Penahanan aktivis remaja oleh tentera Israel, Ahed Tamimi sejak 20 Disember lalu menyebabkan ribuan netizen Palestin mengkritik tindakan berkenaan secara besar-besaran.
Semenjak seluruh dunia memberi perhatian penuh pada perkembangan di Baitulmaqdis, nama Ahed Tamimi kembali diperkatakan.
Ahed Tamimi, 16 tahun, mungkin masih kurang dikenali di Malaysia, namun siapa sangka gadis Palestin ini begitu popular di negaranya rentetan sikap berani menentang penaklukan Israel.
Berasal dari sebuah kampung bernama Nabi Saleh di wilayah Palestin, Ahed yang berambut keriting dan bermata biru ini amat berani menentang keganasan tentera Israel walaupun bertubuh kecil.
Pengalaman ibu bapanya yang pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel menjadikan Ahed seorang yang berani dan matang bersuara.
Terbaru, gadis itu dikatakan bertindak luar biasa apabila menyerang tentera Israel hingga menyebabkannya ditahan.
Ibu Ahed, Nariman, dikhabarkan turut ditahan oleh tentera Israel ketika melawat anaknya di balai polis pada hari yang sama.
Ads
Menurut bapa Ahed, Bassem, sekumpulan tentera Israel mengetuk pintu rumah mereka pada jam 3 pagi dan memaksanya membuka pintu. Rumah itu digeledah sebelum mereka memaklumkan penahanan Ahed tanpa sebab.
“Nariman menangis dan cuba memeluk Ahed tapi dia telah ditolak dengan kuat oleh tentera,” ceritanya. Tangan Ahed digari dan dia dibawa menaiki jip tentera Israel ke balai polis.
Bassem juga menuduh pasukan keselamatan Israel merampas telefon bimbit, komputer dan barangan elektronik lain dari rumah mereka. Bassem sebelum ini pernah ditahan beberapa kali oleh pihak Israel kerana berjuang mempertahankan bumi Palestin yang tercinta.
Ads
Generasi Baru
Sejak kanak-kanak lagi, Ahed Tamimi sudah mula menunjukan sikap beraninya apabila turut turun berdemonstrasi di lapangan bagi menuntut hak Palestin daripada cengkaman Israel. Dia juga sangat menyukai sukan bola sepak dan meminati pemain Neymar Jr.
Wajah gadis ini pernah tular apabila dilihat menengking tentera Israel walaupun ketika itu dia masih kanak-kanak. Dua tahun lalu, videonya menggigit tangan seorang tentera Israel turut menjadi tular.
Ads
Tindakan berani Ahed Tamimi itu membuatkan aktivis Palestin memuji tindakannya, sementara pihak Israel menuduh keluarga itu sengaja menggunakannya sebagai alat propaganda.
Dalam pada itu, seorang anggota keluarga Tamimi dilaporkan ditembak di kepala dengan peluru getah ketika berlangsungnya protes bantah Israel pada hari Jumaat lalu, kata keluarga Tamimi.
Bagaimanakah nasib Ahed dan ibunya dalam tahanan sekarang? Sama-samalah kita nantikan khabar terbaru mereka. Semoga wanita-wanita jihad ini mendapat pembelaan sewajarnya, insyaAllah. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah apabila bergelar selebriti dan public figure, ke mana saja pergi mesti dikerumuni peminat. Situasi sama juga dilalui aktres cantik, Rozita Che Wan. Setiap gerak geri dan penampilan isteri Zain Saidin ini sentiasa menjadi perhatian khalayak.
Hampir dua dekad berkecimpung dalam bidang seni, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta sudah pun menempuh pelbagai dugaan sebagai anak seni dan terpalit dengan kontroversi.
Sebagai insan normal pastinya Che Ta juga ada keinginan, emosi terganggu dan mahu menjalani hidup biasa seperti orang lain.
Pun begitu, sebagai individu terkenal dia perlu sentiasa tampil positif dan mesra melayan peminat. Apatah lagi apabila terserempak dengan mereka yang mahu bergambar.
Bagaimana pun ibu tiga anak berkenaan dalam temu bual bersama Nona baru-baru ini mendedahkan mengenai insiden pernah ditegur ibu tersayang kerana tindakannya yang enggan melayan peminat.
Tanpa berselindung Che Ta berkata, “Mak I ni jarang cakap. Dia banyak diam daripada bercakap. Itulah bila dia bersuara mesti menusuk kalbu. Dia cuma pesan satu je. Hormat dengan semua orang.
Tambah-tambah bila dia tengok peminat. Dia pernah tegur I, peminat nak ambil gambar, I tak mahu. Dia kata jangan.. dia dulu pernah teringin nak ambil gambar dengan artis tapi
tak pergi sebab takut kena reject.
Benda tu, I selalu ingat. Bila nampak peminat yang kata Che Ta nak ambil gambar.. I teringatlah mak I pesan. Tengah rushing pun, senyum dan pergilah (bergambar).”
Iyalah manusia mana tidak pernah buat silap. Setidak-tidaknya Che Ta belajar daripada kesilapan dan kini lebih menghargai peminat yang menyokong kerjaya seni dan perniagaannya. Untung masih ada ibu yang boleh beri nasihat.
Tambah Che Ta lagi, “Dengan laki (suami) pun kena hormat, itu juga pesan mak. Termasuk dengan orang gaji. I ajar anak-anak hormat dengan pembantu kami. Walau pun dia orang luar tapi dia yang membantu I dengan family.
Alhamdulillah anak-anak pun tak adalah berlagak dengan pembantu atau sesiapa. Misalnya kalau minta pembantu tolong sediakan makanan yang nak dimakan, bila dah dapat anak I akan kata thank you dekat pembantu. Alhamdulillah syukur.”
Meskipun secara luaran Che Ta seorang wanita yang penuh dengan glamor tapi anak kelahiran Kedah ini tetap ingat asal usulnya dan enggan mendabik dada atas segala kejayaan yang diraih.
Nama pelakon remaja, Puteri Balqis yang pernah mengharumkan industri seni apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014, tiba-tiba hangat selepas pengakuan beliau menjadi mangsa gangguan ayah kandungnya seawal usia 5 tahun.
Dakwaan tersebut kemudiannya mendapat liputan meluas malah turut menarik perhatian ahli politik dan beberapa pegawai tinggi kerajaan. Memetik laporan sumber, susulan kes tular ini, Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa (6 September).
Pemeriksaan ini dilakukan sehari selepas mereka hadir membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya. Puteri Balqis dan ibunya turut bermalam di wad hospital berkenaan bagi menjalani pemeriksaaan sebelum disahkan menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma atau (PTSD).
PTSD bukan masalah kesihatan biasa. Apa yang dialami dua beranak ini merupakan masalah kesihatan mental yang serius dan masyarakat mesti sedaya-upaya membantu mereka agar tidak berlarutan.
Masalah kesihatan mental perlu diberi perhatian serius
KENALI PTSD
Apakah PTSD? Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD) merujuk kepada keadaan mental dimana penghidap mengalami episod panik yang dirangsang oleh pengalaman yang lalu. Pengalaman melalui peristiwa traumatik boleh jadi sangat mengganggu bagi ramai orang.
Tetapi sebahagian orang menghidapi gangguan stres pasca trauma selepas mengalami peristiwa yang menyakitkan atau mengejutkan seperti kemalangan jalan raya atau peperangan. Mereka mungkin sentiasa berfikir tentang peristiwa traumatik tersebut dan ia boleh memberikan kesan kepada kehidupan.
PTSD kerap berlaku dan kebiasaannya berlaku kepada perempuan lebih dari lelaki. Ini adalah kerana kebanyakan perempuan lebih sensitif kepada perubahan berbanding lelaki menyebabkan mereka mengalami emosi yang lebih kuat.
TANDA-TANDA PTSD
Tanda-tanda dan simptom yang kerap bagi PTSD ialah:
Tidak boleh berhenti berfikir tentang peristiwa spesifik yang menyebabkan PTSD. Semasa mengalami PTSD, rasa trauma tersebut mungkin muncul berulang kali melalui imbas kembali (flashback), halusinasi dan mimpi ngeri.
Memencilkan diri daripada kehidupan sosial. Anda berharap untuk tidak menemui orang lain atau mengelakkan dari manusia, tempat, fikiran atau situasi yang boleh mengingatkan anda kepada trauma tersebut. Hasilnya ialah rasa terasing dari keluarga dan kawan-kawan serta hilang minat terhadap aktiviti yang disukai.
Lebih mudah marah atau melalui perubahan mood lebih kerap.
Mengalami masalah menunjukkan kasih sayang pada orang lain atau berasa resah dan mudah terkejut.
Mengalami masalah tidur dan fokus.
Simptom-simptom seperti tekanan darah dan degupan jantung tinggi, pernafasan laju, ketegangan otot, mual dan muntah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan PRU15.
Berdasarkan tarikh-tarikh yang diumumkan, tempoh berkempen akan berlangsung selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon pada 5 Nov.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar PRU15 di Menara SPR, di sini pada Khamis. Terdahulu, Abdul Ghani mempengerusikan mesyuarat khas SPR untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa 10 Oktober lalu.
Sumber dan gambar: ASTRO AWANI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.