Orang yang menjaga solat dan mempelajari agama sudah pasti mendapat pelindungan Allah SWT. Pendedahan Amira Othman mengenai solat yang tular di media sosial baru-baru ini meraih perhatian warga maya.
Dia yang terkenal dengan peribadi baik dan patuh berpenampilan sopan serta menutup aurat, tidak hairanlah Amira jarang dilanda kontroversi sepanjang pembabitannya dalam industri seni tanah air.
Menerusi temu bual dalam Ruang Cerita di Zayan bersama FBI dan Nana, penyanyi bersuara lunak ini kelihatan sebak tatkala bercerita tentang solat.
Amira Othman Sebak Cerita Tentang Solat
Ujarnya, “Saya ini memang tak baiklah. Saya penuh dengan dosa. Saya adalah seorang pendosa tapi saya berpegang kepada saya kena sembahyang. Saya kalau cerita pasal ni saya sedih. Sedih, saya memang yakin yang sembahyang ni adalah tiang agama.
Jahatlah macam mana pun kena sembahyang. Jadi saya rasa alhamdulillah sembahyang ni memang benda saya terapkan dari sekolah lagi. Tidaklah saya cakap saya ni bagus, saya sembahyang kerana memang kita kena solatlah. Benda paling basic kita kena buat.
Ads
Tapi solat ni banyak menyelamatkan sayalah saya rasa dan alhamdulillah mak ayah banyak pantau saya sebenarnya. Memang pantau saya walau jauh. Kata mereka benda-benda tak berapa sesuai, tak payah upload, jangan pakai macam ni, jangan cakap macam ni.”
Tambah pemilik nama Nadia Amira Othman ini lagi, “Saya sedih tadi tu sebab saya rasa kita adalah manusia biasa yang sentiasa buat salah. Saya percaya perjalanan orang tu lain-lain. Kalau saya duduk berkumpul dengan kawan-kawan, saya cakap sembahyanglah. Walaupun liat, solat.”
Amira Othman Dilantik Duta Jakel Raya Ini
Nama Amira Othman kian melonjak naik selepas dia dilantik sebagai salah seorang duta jenama pakaian terkenal, Jakel sempena Hari Raya tahun ini.
Meniti usia 32 tahun, wanita kelahiran Johor ini merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon. Dia mula membabitkan diri sebagai penyanyi sejak menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013 dan memenangi tempat ketiga.
Amira Othman pernah membintangi drama popular Abang Bomba I Love You dan turut mempunyai enam adik-beradik. Dia ialah kakak kepada dua penyanyi muda iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau sudah 19 tahun filem box office Indonesia ‘Ada Apa Dengan Cinta’ sudah berlalu namun impaknya masih terasa hingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi lakonan heroin cantik dalam filem berkenaan, Dian Sastrowardoyo yang pesona wajahnya pernah menjadi kegilaan ramai jejaka di Malaysia. Kalau sebut nama Dian sampai ke hari ini pun masih ramai yang mengingati raut wajah menawan selebriti ini.
Dilahirkan di Jakarta pada 16 Mac 1982, Dian yang kini berusia 39 tahun masih bergiat aktif sebagai anak seni. Yang pasti, Dian atau nama penuhnya Dian Paramita Sastrowardoyo bukan calang-calang wanita. Dia bukan hanya meraih kejayaan sebagai pelakon bahkan turut cemerlang dalam bidang akademik. Memang patut dijadikan inspirasi!
Pada tahun 2007 ketika kerjaya seni Dian sedang berada di puncak, jelitawan ini dilaporkan telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Falsafah dari Universiti Indonesia.
Meskipun sudah mempunyai nama besar dalam industri seni Indonesia namun Dian tetap belum rasa puas dengan pencapaian tersebut.
Lantas pada tahun 2014, dia meneruskan pengajian dalam bidang ekonomi dan meraih Master dalam lulusan berkenaan di universiti sama.
Selain meminati dunia lakonan dan muzik, isteri kepada anak usahawan berjaya Indonesia ini juga sangat prihatin terhadap nasib pelajar perempuan yang ketinggalan dalam pendidikan disebabkan kesempitan hidup.
Sedar akan kepentingan ilmu khususnya dalam kalangan wanita, Dian tampil mendirikan yayasan miliknya sendiri yang dikenali sebagai Yayasan Dian Sastrowardoyo (YDS) pada tahun 2009.
Memasuki tahun ke-12 penubuhannya, YDS yang menawarkan biasiswa pendidikan kepada pelajar perempuan daripada keluarga yang kurang bernasib baik telah berjaya membantu sejumlah besar kumpulan sasaran tersebut untuk menimba ilmu.
Memetik laporan Antara News, Dian berkata dia terinspirasi untuk menjayakan usaha memberi pendidikan kepada pelajar perempuan daripada tokoh pejuang hak wanita Indonesia iaitu Raden Adjeng Kartini atau lebih dikenali sebagai Ibu Kartini.
“Saya percaya saat banyak perempuan menginginkan pendidikan tinggi, maka akan lahir generasi berikutnya yang jauh lebih cerdas. Kerana dengan mendidik perempuan maka sebenarnya secara tidak langsung sedang mendidik anak-anak dan cucu-cucu iaitu generasi berikutnya.”
Dian mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Maulana Indraguna Sutowo pada tanggal 18 Mei 2010. Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Syailendra Naryama Sastraguna Sutowo berusia 10 tahun dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo, 8 tahun.
Daripada perkongsian Dian di Instagram, dia dan suami tercinta gemar menjalani gaya hidup sihat dan melakukan sukan lasak bersama. Antaranya berbasikal, menunggang kuda dan mendaki bukit.
Kredit foto: Instagram Dian Sastrowardoyo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan demi kejayaan diraih Tan Sri Michelle Yoeh menerusi pembabitanya dalam filem Everything Averywhere All At Once menyaksikan nama beliau meledak dalam industri Hollywood dan kini Michelle Yeoh berjaya menawan industri Hollywood selepas memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Oscar sebentar tadi.
Namun di sebalik kejayaan dan pencapaian beliau, sudah pasti ada insan yang berkorban jiwa raga menyokong jatuh bangun kerjaya seninya, siapa lagi tidak lain dan tidak bukan, ibu kepada Michelle, Datin Janet Yeoh.
Awal minggu ini, bintang berusia 60 tahun itu menyingkap momen indah serta memperincikan hubungan istimewa dengan ibunya sewaktu temubual di rancangan The Late Show With Stephen Colbert dan Live With Kelly And Ryan.
Dalam temu bualnya dengan Today’s Sunday Sitdown NBC tersebut, Michelle Yeoh berkongsi antara momen indah beliau dan ibunya “Saya dan ibu mempunyai hubungan yang sangat menarik dan indah. Dia baru sahaja menelefon saya beberapa hari lepas dan menasihatkan saya jangan pakai seluar ketika menghadiri Oscar nanti,” jelas Michelle sambil ketawa.
Michelle Yeoh juga terbuka berkongsi betapa beliau menyayangi dan menyanjungi ibunya. Michelle turut berkata ibunya masih lagi “melayan dirinya seolah-olah dirinya masih budak enam tahun”.
Apatah lagi ibunya jugalah yang menasihati dan mempersiapkan Michelle Yoeh untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World seterusnya membuka jalan buat Michelle mengorak menjadi ikon sinema popular dunia yang disanjungi kini.
“Sekiranya kami pulang ke rumah, ibu akan menyediakan beberapa pakaian untuk saya. Begitulah cara dia menunjukkan kasih sayangnya pada saya” kata bintang kelahiran Ipoh itu.
“Semua ibu-ibu di luar sana adalah superhero sebenar. Mereka memikul beban yang sangat berat di bahu mereka setiap hari, namun tetap gigih, namun tiada siapa yang memberi mereka jubah adiwira,” akhiri Michelle dan pada masa yang sama cukup menyanjungi dan menghargai setiap insan bergelar ibu di luar sana.
Tidak ada seorang ibu pun mahu melihat kepincangan hidup anak yang dikandungnya selama 9 bulan melainkan sering mendoakan anak-anak mengecap kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat.
Hati ibu mana yang tak tersentuh andai melihat anaknya jauh dari pandangan mata lebih-lebih lagi ketika sedang memperjuangkan hak kemanusiaan di negara yang sedang bergolak. Namun, kehebatan kasih sayang ibu kepada Heliza Helmi ini menyuntik rasa yang sangat luar biasa.
Saat anak gadisnya sedang berhadapan dengan situasi sukar di negara yang sedang bergolak, wanita ini masih boleh memberi kata-kata semangat untuk anaknya meneruskan misi kemanusiaan yang jarang sekali dilakukan oleh anak gadis lain.
“Doa mama yang selalu mengiringi setiap langkah saya meneruskan apa yang ingin saya lakukan. Mama selalu berdoa semoga Allah SWT permudahkan segala urusan saya.
