Tiada apa yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila berpeluang menyaksikan kejayaan anakanda tersayang. Begitulah perasaan yang dinikmati penceramah motivasi terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa selepas salah seorang cahaya matanya berjaya menghafaz Al-Quran. MashaAllah, tumpang bahagia dan gembira. Pastinya tanpa sokongan dan didikan yang baik daripada ibu bapa, pencapaian membanggakan seperti itu tidak dapat digapai. Tahniah!
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sememangnya terkenal sebagai salah seorang individu berpengaruh yang sentiasa menyebarkan aura positif kepada masyarakat. Kelembutan tutur bicara beliau dalam berdakwah meninggalkan kesan mendalam kepada para pendengar. Terbaharu, ibu kepada tujuh anak ini berkongsi rasa bahagia dapat menikmati kemanisan kejayaan puteri kelimanya sempena ulang tahun kelahiran anak gadis tersebut pada awal Januari lalu.
Ustazah bersama anak kelimanya, Nor Iman SofiaNor Iman Sofia yang berusia 16 tahun
“Umi sangat sangat bahagia melahirkan, membesarkan dan menemanimu selama ini. Hari Nor Iman Sofia menyempurnakan hafazan 30 juzuk adalah antara hari bahagia Umi. Umi masih ingat air mata anak Umi ini. Ketika Umi menasihatkan Nor Iman Sofia di tengah-tengah kegembiraan Nor Iman Sofia, bahawa ini adalah permulaan.
Langkah kita untuk menjadi generasi Al-Quran baru saja berada di gerbang permulaan. Umi akan temani Nor Iman Sofia selagi masih ada hayat dan kemampuan Umi insyaAllah untuk terus menjadi ibu, guru dan sahabat akrabmu dalam journey Al-Quran mu. Umi sentiasa melihat kelebihanmu, bakatmu mengalir dalam ketulusan senyumanmu. Nor Iman Sofia insyaAllah bakal menjadi murabbiyah Ummah. Aameen Ya Rabbala’lamin.”
Cukup tersentuh melihat kasih sayang seorang ibu terhadap anak mereka. Nona percaya, mana-mana ibu sekalipun akan rasa paling bahagia dan gembira apabila anak-anak mereka cemerlang dalam kehidupan.
Keluarga bahagia Ustazah Datuk Dr NorhafizahBersama anak-anak
Ads
Yang pasti, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sendiri mendedahkan kepada Nona bahawa kejayaan beliau hari ini juga adalah kerana sokongan kedua-dua ibu bapanya. Malah merekalah sumber inspirasi beliau selama ini. “Mak abah sentiasa bagi galakan. Dari kecil saya dah dibiasakan menyertai macam-macam pertandingan termasuklah pertandingan bercerita, baca berita, nasyid, syarahan Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Arab.
Memang stress masa kecil dulu sebab asyik duduk depan orang ramai. MashaAllah, rupa-rupanya itu latihan dan didikan terbaik untuk saya. Mak abah akan sentiasa bimbing saya untuk berada di hadapan khalayak. Malah mengajar doa untuk tenangkan hati dan tak putus-putus bagi nasihat serta teguran positif.”
Ads
Ads
Di samping bergelar pakar motivasi dan pendakwah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah juga merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz. Komitmen beliau membangunkan modal insan berkualiti mendapat perhatian banyak pihak.
Tanggal 1 Februari 2018, beliau menerima perkhabaran gembira sekaligus melakar pencapaian membanggakan apabila terpilih menjadi penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Pengurniaan darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa juga bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada kaum wanita bahkan anak-anaknya turut mengagumi kemampuan ibu mereka. Mana tidaknya, dalam kesibukan mengurus kerjaya penceramah, suami dan tujuh anak… beliau berjaya meraih PhD ketika berusia 43 tahun.
Kredit foto: Instagram Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini bertebaran spekulasi dari netizen yang meneka pelakon dan model terkenal Remy Ishak dan isteri bakal menimang cahaya mata selepas gambar isteri kelihatan sedikit berisi.
Sebentar tadi, sumber melaporkan Remy Ishak akhirnya membuka mulut mengesahkan bahawa isteri tercinta, Ezza Yusof hamil 5 bulan sekali gus menamatkan spekulasi berkenaan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut sumber Kosmo!, Remy berkongsi perasaannya yang bakal bergelar bapa beberapa bulan lagi tidak dapat digambarkan dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa, dan dirinya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya.
