Lain macam pemberian suami pelakon Noorkhiriah, Azfaizul Ahtan sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta. Sempena hari lahir aktres ini yang ke-47, dia menerima ‘hadiah’ istimewa pemberian Azfaizul baru-baru ini.
Bagi empunya diri, dia sangat terkejut dan sama sekali tidak menyangka suami membuat kejutan seumpama itu. Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie bungkusan yang dibalut kemas dengan lilitan merah dan reben itu sebenarnya satu set kain kafan.
Berkongsi video di media sosial, Khiriah memberitahu dia hanya menyedari hadiah berkenaan sewaktu dalam perjalanan ke set penggambaran. Ujar Khiriah, dia sangat terkejut apabila ia diletakkan pada tempat duduk belakang keretanya.
Meskipun pemberian tersebut bukan seperti kebiasaan, namun bagi pelakon ini menerima baik hadiah itu dan berfikiran positif serta tanda peringatan terhadap kematian.
Ads
Dalam pada itu, Khiriah berseloroh ia bagaikan kebetulan kerana dia menjalani penggambaran di kawasan perkuburan pada hari tersebut.
“Assalamualaikum. Akak tak tahu apa yang Allah nak bagi sebab benda yang dekat dengan kematian yang akak dapat pada hari lahir 2025.
Yang kat tangan tu tak ada poket, tak ada labuci even seutas benang pun tak ada. Akak menumpang keberkatan hari Jumaat di belakang rumah kekal berbekalkan kain kafan hadiah encik suami.
Ads
Lain macam 11/4 tahun ni. Terima kasih Allah masih memanjangkan umur yang dah singkat ni untuk buat apa yang patut. Terima kasih mak. Halalkan air susu. Terima kasih encik suami atas doa dan hadiah. Halus ya permainan.”
Noorkhiriah yang juga pelakon kini bersama suami mengusahakan Pertubuhan Amal Nur by Khiriah yang menyediakan perkhidmatan mengurus jenazah bermula daripada mandi, kafan, solat dan urusan pengebumian di tanah perkuburan secara percuma.
Mula mengenali peribadi Fattah Amin sejak dia menjadi penghias kulit depan Majalah Nona, Februari 2017… suami kepada aktres jelita, Nur Fazura ini memang ramah dan baik orangnya. Selain kagum dengan sikap Fattah yang menepati masa dan mudah bekerjasama, dia juga sebenarnya seorang ‘hero’ yang sarat dengan jiwa penyayang. Terkenal sebagai seorang anak yang cukup memuliakan ibu, isteri dan keluarga, terbaru Fattah turut berkongsi kasih dan menceriakan sekumpulan pesakit kanak-kanak di Hospital
Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian Fattah di Instagram miliknya, jelas terserlah wajah gembira kanak-kanak terbabit sebaik menyedari kehadiran selebriti kacak ini. Kongsi Fattah, “Diberi kesempatan untuk menghibur dan melawat adik-adik kecil ini di wad HKL tempoh hari bersama team Voices of Hope Malaysia.
Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan oleh saya bila mendengar kebanyakan mereka telah telah diberi ujian sakit Hydrocephalus, sawan, ketumbuhan otak di samping keluarga yang susah untuk membiayai rawatan anak-anak mereka. Jika kita diberi peluang dan berkemampuan untuk membantu mereka kita boleh bantu, walaupun sedikit.”
Dalam kunjungan Fattah di HKL itu dia turut meluangkan masa mendekati kanak-kanak istimewa ini dan membuat persembahan bersama-sama mereka. Dengan hanya berkemeja hijau dan seluar jeans biru… sedikit pun aktor berusia 29 tahun ini tidak kelihatan kekok melayan peminat cilik. Sudahlah kacak, popular dan penyayang, baik hati pula tu. Untung Fazura!
Mengimbas kembali kenangan bekerjasama dengan Fattah dalam naskhah Nona Febuari 2017, anak lelaki sulung daripada lima beradik ini ada berkongsi impian kerjayanya jika
tidak bergelar artis seperti hari ini. “Saya mahu menjadi ahli perniagaan atau atlet. Tapi sejujurnya minat saya lebih kepada berniaga. Tidak kiralah apa jenis perniagaan sekali pun.