Sebab mama selalu cakap kalau kita pergi ke tempat-tempat bahaya dan tak tahu risikonya tetapi kalau kita pergi dengan niat baik dan untuk buat baik insyaallah Allah SWT akan jaga. Sesungguhnya doa mama adalah ‘tangkal’ yang sering saya bawa ke mana-mana.
Pernah suatu hari ketika kami sedang berhubung dengan telefon tiba-tiba dengar bunyi siren. Ketika berada di negara yang bergolak jika siren dibunyikan bermakna bom makin hampir.
Tetapi mama waktu itu dia jadi seorang yang sangat tenang. Mungkin dia nak kita juga tenang tapi saya tak tahu perasaan mama di Malaysia macam mana. Mama akan kata, insyaallah selamat. Secara tak langsung saya akan bertenang menghadapi situasi tersebut,” ucap Heliza.
Memang benar pengorbanan seorang ibu tidak mampu dibayar oleh seorang anak walaupun dengan segunung berlian. “Kalau nak cakap tentang pengorbanan mama saya tak boleh pilih dari sudut yang mana satu, sebab pengorbanan mama sangat luar biasa.
Siapa yang kenal dengan mama saya dia secara automatik akan jadi mama kepada semua orang. Macam kami dalam satu famili sentiasa berdoa agar mama dikurniakan balasan syurga yang tertinggi.
Pengorbanan mama selalu menjangkaui setiap pemikiran kami adik-beradik. Kalau saya sakit dan terpaksa balik lambat, dalam bilik tu dah tersedia makanan dan pelbagai jenis air yang saya suka. Air coklat, air kopi dan air zam-zam.
Mama seorang ibu yang sangat sikit tidurnya, demi kepentingan anak-anak dia sangat all out. Walaupun anak tak ramai cuma 4 orang, namun keempat-empat anaknya, mama bagi paling the best.
Sampai kami sendiri tak mampu nak bagi bagaimana mama layan kami adik-beradik. Kelebihan mama pula adalah jenis orang yang scan. Kita punya barang tak payah cakap lah banyaknya, kadang-kadang boleh terlupa. Tetapi, mama tahu kat mana barang tersebut diletakkan.
Mama terlalu banyak berkorban dari kami kecil sehingga dewasa. Dalam usia yang nak masuk 60, boleh bawa kereta lagi, macam tak apa biarlah diri dia berkorban jangan anak-anak. Kadang-kadang kami berebut nak bawa kereta,” tutur Heliza tentang kehebatan mamanya.
Sakit pening seorang ibu selalunya dipendam sahaja. “Memang betul, kalau mama sakit tak pernah nak bagitahu dia sakit dan kalau demam dah teruk sampai hilang suara dia tetap akan bagitahu, mama okay jer.
Sampai suatu hari kami pergi umrah dia menahan sakit sampai tak boleh telan air liur, namun tetap mahu membuat umrah bersama-sama sampai dia dah nak collapse, kita nak bawa pergi hospital, dia masih gagahkan diri.
Mudah-mudahan Allah SWT beri ganjaran kepada mama dan semua ibu di dunia ini dengan balasan syurga tertinggi. Saya sendiri tidak pasti apabila suatu hari nanti saya bergelar seorang ibu saya mampu menjadi ibu seperti mama,” bicara Heliza.
Bagaimana cara Heliza menyambut hari ibu? “Mama saya dia jenis yang tak berapa gemar celebrate. Macam birthday dia pun dia dah pesan awal-awal jangan celebrate.
Namun sebagai anak, kami tetap mahu meraikan mama. Jadi kami merancang majlis yang paling simple seperti keluar makan. Kami akan bawa mama makan ke tempat yang special sikit. Sambutan hari ibu pun kami buat begitu.
Saya rasa ibu bapa, hari-hari mahu quality time bersama anak-anak. It’s about 1 hari sahaja kita dengan ibu, that’s it. Apa yang kami buat dalam famili kami, walaupun jadual padat tetapi, dapat 2 minit yang berkualiti sudah mencukupi.
Sebagai contoh apabila saya kena gerak pergi ke sesebuah program, mama dan abah akan teman dari rumah turun ke lif sebab itu sahaja masa untuk kami bersembang sampai ke tempat parking sampai kereta saya bergerak.
Itulah masa yang kami cari, sebab saya jenis anak yang hari-hari kena buat report. Saya mesti hari-hari ada sahaja cerita yang nak dikhabarkan,” tutur Heliza yang masih tinggal serumah dengan ibu dan bapanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!