Siti Saleha Tampil Berhijab Sempena Haruman Hanami Aidiladha

Penampilan istimewa selebriti popular, Siti Saleha di majlis pelancaran Koleksi Aidiladha 2022, Hanami, Peneraju Tudung Bawal Sarung No.1 benar-benar telah meninggalkan momen indah.

Begitu sporting tampil berhijab di majlis tersebut, Siti Saleha begitu manis dengan penampilan sopan sebegitu.

Acara yang telah dihoskan oleh pengacara bertenaga Fiza Saad itu juga turut menggayakan koleksi terbaharu Hanami.

Koleksi Haruman Hanami Aidiladha 2022 ini menyediakan 32 corak berlainan dalam
potongan tudung sarung, bawal dan selendang.

Edisi Aidiladha Haruman Hanami ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad berinspirasikan daripada corak inspirasi Raudhah dan Kota Madinah (Nabawi) dan hadir bersama rekaan istimewa bersama sentuhan moden, turut digayakan dengan tudung sarung bawal dan selendang (shawl

).

Sasaran Hanami adalah untuk memenuhi pasaran tempatan bersaing hebat dengan mempersembahkan koleksi yang praktikal dan mudah dipakai tetapi masih kekal bergaya di hari raya korban
nanti!

Majlis tertutup dan beramah mesra ini telah berlangsung di Four Points Kuala Lumpur Chinatown sebagai lokasi rasmi. Diharumkan oleh Bath And Bodyworks sebagai rakan kerjasama serta diaktifkan oleh Cycle Carriage selaku kereta rasmi!

IKLAN
Share