantikan dan kesihatan Loveliee. Meminjam Love dan gabungan Lliee dari namanya sendiri, Asya kini sudah boleh menarik nafas lega kerana impiannya untuk menjadikan setiap wanita cantik dan lebih berkeyakinan tinggi sudah terlaksana.
“Saya memang cintakan bidang solekan. Saya sudah terbiasa bersiap cantik untuk menghadiri majlis atau untuk sekadar content di dalam Instagram. Bila dah bersolek, tentulah kita rasa diri kita cantik dan ketika itulah keyakinan kini makin melonjak.
Nak buat apa pun kita yakin, waima hanya untuk berada di rumah. Disebabkan itu, ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjalankan perniagaan ini. Bukan hanya untuk saya, tetapi setiap wanita di dunia,” katanya penuh semangat.
HIDUP MISKIN
Perjalanan yang dilaluinya bukanlah semuanya indah. Wanita kacukan Thailand-Melayu ini pernah terjah ke dunia modelling namun itu bukan ‘jiwanya’.
“Saya mula dengan perkongsian video solekan di Youtube. Kemudian saya masuk ke dunia modelling dan baru mulakan perniagaan. Saya pernah ditipu, dijadikan kambing hitam, difitnah dan tidak dibayar dulu. Mungkin kami suami isteri tidak ada pengalaman dalam bisnis ini tambahan pula saya masih muda, mungkin itu yang menyebabkan orang mengambil kesempatan.
Waktu kecil dulu pun saya digelar budak miskin. Arwah ibu hanyalah seorang tukang masak yang sering berpindah-randah. Kalau nak tahu, saya pernah menetap di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Kedah kerana mengikut ibu. Jadi saya tak ramai kawan. Sewaktu di Kedah, arwah ibu dapat menjadi tukang masak di kedai dan diberikan sebuah hostel kecil untuk kami tiga beranak.
Di situlah kami tidur dan makan. Kawan-kawan di sekolah gelarkan saya budak miskin, budak kotor, tak mandi malah mereka jauhkan diri dari kami. Hendak ke sekolah pun terpaksa berjalan kaki sejauh 2km. Lepas ibu meninggal dunia, saya dan adik terpaksa berpisah kerana kami tinggal berasingan bersama kakak-kakak yang sudah berkahwin,” ceritanya.
PERKAHWINAN
Masih kekal cantik dan bertubuh langsing, surihati kepada Eboy Arbaain dan ibu kepada dua cahaya mata, Haider Mikhael dan Siti Helena Adrianna ini terus diuji dalam kehidupan. tidak pernah berputus asa, Asya dan suami terus bangkit mencari rezeki halal.
“Sebelum berkahwin, saya memang hidup hasil daripada review yang dibuat di Instagram. Itulah perbelanjaan untuk makan, membeli keperluan seperti barang solekan, baju dan mungkin beg tangan. Selepas berkahwin, saya masih mencari pendapatan dengan hasil review tetapi di bawah satu pengurusan. Saya menjadi duta produk dan aktiviti modelling juga. Namun, upah yang diterima sangat sedikit berbanding percentage yang diambil pihak pemgurusan.
Baru beberapa minggu usia kandungan pertama, saya difitnah meniru rekaan fesyen seorang pereka. Tidak ada sesiapa yang menegakkan kebenaran dan saya menjadi mangsa kambing hitam! Duit dalam bank hanya tinggal tak sampai RM500 untuk kami hidup. Saya terlalu stress dan emosi saya sangat terganggu ketika itu. Saya jual baju K-Pop yang saya gemari, beg-beg tangan walaupun tak berjenama hanya untuk beli makanan.
Mujur kakak-kakak dan kawan-kawan sedia membantu. Di rumah merekalah tempat kami menumpang makan. Saya sentiasa berdoa agar Allah mengubah hidup kami menjadi lebih baik dan menunjukkan kepada kami kebenaran. Kami rasa sungguh teraniaya!”ujarnya.
CABARAN DAN MATLAMAT
Di sebalik setiap kesukaran, tentunya terbit hikmah di hujung jalan. Ujian dari Allah tak pernah surut. Dalam perniagaan juga ada kalanya kuat juga dugaan dihadapi.
“Menjadi seorang influencer, susah juga untuk sentiasa nampak ‘sempurna’ di mata orang. Sedangkan saya juga sama seperti orang lain yang melakukan kesilapan. Saya sendiri masih mencari ruang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan tetapi terpaksa hadam setiap kecaman. Jujurnya ia memang menambahkan tekanan tetapi itulah cabaran seorang influencer.
Setiap kali saya jatuh, saya anggap diri saya kalah. Untuk bangkit semula, saya letakkan dua BIG WHY iaitu untuk memberikan anak-anak saya hidup senang. Saya tak mahu mereka hidup susah seperti kami dulu. Dan, saya juga ingin memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Kesusahan dalam hidup dulu memang banyak mengajar saya mengenai hidup. Betullah kata orang, kalau asyik memandang ke langit, sesekali perlu juga menjenguk rumput di tanah.
Memilih posting yang sesuai untuk tatapan viewer setiap hari juga mencabar. Saya pentingkan feed yang bermakna serta aesthetically pleasing to the eyes kerana dalam industri ‘influencer’ ini, kita perlu berikan value dalam setiap posting untuk kekal relevan. Kalau setakat tayang gambar cantik sahaja tidak mampu untuk membuatkan kerjaya anda tahan lama,” katanya.
Pada usia 23 tahun, Asyalliee sudah memiliki beberapa buah kereta mewah dan koleksi beg berjenama. Segala kepayahan yang dihadapi sudahpun dibayar dengan kesenangan masa kini. Apakah perasaan anda?
