“Soal Dilamar Bukan Main-Main”. Datuk Seri Vida Terima Bingkisan Berbalut Kain Songket. Peminat Berteka-Teki Vida Dilamar?

Sebuah video memaparkan usahawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Vida menerima bungkusan menjadi bualan para netizen di laman Instagram hari ini.


Mana tidaknya, bingkisan yang dibungkus kemas bagaikan hantaran itu dibalut dengan sehelai kain songket tampak mewah dan eksklusif! Kelihatan usahawan tersebut seakan terkejut menerima bungkusan hadiah tersebut bila disogokkan dengan kata-kata berbau lamaran.


“Saya dilamar?Siapa yang lamar? Jangan main-main terkejut!. Bab lamar-lamar ni sensitif,”ujarnya sambil membuka bungkusan yamg diterimanya itu.


Melihat ruangan komen di video tersebut,rata-rata peminat menzahirkan rasa gembira andainya usahawan yang popular dengan lagu Ku Ikhlaskan itu menerima lamaran setelah melalui kegagalan dalam beberapa perkahwinan terdahulu.

Vida pernah menzahirkan hasrat untuk berkahwin lagi dan pernah memberi kenyataan pernah melakukan solat istiqarah dan berdoa untuk dipertemukan jodoh.

Malah usahawan terkenal itu pernah membuat kenyataan akan membuat ‘check up’ (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan dirinya boleh melahirkan zuriat sekiranya dipertemukan jodoh. Apa-apapun,  segalanya masih menjadi tanda-tanya!

 

IKLAN
Share