Sebab itu saya sedaya-upaya luangkan masa untuk menyambung pengajian jarak jauh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kreatif di Universiti Utara Malaysia cawangan Kuala Lumpur. Saya mahu jadi anak seni yang serba boleh dan ingin berada di belakang tabir pula.”
Fattah Amin melangsungkan perkahwinan bersama Nur Fazura Sharifuddin pada tanggal 27 November 2017 dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Fattah
atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin memulakan karier seni selepas bergelar juara Hero Remaja 2011/2012 yang turut menyaksikan pelakon Syafiq Kyle di tempat
kedua diikuti Saharul Ridzwan di tempat ketiga.
Buat peminat Hero Remaja, pastikan anda mengikuti sidang media pencarian Hero Remaja 2020 secara Live di Facebook Majalah Remaja pada pukul 3.45 petang ini. Episod pertama
Hero Remaja 2020 bakal disiarkan pada 26 Februari nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hajah Noraniza Anwar atau dikenali sebagai Aniz Haji Anwar merupakan graduan Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling Psikologi dari Universiti Putra Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang kaunseling sejak tahun 2003 dalam bidang kekeluargaan & perkahwinan, pengurusan stres, kesihatan mental, masalah depresi, kemurungan, penderaan silam, trauma, pembangunan insan, analisis personaliti & kerjaya serta transformasi diri.
Tidak dinafikan bahawa sosial media mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan masyarakat hari ini. Dari semasa ke semasa sosial media menjadi platform yang cukup berpengaruh baik dari sudut positif mahupun negatif. Ada yang sanggup berkongsi apa sahaja kisah peribadinya di laman sosial media tetapi ada juga sebaliknya.
Pertama sekali apabila kita hendak melakukan sesuatu perlu tahu peraturan dan batasnya. Kedua, perlu ada peranan. Saya sendiri melihat sosial media sebagai platform tanpa sempadan untuk kita mencari ilmu termasuk merentasi benua. Bagi wanita-wanita yang tidak berpeluang untuk ke depan bolehlah menjadikan sosial media sebagai ruang untuk mentransformasikan dirinya ke arah yang lebih baik.
Justeru, tanya diri sendiri untuk apa kita melakukan sesuatu. Contoh, untuk mencari rezeki buat keluarga dan dalam masa yang sama menjaga batas-batasnya. Saya percaya kalau niat kita baik dan pandai menjaga diri, Allah SWT akan menjaga kita. Pohonlah pertolongan Allah SWT agar Dia menjaga kita daripada perkara-perkara negatif, dilindungi daripada individu-individu yang tidak jelas tujuannya berada di sosial media.
Baik wanita mahupun lelaki perlu sama-sama menjaga batas hubungan biarpun di alam maya. Ini kerana Islam menuntut setiap umatnya agar menjaga adab pergaulan. Pastikan setiap perkara yang dilakukan di sosial media berlandaskan syariat Islam. Jika ada sebarang masalah contohnya dalam rumah tangga, jangan pergi kepada individu yang berlainan jantina. Sebaiknya dapatkanlah bantuan daripada mereka yang profesional.
Itu lebih baik kerana kadang-kadang seseorang itu akan mudah terjebak dengan isu-isu serius seperti perceraian. Kadangkala ada juga yang cuba menafikan atau lari daripada masalah. Akibatnya hilanglah kebahagiaan dan seseorang itu mungkin akan mencari kebahagiaan di luar. Jangan mudah terperangkap kerana ia mungkin bakal memburukkan lagi keadaan.
Tidak kisahlah kita hendak meneroka ilmu mana sekali pun. Kalau yang buruk kita jadikannya sempadan supaya tidak mudah terperangkap dan menyesal di kemudian hari. Maka, perlunya panduan hidup kita sebagai seorang Muslimah. Al-Quran, sunnah serta segala yang ada dalam syariat digunakan untuk mengembalikan batas itu. Saya sendiri memanfaatkan sosial media sebagai platform untuk saya memberikan bantuan kaunseling buat mereka yang memerlukan.
Berhati-hatilah dalam apa jua yang dikongsi di sosial media. Sebaiknya berkongsilah dengan individu yang selamat untuk kita bercerita. Mungkin kadang-kadang perkongsian itu melibatkan aib perkahwinan, aurat keluarga dan sebagainya. Tidak semua orang kita boleh berkongsi hal peribadi kerana di sosial media netizen terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang yang mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.
