
Pejam celik, sudah 13 tahun usia perkahwinan Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim. Pasangan selebriti ini sentiasa menjadi inspirasi kerana kesederhanaan mereka dan low profile meskipun berstatus VIP. Sepanjang perkahwinan, baik Datin Lisa mahupun Datuk Yusry, kedua-duanya bijak menjaga privasi diri dan anak-anak.
Tanggal 23 Februari lalu merupakan ulang tahun perkahwinan ke-13 mereka. Sempena hari istimewa berkenaan, pasangan ini meraikannya di sebuah restoran bertaraf Michelin di ibu negara dikenali sebagai BarKar.
Datin Lisa & Datuk Yusry Rai Anniversary Romantik!
Menerusi gambar yang dikongsikan di media sosial, kelihatan aktres jelita yang juga Duta Ariani tersebut anggun dalam persalinan hitam. Sementara komposer dan pengarah terkenal berkenaan pula mengenakan kemeja rona putih.
Sambil memuat naik gambar Datuk Yusry ketika majlis ijab kabul pada tahun 2012, Datin Lisa menitipkan ucapan bermakna buat suami tercinta.
“13 years later dengan izinNya. Selamat Hari Kita Sayang.”
Tidak ketinggalan, Datuk Yusry turut memberi ucapan manis buat ratu hati kesayangan. “Selamat Hari Kita 13 Sayang Lisa Surihani.”
Kehidupan Bahagia Datin Lisa Bersama Suami & 3 Anak
Pasangan selebriti sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Artikel https://www.nona.my/imej-bersih-penampilan-menarik-datin-lisa-surihani-kini-bergelar-duta-ariani/
View this post on Instagram
Sepanjang melayari bahtera perkahwinan, Datin Lisa Surihani sering menjadi pendorong buat suaminya dalam melaksanakan tugasan muzik dan pengarahan.
Malah ibu kepada tiga cahaya mata ini amat bersyukur mempunyai suami yang memahami dan sentiasa mendahulukan keluarga dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Moga rumah tangga yang dibina kekal bahagia sampai syurga.