Siapa sangka wanita berketurunan Asia ini telah mencipta sejarah menjadi wanita termuda bergelar Datuk Bandar di California, Amerika Syarikat. Bukan sahaja bergelar Datuk Bandar Termuda malah wanita yang mempunyai susur-galur dari Malaysia ini dilantik sebagai Datuk Bandar bukan dari kalangan kulit putih untuk berkhidmat dalam jawatan itu di bandar Eastvale.
Jocelyn Yow merupakan graduan di sebuah kolej komuniti di Norco, California dan UC Berkeley kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School. Sudah tentu wanita yang berusia 25 tahun ini bangga dengan pencapaian dirinya. “I am honored to be serving as the mayor of Eastvale,” tulisnya di laman media sosialnya.
Tulisnya lagi, “Sangat penting untuk kita mengambil kira pandangan golongan wanita muda dan golongan ibu ketika membuat sesuatu keputusan penting yang memberi kesan pada keluarga. Kini dengan saya menjadi wanita dan ibu termuda untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar di negeri California, saya berharap lebih ramai wanita dan ibu-ibu lain akan mengikut jejak langkah ini,” tulis ibu kepada seorang bayi berusia enam bulan ini.
Sebelum ini Jocelyn Yow telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada tahun 2018 dan telah menyandang jawatan Datuk Bandar sementara sebelum dilantik secara rasmi pada 10 Disember 2020.
Bapanya yang berasal dari Malaysia telah melanjutkan pelajaran sekitar tahun 80-an di Amerika Syarikat dan bertemu dengan ibunya yang meninggalkan Vietnam untuk mencari kehidupan baharu di sana. Menurut wanita berketurunan Cina Malaysia-Vietnam ini pada tahun 1996 mereka sekeluarga telah kembali ke Malaysia atas urusan keluarga dan menetap selama lebih 10 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup dalam sebuah negara yang aman daripada peperangan wajar disyukuri dengan penuh nikmat. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan wanita dan kanak-kanak yang hidup dalam pelarian akibat peperangan yang melanda tempat tumpah darah.
Hidup dalam ketakutan dan sentiasa was-was dan tidak mempercayai orang di sekeliling. Lebih sedih lagi apabila melihat kanak-kanak terbiar tanpa menikmati keriangan seperti kanak-kanak yang lain dan tertinggal dalam pelajaran.
Sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap keamanan negara, telah membawa Syafinaz Yunus bangun melakukan misi kemanusiaan di negara yang sedang bergolak.
Tidak mahu menoleh ke belakang kaki yang melangkah akan terus melangkah sehingga ke penghujung yang belum pasti masanya. “Terlalu banyak peranan yang boleh dimainkan oleh seorang wanita dalam setiap misi kemanusiaan.
Saya sendiri melalui pengalaman di Syria melihat seorang ibu sedang mengusung jenazah bayinya. Juga seorang ibu muda yang menangis kerana bayinya kelaparan akibat 3 hari tidak makan dan minum.
Selain daripada bantuan makanan, apa yang mereka paling perlukan adalah sokongan moral seorang wanita lain kepada mereka,” jelas Syafinaz yang bertugas di stesen TV Al-Hijrah sebagai pembaca berita dan pengacara program Analisis.
“Penderitaan yang mereka dilalui membuatkan ada yang berputus asa dengan kehidupan yang dilalui. Justeru mereka sangat perlukan motivasi daripada wanita lain untuk lebih kuat dalam meneruskan kehidupan.
Itu juga yang sering saya lakukan sewaktu di lapangan di negara perang. Saya akan peluk mereka, comfort them and tell them that they’re our inspiration. Kekuatan mereka adalah sumber inspirasi kita wanita seluruh dunia. Jadi mereka perlu terus kuat menghadapi ujian Allah ini. Itulah peranan seorang wanita kepada wanita lain lebih-lebih lagi di negara yang sedang bergolak,” tutur Syafinaz lembut.
Menurut Syafinaz, pegangannya ketika sedang melakukan misi kemanusiaan adalah kerana Allah SWT semata-mata. “Ini adalah sumbangan kecil saya sebagai ‘bekalan’ untuk dibawa pulang kelak.
Ini sahaja yang dapat saya bantu sebagai saudara seislam yang sedang dalam kesusahan. Selain itu ‘pedang’ yang boleh saya hunus untuk melawan pihak yang menzalimi mereka iaitu melalui penulisan. Melalui penulisan saya boleh menyampaikan kisah yang sebenar buat rakyat Malaysia.
Sehingga ke hari ini saya memperjuangkan dan membantu sehabis daya saudara Islam yang sedang dizalimi seperti di Palestin, Rakhine dan Syria.