Kesimpulannya, kita sendiri yang memilihnya sama ada mahu menjadikan sosial media sebagai satu platform yang positif mahupun sebaliknya. Kembali kepada peranan dan matlamat kita. Untuk apa kita kongsi dan sebagainya. Setelah kita sedar ‘kenapa’ baru kita faham dunia ini hanya sementara. Apabila kita faham konteks perjalanan hidup menuju akhirat maka kita tidak akan mensia-siakan platform itu untuk berbuat kebaikan.
Apabila kita sendiri ‘membuka jalan’ untuk masyarakat mengecam kita perlu adanya sempadan supaya kebahagiaan dan ketenangan kita tidak mudah diceroboh. Apa yang berlaku sekarang ini kebanyakannya diri sendiri yang memulakan seolah-olah sengaja mengundang masyarakat untuk mengecam. Jadi, jangan sengaja cipta masalah kerana anda yang akan menanggung akibatnya.
Sebagai seorang Muslim semestinya kita mengharapkan untuk ke syurga Allah SWT. Sentiasalah mengingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan itu dapat membantu dunia dan akhirat. Kalau kita rasakan ianya membantu untuk menjadikan diri kita lebih baik, mendekatkan kita dengan syurga Allah SWT serta bukan sekadar untuk diri kita maka teruskanlah.
Mungkin perkongsian tentang pengalaman atau cabaran yang kita lalui menjadi satu inspirasi dan kekuatan buat mereka yang mengikuti kita di sosial media. Sekurang-kurangnya dapatlah mereka mempelajari sesuatu daripada perkongsian kita itu. Secara tidak langsung juga platform sosial media boleh menjadi ruang pahala buat kita semua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada kata-kata yang boleh dilafazkan selain terharu oleh Che Zuhaiza Che Hamat terhadap pengorbanan suaminya, Mohd Rusdi Husain. Sejak lima tahun lalu Che Zuhaiza telah diuji dengan musibah penyakit Multiple Sclerosis atau gangguan saraf.
Che Zuhaiza hanya boleh dipapah serta berkerusi roda untuk bergerak. Suamilah tempatnya bergantung harap, bukan sekadar menjaga dirinya yang tidak mampu lagi untuk bergerak bahkan melakukan semua urusan rumah tangga termasuklah menguruskan anak-anak.
Cukup besar pengorbanan seorang suami yang mungkin sukar untuk kita lihat pada zaman sekarang. Wajah lelaki berusia 44 tahun ini tampak tenang demi melihat kebajikan isteri tercinta sentiasa terjaga.
Pasangan ini dikurniakan empat zuriat yang masih kecil berusia 11, 9, 7 dan 6 tahun. Mohd Rusdi bertugas sebagai pembantu bilal di Masjid Saidina Othman Bandar Tun Razak Kuala Lumpur.
PENGORBANAN
“Saya disahkan mengalami gangguan saraf dan tidak dapat berjalan sekitar tahun 2013. Ia berlaku ketika saya mengandungkan anak bongsu. Namun alhamdulillah saya dapat bersalin secara normal.
Ini satu keajaiban di saat diri menderita dengan penyakit. Doktor juga memberitahu penyakit saya ini tak akan sembuh dan saya terpaksa bergantung dengan ubat dan rawatan hospital. Sejak saya sakit kadangkala anak-anak terpaksa ponteng sekolah untuk bantu suami menjaga saya. Jiran-jiran juga banyak membantu meringankan beban kami sekeluarga.
Ini antara kekuatan saya kerana di saat begini kami dikelilingi insan-insan yang baik dan berhati mulia. Selain itu, doa dan sabar menjadi kekuatan saya. Mujurlah anak sulung kami sudah boleh diharap dan ringan tulang membantu. Setiap hari suami akan memasak siap-siap kemudian dia akan bergerak ke Masjid Saidina Othman sebelum Zohor.
Saya terharu kerana suami sanggup belajar apa yang dia jarang buat sebelum ini seperti memasak dan mengemas rumah. Suami juga buat dua tiga kerja demi menambah pendapatan keluarga.
Terima kasih buat suami kerana sanggup bersusah payah menjaga saya dan anak-anak. Hikmahnya, kami sekeluarga kini bertambah rapat. Cinta dan kasih sayang kami kian mendalam,” luah Che Zuhaizah berusia 39 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.