Walau tidak berpeluang meraih pahala mengusung jenazah di Tanah Suci tapi diberi kesempatan untuk menyaksikan sendiri situasi tersebut di depan mata sudah cukup memberi kepuasan kepada Fara Fauzana. Berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah pada 26 Mac lalu, kunjungan Fara turut ditemani rakan kerjanya iaitu Faizal Ismail dan Kartini Ariffin. Apa yang pasti, setiap apa yang dikongsikan Fara sepanjang berada di sana menerbitkan rasa insaf dan ada saja ilmu baharu yang diperoleh peminat meskipun hanya dengan mengikuti Instagram selebriti berhati mulia ini!

IKLAN

Paling membuatkan netizen tersentuh apabila Fafau memuatnaik rakaman video yang memaparkan keadaan para jemaah lelaki berebut-rebut mendapatkan jenazah selepas mereka selesai mengerjakan solat. Allahu, bila berada di Tanah Suci tiada lain yang dikejar melainkan amalan dan ganjaran pahala.

“Allah Maha Adil, Allahuakbar. Semalam ketika saya selesai bersaie untuk ibadah umrah di bahagian atas lalu terlintas untuk sembahyang Isyak di kawasan dataran sahaja. Bila saya turun ke bawah, entah laluan mana saya ikut dan membawa saya kepada kawasan yang agak ramai orang menunggu di depannya.

Then my mind like “mesti ada sesuatu kat sini kalua tidak mereka takkan tunggu lama-lama” sebab usually people akan berpusu-pusu di bahagian depan Kaabah. I decided to sembahyang Isyak bersama yang lain di situ. Selesai je solat Isyak lalu palang dibuka maka kaum lelaki di depan saya meluru ke dalam seperti mahu merebut sesuatu.

https://www.instagram.com/p/Bv0Pwp2hLaV/

Rupanya itulah laluan jenazah yang bakal disembahyangkan oleh ribuan atau mungkin jutaan umat Islam pada satu-satu masa. Allahuakbar. Inilah pengalaman pertama saya melihat jenazah lalu di depan mata ketika di Tanah Suci. Saya juga mahu mati di sini. Moga Allah mendengar doa kita semua. Ameen.”

Selain Faizal Ismail, sebelum ini beberapa selebriti lelaki antaranya Aliff Satar dan Wak Doyok turut pernah berkongsi pengalaman mereka mengusung jenazah semasa mengerjakan ibadah umrah. Kelebihan yang diberikan kepada mereka yang berpeluang mengusung jenazah di Tanah Suci adalah memperoleh pahala sebesar Bukit Uhud!

Boleh dikatakan, setiap hari peminat ternanti-nantikan posting ilmiah Fafau di sana. Selain dapat merasai malam Isra Mikraj di Mekah… Fafau juga cukup bertuah kerana dia mendapat perkenan Allah SWT untuk memasuki taman syurga Raudah selepas menunggu selama dua jam.

IKLAN

Tatkala berada di Masjidil Haram pula Fafau sempat merakam adegan seorang bapa yang sedang mengajar anak lelakinya bersolat. Satu pemandangan yang sangat indah dan terkesan di hati setiap anak.

Tidak cukup dengan itu, Pengasas Dbilique ini juga berkongsi foto para petugas dan pencuci di sana yang kelihatan sangat komited dengan kerjaya mereka dan menurut Fafau lagi ada di antara petugas berkenaan dikhabarkan orang kaya tetapi tetap mahu melakukan tugas mulia berkenaan demi mendapat keredaan Allah SWT.

Memang teruja dan terinspirasi dengan sikap selebriti seperti Fafau yang tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu. Walau usaha itu nampak kecil tapi bagi mereka yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana… pasti segala perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka kelak. Moga Allah membalas kebaikan yang disampaikan Fafau dan rakan artis yang lain.

IKLAN

 

Kredit: Instagram Fara Fauzana