Ads

Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu!

Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Berjemaah Bersama Keluarga
Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Berjemaah Bersama Keluarga

Sesungguhnya Ramadan ialah bulan penuh keberkatan dan kebahagiaan. Sempena bulan mulia ini, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak melepaskan peluang memanfaatkan masa berkualiti dengan ahli keluarga. Lebih bermakna apabila dapat menunaikan solat jemaah dan tarawih di samping suami, anak-anak, menantu serta cucu tersayang.  

Tidak dinafikan, kebanyakan daripada kita mengambil kesempatan bulan Ramadan untuk memperbaiki diri dan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.  

Artikel https://www.nona.my/mahu-istiqamah-perbaiki-diri-dekati-allah-sempena-ramadan-pelakon-erynne-erynna-kini-aktif-sertai-misi-kemanusiaan/

Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga

Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu!

Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, rutin wajib Tan Sri Shahrizat sekeluarga pada setiap malam Ramadan ialah solat tarawih berjemaah.  

Selepas bersara daripada arena politik dan jawatan menteri kabinet, tokoh wanita berusia 72 tahun ini mengisi masa terluang dengan melakukan hobi seperti bercucuk tanam, beriadah bersama suami dan cucu serta memenuhi jemputan bagi program kebajikan mahupun kemasyarakatan.  

Ads

1 Ramadan lalu, Tan Sri Shahrizat berkongsi suasana menyambut bulan puasa dan bertarawih di media sosial miliknya.  

Meskipun menunaikan solat berjemaah di rumah namun dengan keberadaan suami, anak-anak, menantu dan cucu cukup membahagiakan bagi bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini.  

Kongsinya, “Alhamdulillah tahun ini cucu-cucu, Ayden Shahinur dan Eleyna Shahinur puasa dan tarawih sekali. Ayva Shahinur sambut hingga tarawih, Ezra Shahinur dapat Isya! Family time. Thank you Allah.” 

Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu! Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu! Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu!

Ads

Tambahnya, anak perempuan iaitu Izzana bagaimana pun tiada di samping keluarga kerana tuntutan tugas di Indonesia.  

Meniti usia 70an, kebahagiaan sebenar kaum ibu sudah tentu melihat ahli keluarga sihat dan cucu membesar dengan baik di depan mata.  

“Happiness for the family to see the little ones grow up so fast and embracing the religious tenets effortlessly. With a little bit of persuasion. Lintang pukang juga masa tarawih but they completed it!” 

Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu! Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu! Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu!

Ads

Kehidupan Tan Sri Shahrizat

Tan Sri Shahrizat mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh Ismail. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah. 

Figura berpengaruh ini turut mempunyai lima orang cucu iaitu Ayden Shahinur, Eleyna Shahinur, Ayva Shahinur, Ezra Shahinur dan Ayzaac Temur.  

Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu! Sinar Keberkatan Ramadan, Tan Sri Shahrizat Bahagia Solat Tarawih Bersama Keluarga & Cucu!

Dalam pada itu, Tan Sri Shahrizat menghadiri Majlis Mahabbah Ramadan HAWA di Melaka yang melibatkan seramai 1,074 orang peserta tadarus dan pemberian sumbangan berupa kit makanan kepada 500 orang asnaf serta mualaf.  

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Utama Hamidah Khamis.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Tanda Awal Leukemia Yang Ramai Terlepas Pandang, Ketahui Gejala Kanser Darah...

Tanda awal leukemia sering disalah anggap sebagai keletihan atau demam biasa. Ketahui gejala penting kanser darah ini supaya diagnosis dan rawatan boleh dilakukan lebih awal.