“Ini semua pinjaman dari Allah. Saya tak boleh rasa terlalu happy atau bangga dengan kurniaan ini kerana ia hanya bersifat sementara. Saya kira, ini adalah rezeki anak-anak dan perlu digunakan sebaik mungkin. bila Allah dah berikan ilmu serta pengalaman, saya mahu kongsikan bersama orang lain. Niat saya, untuk membantu orang.
Saya kuat berangan. Macam-macam saya mahu tetapi Allah itu lebih mengetahui. Dia memberi apa yang saya perlu, bukan apa yang saya mahu. Matlamat saya adalah untuk naikkan perniagaan orang Islam dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum wanita.
InsyaAllah, tak lama lagi saya akan mengeluarkan single sulung. Dari seorang ahli perniagaan, saya juga akan mula menceburi bidang nyanyian. Doakan ini menjadi salah satu peluang untuk saya kembangkan lagi bakat dan kurniaan Allah kepada saya.” Katanya mengakhiri perbualan.
Kredit foto dan video: Instagram Asyalliee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau tinggal di pusat bandar, dikelilingi pembangunan dan asap pencemaran, adakah kita yakin bahawa kualiti udara di rumah itu, bersih?
Khususnya kediaman berdekatan jalan raya dan kilang-kilang, atau mereka yang mempunyai ahli keluarga perokok.
Masalah asap dan debu hama yang bertebaran mesti diatasi demi menjaga pernafasan orang tersayang. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil.
Malah bukan itu saja, risiko penyebaran virus COVID-19 bawaan udara (airborne) juga dapat dikawal dengan penggunaan air purifier yang betul.
UDARA LEBIH MENYIHATKAN
Dalam pelbagai pilihan air purifier di pasaran, Nona tertarik dengan jenama Airfree® dari Eropah ni. Diedarkan secara eksklusif oleh FJ Benjamin, penggunaan air purifier semakin menjadi keperluan sejak jangkitan kes sporadik COVID-19 menjadi-jadi.
Sebagai alat pembersih udara mudah alih dan berkuasa tinggi, Airfree® mampu menyerap udara kotor dan mengeluarkannya semula dalam keadaan bersih.
Rekaannya yang kompak juga dicipta tanpa penapis agar mudah diselenggara. Hanya plug dan pasang, biarkan Airfree® ‘menebarkan’ udara bersih ke seluruh ruang.
Bila udara bersih, keluarga pun sihat!
TEKNOLOGI
Mengambil konsep air panas yang dijerang untuk memusnahkan mikroorganisma, alat pembersih udara Airfree® bukan calang-calang hebatnya.
Berdasarkan review pengguna air purifier di seluruh dunia, majoriti memuji tahap kebersihan udara mereka selepas menggunakan Airfree® di rumah.
Umpamanya Airfree® T40 yang bersaiz kompak. Ia sangat baik dipasang untuk pensterilan udara yang efisien di dalam kamar kecil.
Dengan teknologi Thermodynamic TSS™ yang dipatenkan, alat ini mampu menyingkirkan kulat, debu hama, bakteria, virus, debunga, kuman haiwan peliharaan, bauan organik dan alergen yang bertebaran di udara.
Ancaman virus COVID-19 bawaan udara atau sporadik juga dapat diatasi dengan teknologi saintifik di dalamnya.
Wah, lega!
Penghidap asma mahupun alahan udara juga boleh menarik nafas lega dengan kehadiran air purifier ini di bilik tidur.
Airfree® juga mengurangkan paras ozon berbahaya dan sesuai digunakan di ruangan rumah yang mudah tercemar kulat.
Teknologi senyap Airfree® juga cukup eksklusif, selain tidak memerlukan sebarang penapis atau penyelenggaraan yang rumit.
Nah, ternyata menggunakan alat pembersih udara yang baik sesungguhnya satu langkah yang bijak dan berbaloi sangat pada musim pandemik ni. Boleh layari website Airfree® (klik sini) untuk penghantaran terus ke rumah anda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Hannah Delisha! kerana baru sahaja bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah juga merupakan seorang pelakon dari Singapura. Bijak Hannah Delisha menyembunyikan hubungan cinta alih-alih terus mengadakan majlis pernikahan di negara kelahirannya.
Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne-Birch meluahkan rasa kesyukuran di atas pernikahan ini. “Alhamdulillah Hannah rasa sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Hannah Delisha juga turut menyatakan pada tahun ini akan mula sibuk dengan dunia perniagaan yang baru diceburinya. “Saya akan sibuk dengan bisnes dan tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material and design. Saya jangkakan kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” kata Hannah Delisha.
Ketika diajukan pertanyaan kenapa sekarang terdetik untuk buka bisnes, “Sebab saya teringin nak pakai baju rekaan sendiri. Minat tu datang dengan sendiri. At the same time saya rasa that I should give back to my fans who have been supporting me throughout the years. Jadi saya nak kongsikan rekaan yang saya reka sendiri pada peminat. Semoga hajat Hannah dikabulkan Inshaallah,” tutur pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini.
Bercerita lanjut tentang perniagaannya, “Saya nak ceburi bidang fesyen and I’m picky when it comes to material. Jadi saya rasa perniagaan ni yang paling relateable to me. Saya tidak ada dorongan yang spesifik namun kejayaan wanita sukses dalam perniagaan jadi inspirasi buat saya.
Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka. Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofa. In Shaa Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.
Wanita ini juga akan fokus ke arah bidang nyanyian dan V-Log di YouTube. “Saya sebenarnya tengah busy promote single terbaru iaitu Terlalu Mudah. Untuk bidang lakonan pula, saya takkan tinggal, cuma akan lebih memilih naskah yang sesuai dengan penampilan Hannah sekarang,” bicara Hannah Delisha.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!