Penampilan istimewa selebriti popular, Siti Saleha di majlis pelancaran Koleksi Aidiladha 2022, Hanami, Peneraju Tudung Bawal Sarung No.1 benar-benar telah meninggalkan momen indah.
Begitu sporting tampil berhijab di majlis tersebut, Siti Saleha begitu manis dengan penampilan sopan sebegitu.
Acara yang telah dihoskan oleh pengacara bertenaga Fiza Saad itu juga turut menggayakan koleksi terbaharu Hanami.
Ads
Koleksi Haruman Hanami Aidiladha 2022 ini menyediakan 32 corak berlainan dalam
potongan tudung sarung, bawal dan selendang.
Ads
Edisi Aidiladha Haruman Hanami ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad berinspirasikan daripada corak inspirasi Raudhah dan Kota Madinah (Nabawi) dan hadir bersama rekaan istimewa bersama sentuhan moden, turut digayakan dengan tudung sarung bawal dan selendang (shawl).
Ads
Sasaran Hanami adalah untuk memenuhi pasaran tempatan bersaing hebat dengan mempersembahkan koleksi yang praktikal dan mudah dipakai tetapi masih kekal bergaya di hari raya korban
nanti!
Majlis tertutup dan beramah mesra ini telah berlangsung di Four Points Kuala Lumpur Chinatown sebagai lokasi rasmi. Diharumkan oleh Bath And Bodyworks sebagai rakan kerjasama serta diaktifkan oleh Cycle Carriage selaku kereta rasmi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian penyanyi bersuara lunak, Asmidar di media sosial mengenai gerai jualan ayahnya di bazar Ramadan tahun ini meraih perhatian warga maya. Dalam nada sayu, dia memaklumkan ayahnya yang sudah hampir 40 tahun berniaga di Bazar Wangsa Maju kini akur berpindah ke bazar di Melawati kerana tiada penempatan.
Menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini, Asmidar atau nama penuhnya Norhasmidar Ahmad hadir menemani ayah dan ibu tersayang berniaga martabak dan kuih-muih di tapak bazar baharu, Bazar Saville Melawati.
Bagaimana pun, dalam rakaman video itu jelas kelihatan suasana di sekitar kawasan bazar lengang.
Kongsi anak seni ini, “Hai semua, tahun ni ayah dah tak berniaga dekat Bazar Wangsa Maju macam selalu. Walau pun ayah adalah peniaga yang paling lama yang berniaga di Bazar Ramadan Wangsa Maju.
Tapi tak ada rezeki kan. Kenalah berpindah ke tempat lain. Jadi ayah dapat tempat niaga di Bazar Saville Melawati ni cuma itulah bukan tak ada orang, tak ramai orang. Lengang je.
Kesian kan. Bawa stok banyak-banyak, ada-ada (pelanggan) tapi tak ramai. Yang nak membantu ayah saya, kalau korang nak berinfak bersama-sama Martabak Mat Labu, minimum order 5 keping martabak, RM30.”
Meskipun sedih jualan martabak ayah yang popular dalam kalangan penggemar makanan di Wangsa Maju ketika Ramadan tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya namun figura ini percaya dan yakin dengan pemberian rezeki dari Allah.
Enggan berputus asa, pelakon teater ini mengambil ikhtiar menawarkan khidmat infak makanan kepada mereka yang berminat. Untuk infak martabak ayam atau daging, minima tempahan ialah lima keping. Manakala kuih muih pula minima 10 keping.
Ujarnya, “Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Jemput berinfak atau berkunjung ke gerai kami. Selamat berpuasa.”
Tambah Juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa ini lagi, pihaknya akan membuat video dan hantar kepada pemberi infak sebagai bukti amanah tersebut sudah dijalankan.
Semoga perniagaan keluarga Asmidar berkembang maju dan dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki dapat berjumpa juara Dewi Remaja 2019, pertemuan Nona dengan Shaza Bae menyerlahkan sisi kedewasaan gadis jelita berusia 27 tahun ini. Selain sibuk dengan kerjaya seni, siapa sangka Shaza juga pernah menjadi seorang pensyarah universiti.
Dikenali sebagai gadis cantik dan berpelajaran, Shaza atau nama penuh Shaza Nuriman Mohamad Zamri merupakan lambang juara Dewi Remaja yang sangat menginspirasikan.
Shaza memulakan kerjaya hiburan pada 2013 dengan membintangi iklan Raya Petronas yang bertajuk ‘Jahit’. Sejak itu, beliau menjadi model iklan untuk pelbagai jenama seperti Telekom Malaysia, Maxis, U Mobile, Cadbury dan Libresse.
Kerjaya lakonannya bermula pada 2016 apabila beliau membintangi drama adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu yang dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.
Beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan travelog wanita, Tumit Tinggi bersama rakan hos Eisha Aneyza, Syamim Farid dan Amy Nur Tinie yang disiarkan di TV1.
Pada tahun 2019, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 12 peserta Dewi Remaja 2019 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Syamira Izzati dan Tengku Shatirah Amanda.
Jom tonton temu bual eksklusif Nona dengan Shaza Bae ni…
“Selepas Dewi Remaja, saya ditawarkan menjadi part-time lecturer di UiTM Puncak Perdana dalam kursus Creative Writing.
Salah satu yang saya ajar adalah Character and Story Development adalah dimana kalau kita nak tulis novel atau skrip, kita akan kembangkan watak tersebut. Perkara yang sama saya terapkan dalam lakonan.” Shaza Bae
Menyedari minatnya yang tinggi dalam bidang mengajar, Shaza tidak menolak untuk terus menyambung pengajian dan menjadi pakar motivasi jika ada rezeki, satu hari nanti. Semoga cita-cita dan impian murni beliau termakbul, insyaAllah.
Tahun ni dengarnya bukan senang nak jadi peserta Dewi Remaja 2022 kerana semua latar belakang mereka kena filter! Barulah hasilnya bertanding secara sihat dan Dewi Remaja yang dilahirkan oleh Majalah Remaja dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkualiti tinggi. Contohnya macam Shaza Bae ni.
Tak sabar nak tunggu Pencarian Dewi Remaja 2022 yang bakal bersiaran bermula 16 Julai, setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria. Program 8 episod ini turut ditaja bersama Kinohimitsu dan WonderDewi by WonderLab.
Sempat juga Nona hadiri majlis sidang media Pencarian Dewi Remaja 2022. Memang cantik-cantik finalis kali ni, kalau tak percaya cuba tengoklah sendiri…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau tidak hari ini, mungkin esok Allah bakal menjemput … tapi bersediakah kita dengan segala amalan yang dilakukan di dunia ini untuk dibawa ‘ke sana’ nanti? Allahu, takutnya memikirkan nasib umat Rasulullah kelak. Di manakah rumah abadi kita nanti … di syurga atau neraka? Moga seiring pertambahan usia ini, seluruh umat Islam sempat bertaubat dan berlumba-lumba menuju jalan kebaikan.
Lingkungan usia 35 hingga 40 tahun merupakan peralihan umur yang sangat penting. Pada usia sebegini kebanyakan daripada kita mula diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Ia boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit atau kematian), dari pasangan hidup apabila berlakunya penceraian, jatuh sakit dan pergaduhan; atau cabaran apabila anak-anak meningkat remaja.
Pada peringkat usia ini juga Allah akan memanggil hambaNya pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya hadir dalam bentuk ujian.. seperti mana yang dinyatakan tadi. Kerana hanya dengan ujian tersebut, kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu serta memohon pertolonganNya.
Mulai hari ini, tanamkan hasrat untuk menjadi orang yang bijak iaitu mereka yang berusaha memperbaiki diri dan amalan, menjaga hubungan sesama ahli keluarga dan pasangan termasuk menyimpan untuk masa depan. Hindari aura mereka yang kurang bijak yakni yang tetap leka dan langsung tidak membuka deria mereka terhadap panggilan Allah SWT. Bahkan begitu asyik dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan sehingga alpa tentang tanggungjawab dan perhatian untuk suami, isteri mahupun anak-anak.
Lebih menakutkan apabila segelintir golongan yang sudah berumur 50 hingga 70 tahun pun masih leka dengan hal-hal duniawi seperti kenderaan yang dipakai, tanaman di dusun dan ternakan haiwan yang diusahakan. Alangkah baiknya pada usia ini, masa mereka diisi untuk mendengar kuliah agama, beribadat di masjid, mengerjakan umrah dan haji serta melaksanakan perintah Allah dengan sebaik mungkin.
Tetapi apa yang berlaku, ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Masih sibuk mencari cinta di luar sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan. Amat menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita. Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan ‘pulang’. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali meringkuk di hadapan Tuhan.
Hidup di dunia ini tidak lama.. Rasulullah SAW bersabda, “Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 hingga 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN… Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita. Oleh itu, lihatlah diri kita. Sudahkah kita mempersiapkannya?
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Credit : Inspirasi dan Kesehatan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Madhuri Dixit berkongsi rahsia kulit mulus pada usia 59 tahun melalui penggunaan rose water, Vitamin C, pelembap dan sunscreen dalam rutin penjagaan kulit hariannya.