Istana Buckingham sekali lagi bermandikan ucapan tahniah apabila Puteri Eugenie dan tunang, Jack Brooksbank mengumumkan pertunangan mereka.

IKLAN

Mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada musim luruh tahun ini di St. George’s Chapel, Istana Windsor – lokasi yang sama dengan Putera Harry dan Meghan Markle bakal berkahwin pada 19 Mei nanti.

Dalam foto rasmi yang dirakamkan ini, pasangan berdarah manis itu kelihatan bahagia melemparkan senyuman manis. Puteri Eugenie tampak anggun dalam sepasang dress flora Erdem dan sepatu Jimmy Choo.

Keseronokan Berganda Dalam Sejarah PERKAHWINAN DIRAJA BRITAIN, Puteri Eugenie Bakal Kahwin Musim Luruh Ini

Terlihat juga sebentuk cincin pertunangan yang tersarung di jari manis Puteri Eugenie, berupa batu nilam padparadscha merah jambu dan dilingkari bebutir berlian kecil.

Keseronokan Berganda Dalam Sejarah PERKAHWINAN DIRAJA BRITAIN, Puteri Eugenie Bakal Kahwin Musim Luruh Ini

Memetik laporan Majesty Magazine, cincin ini mirip cincin milik ibunya iaitu Duchess of York. Rekaannya juga dikatakan serupa dengan cincin pertunangan Kate Middleton.

IKLAN

Puteri Eugenie of York, 27, merupakan cucu Queen Elizabeth II dan anakanda bongsu Putera Andrew. Beliau juga adalah sepupu kepada Putera William dan Putera Harry.

Manakala Brooksbank, 30, pernah bekerja sebagai pengurus di sebuah kelab malam di Mayfair, London sebelum kini bergelar duta untuk syarikat Casamigos milik aktor George Clooney, Rande Gerber (suami Cindy Crawford) dan Mike Meldman.

IKLAN

Keseronokan Berganda Dalam Sejarah PERKAHWINAN DIRAJA BRITAIN, Puteri Eugenie Bakal Kahwin Musim Luruh Ini

Mereka pertama kali bertemu pada tahun 2010 sewaktu meluncur ski di Verbier, Switzerland. Selepas 8 tahun menyulam kasih, Brooksbank akhirnya melamar kekasih hatinya di Nicaragua, awal tahun ini.

Berlatar belakangkan suasana gunung berapi yang indah, matahari tenggelam dan siulan burung-burung, lelaki tersebut melutut dengan romantis untuk memperisterikan Puteri Eugenie. Norzalina Mohd Alias

Keseronokan Berganda Dalam Sejarah PERKAHWINAN DIRAJA BRITAIN, Puteri Eugenie Bakal Kahwin Musim Luruh Ini

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI