Siapa Sangka! Wanita Asal Dari MALAYSIA Ini Cipta Sejarah Dilantik Datuk Bandar Termuda CALIFORNIA

Siapa sangka wanita berketurunan Asia ini telah mencipta sejarah menjadi wanita termuda bergelar Datuk Bandar di California, Amerika Syarikat. Bukan sahaja bergelar Datuk Bandar Termuda malah wanita yang mempunyai susur-galur dari Malaysia ini dilantik sebagai Datuk Bandar bukan dari kalangan kulit putih untuk berkhidmat dalam jawatan itu di bandar Eastvale.

Foto: Instagram @jocelyn_yow
Foto: Instagram @jocelyn_yow

Jocelyn Yow merupakan graduan di sebuah kolej komuniti di Norco, California dan UC Berkeley kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School. Sudah tentu wanita yang berusia 25 tahun ini bangga dengan pencapaian dirinya. “I am honored to be serving as the mayor of Eastvale,

” tulisnya di laman media sosialnya.
Foto: Instagram @jocelyn_yow
Foto: Instagram @jocelyn_yow

Tulisnya lagi, “Sangat penting untuk kita mengambil kira pandangan golongan wanita muda dan golongan ibu ketika membuat sesuatu keputusan penting yang memberi kesan pada keluarga. Kini dengan saya menjadi wanita dan ibu termuda untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar di negeri California, saya berharap lebih ramai wanita dan ibu-ibu lain akan mengikut jejak langkah ini,” tulis ibu kepada seorang bayi berusia enam bulan ini.

Foto: Instagram @jocelyn_yow
Foto: Instagram @jocelyn_yow

Sebelum ini Jocelyn Yow telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada tahun 2018 dan telah menyandang jawatan Datuk Bandar sementara sebelum dilantik secara rasmi pada 10 Disember 2020.

Foto: Instagram @jocelyn_yow
Foto: Instagram @jocelyn_yow

Bapanya yang berasal dari Malaysia telah melanjutkan pelajaran sekitar tahun 80-an di Amerika Syarikat dan bertemu dengan ibunya yang meninggalkan Vietnam untuk mencari kehidupan baharu di sana. Menurut wanita berketurunan Cina Malaysia-Vietnam ini pada tahun 1996 mereka sekeluarga telah kembali ke Malaysia atas urusan keluarga dan menetap selama lebih 10 tahun.

IKLAN
Share