Kalau diizinkan Allah SWT saya mahu membantu membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata Syafinaz bersungguh-sungguh. Tambah Syafinaz yang dapat dipelajarinya sepanjang terlibat dengan misi kemanusiaan adalah menjadi hamba yang bersyukur ketika menerusi misi-misi bersama Aman Palestin ke negara-negara perang.
Bersyukur dilahirkan sebagai umat Islam, bersyukur masih tinggal di negara yang aman, bersyukur dengan apa sahaja kurniaan-Nya tidak kira ujian mahupun rezeki. Namun, kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu kemanusiaan masih kurang. Masyarakat kita lebih gemar dengan isu sensasi berbanding ambil tahu apa yang sedang berlaku pada dunia Islam.
Menyingkap pengalaman ibu kepada seorang anak lelaki ini dalam misi kemanusiaan, “Pengalaman yang paling tak mampu saya lupakan apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Kem Yarmouk di Syria.
Melihat puluhan ribu saudara Islam dizalimi dan saudara Islam iaitu rakyat Palestin seakan mayat hidup kerana kebuluran disebabkan sekatan tentera Bashar Al-Assad. Dalam hati ketika itu bertanya, dimanakah perginya nilai kemanusiaan?
Nasihat saya jika ada wanita lain yang turut sama mahu meneruskan usaha kemanusiaan, teruskan niat murni itu. Banyakkan membaca isu-isu dunia dan kemanusiaan.
Dapatkan informasi berkenaan misi kemanusiaan di NGO yang diyakini kredibilitinya seperti Aman Palestin dan lain-lain,” tutur Syafinaz penuh semangat mengakhiri perbualan kami pada petang itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah tujuh tahun pelakon cantik Aprena Manrose bergelar isteri kepada Mohd Afiq Hazman.
Biarpun belum dikurniakan zuriat, mereka tetap bahagia dan romantik hingga ke saat ini. Bahagia dengan cara tersendiri.
Baru-baru ini, Aprena atau nama penuhnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mendedahkan pada penghujung tahun lalu dia pernah menjalani rawatan IVF (persenyawaan in vitro) sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Memetik perkongsiannya kepada Gempak, rawatan itu bagaimana pun gagal. Namun, ia tetap tidak mematahkan semangat Aprena untuk mencuba lagi.
Sepupu kepada Uqasha dan Nelydia Senrose ini turut memaklumkan dia perlu berehat lama dari dunia seni kerana perlu fokus kepada prosedur rawatan tersebut.
“Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF hujung tahun lalu.
“Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa down juga.”
Pun begitu, kata Aprena dia redha dengan ketentuan Ilahi dan bersyukur sekurang-kurangnya dia telah berusaha dan tidak akan berputus asa.
Setelah berehat panjang, pelakon yang menginjak usia 30 tahun ini bakal membuat ‘comeback’ dalam bidang lakonan.
“Baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa la.. sekali pernah buat. Saya berehat kejap untuk kerja balik.
“Insya-Allah kalau ada rezeki lagi saya akan buat semula,” kongsi Aprena.
Untuk info, Aprena dan suami mendirikan rumahtangga pada 12 November 2016.
Aprena merupakan anak kepada Iwan Syahman, bekas penyanyi dangdut terkenal suatu ketika dulu.
Manakala ibunya, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor merupakan pelakon filem terkenal era 80an kelahiran Pasir Puteh, Kelantan.
Semoga Aprena dan suami kekal bahagia sampai syurga dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin menginjak usia, makin terserlah kejelitaan milik Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’. Beliau yang merupakan puteri bongsu Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu ini kian menarik perhatian khalayak dengan aura dan pesonanya.
YAM Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin menyambut ulang tahun keputeraan ke-21 pada 19 April lepas.
Ke mana saja pergi, penampilan anakanda KDYMM Sultan Mizan dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah ini pasti menjadi tumpuan lensa kamera.
Beliau menjadi bualan warga maya selepas video memaparkan dirinya ketika menghadiri Islamic Fashion Festival pada 20 November lalu.
Beliau kelihatan cukup anggun berbusana tradisi indah rona merah jambu dan sentiasa mengukir senyuman manis.
Sekaligus terserlah sisi penuh kelembutan dan sesiapa saja yang memandang pasti tertawan dengan pesona puteri diraja Terengganu Darul Iman berkenaan.
YAM Tengku Puteri Daulath Raja memiliki tiga orang kekanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Dato’ Seri Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
16 Ogos lalu, beliau bersama YAM Tengku Puteri Utama Raja yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) berkenan melawat bengkel songket dan bengkel batik di Penjara Marang.
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 bersamaan 19 Zulkaedah 1440 Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan ayahandanya, KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.