Pelakon filem Cun itu turut berkongsi imbasan bunyi ultra (ultrasound) telah dilakukan dan kandungan isteri berada dalam keadaan sihat.
Dia juga dengan rendah hati berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya menjalani proses kehamilan dengan baik dan urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021. Tahniah diucapkan kepada Remy dan isteri. Semoga dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat makanan Thai yang gemar mengunjungi restoran Boat Noodle pasti takkan lupa minuman signatures di sini iaitu Chill Chill. Bayangkan kombinasi rasa manis dan sejuk disedut dalam cuaca panas menyengat hingga melonjak adrenalin serta menghilangkan haus di tekak.
Demi menyampaikan rasa kasih terhadap semua wanita, Chill Chill telah berkolaborasi dengan Breast Cancer Welfare Association (BCWA) untuk memberi kesedaran kepada semua wanita tentang kepentingan penjagaan payudara dan melawan kanser payudara.
Dalam rangka promosi ini, banyak kesedaran tentang kesihatan payudara diadakan seperti memberi penerangan berkenaan pentingnya melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan langkah-langkah pencegahan awal kanser payudara.
Sebuah klinik bergerak berwarna Pink yang berlokasi di Sunway Pyramid dan Nu Sentral akan beroperasi demi menyampaikan hasrat murni ini. Unit Reaching Nationwide with Information (Murni) daripada BCWA akan melakukan pemeriksaan klinikal payudara. Klinik bergerak ini bakal beroperasi pada 8hb Oktober 2017 di Sunway Pyramid dan 22hb Oktober 2017 di Nu Sentral bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.
Bagi menyempurnakan lagi sokongan, sepanjang bulan Oktober ini, setiap RM1 daripada jualan minuman Nom Yen atau lebih dikenali sebagai Sirap Bandung akan didermakan kepada BCWA. Mainkan peranan anda untuk menjayakan kempen ini dengan membeli Nom Yen di semua outlet Chill Chill.
Bagi meraih wang kutipan hingga RM10,000, Chill Chill mengambil inisiatif untuk menyumbang RM0.50 kepada BCWA bagi setiap hashtag #pinktobermy di media sosial.
Menurut Pengasas Utara 5 F&B Sdn. Bhd, “Usaha yang telah dirancang ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Kanser payudara boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Ini hanya peranan kecil kami dalam menentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama wanita ini. Semoga usaha sama dengan BCWA dapat memberi sinar harapan kepada setiap wanita di luar sana,” terangnya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular tentang gossip perkahwinan adik kepada penyanyi Aida Jebat, Fyna Jebat yang dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Zainal Abidin.
Dan baru-baru ini Fyna Jebat atau nama penuhnya Nur Syafinaz Jebat dan suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya dilihat keluar bersama sekali gus mengesahkan desas-desus mengenai status mereka berdua menamatkan spekulasi tentang perhubungan mereka.
Walaupun Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat telah membuat pengakuan sudah mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain serta jurulatih bola sepak itu, namun tiada sebarang perkongsian rasmi yang dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Namun perkongsian yang dibuat oleh pelakon terkenal Datuk Mustapha Kamal di TikTok baru-baru ini sekaan memberikan jawapan kepada persoalan yang timbul dalam kalangan ramai.
Menerusi kepsyen yang ditulis Mustapha Kamal, beliau teruja secara kebetulan terjumpa dengan pengantin baru tersebut di samping mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-duanya. “What a coincidence, just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations”.
Dalam pada itu, netizen juga turut menarik nafas lega selepas melihat perkongsian yang dibuat oleh pelakon tersebut dan menyatakan mereka berasa puas hati melihat gambar pasangan berkenaan.
Malah ramai yang mendoakan agar perkahwinan dan rumahtangga yang dibina Fyna dan Datuk Zainal Abidin kekal harmoni sehingga ke Jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebahagiaan seorang ibu ialah apabila dia melihat kejayaan anak tersayang. Seperti kaum ibu lain, Datin Seri Norazlina Tan Sri Awang Had juga tidak terkecuali...