Bila menyebut hidangan paling sedap pernah dinikmati seumur hidup, pasti ramai yang memberikan jawapan masakan air tangan ibu. Ya, tidak dinafikan, masakan air tangan ibu adalah paling istimewa di hati setiap individu bergelar anak!

Walau ke mana juga kaki melangkah, masakan air tangan ibu sendiri sememangnya tiada tandingan. Walaupun hanya hidangan ringkas seperti telur goreng,  namun masakan ibu tetap paling sedap di dunia.

IKLAN

Terkenang Masakan Ibu Setiap Kali Ramadhan

Setiap kali tibanya Ramadan pasti terkenangkan masakan arwah ibunya. Siti Elizad memuji masakan arwah ibu memang super sedap, terutamanya bila masak lemak cili padi dan rendang.

“Ada sesuatu yang istimewa dalam masakan mama, sebab setiap masakan lauk pauknya, mama mesti tambah ulam-ulaman, tak kisahlah ulam apa, kebiasaanya pucuk ubi. Malah, di sekeliling rumah di kampung dulu, mama tanam macam-macam jenis ulam-ulaman,” katanya.

Luah Elizad, selepas pemergian ibu, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh ke pangkuan Ilahi akibat penyakit Parkinson,  rasa rindu yang teramat terhadap ratu hidupnya itu sukar dibendung.

Siti Elizad Titip Rasa Syukur, Sempat Warisi Resipi Turun Temurun! Pengubat Rindu ‘Air Tangan’ Arwah Ibu Siti Elizad Titip Rasa Syukur, Sempat Warisi Resipi Turun Temurun! Pengubat Rindu ‘Air Tangan’ Arwah Ibu

 

“Saya bersyukur sempat mewarisi ilmu memasak daripada ibu. Cuma saya tak sempat belajar menjahit dengan arwah,”ujar Elizad mengenang ibunda tersayang.

Sebagai anak tunggal perempuan daripada lima beradik, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin mengambil alih tugas arwah dalam membuat persiapan raya.

IKLAN

“Dulu ibulah yang menjahit baju raya kami sekeluarga selain mencari langsir untuk disuai padan. Menu istimewa lebaran pastinya rendang campur air tangan ibu yang selalu dirindui,” katanya mengakhiri perbualan.

GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
(Resipi: Datuk Chef Wan)

BAHAN-BAHAN:

Pucuk ubi (daun lembut sahaja)
1kg daging salai | hiris nipis
3 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | siat-siatkannya
1kg santan pekat
Garam dan gula
4-5 biji belimbing buluh
1 keping asam gelugor

IKLAN

BAHAN KISAR:

30 biji cili padi
1cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

1. Masukkan hirisan daging salai dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan separuh dari santan.
2. Masak sekejap sehingga daging empuk.
3. Setelah kuah agak kering, masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata. Guna api dapur yang agak sederhana agar santan tak pecah.
4. Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam dengan secukupnya. Masukkan belimbing buluh dan daun pucuk ubi yang telah dibersihkan.
5. Setelah daun agak layu sedikit, dalam 10 minit bolehlah tutup api. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Majalah RASA & Instagram: Elizad Sharifuddin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI