Diva lagenda Indonesia Kris Dayanti kini telah mencecah usia 50 tahun. Sebagai penyanyi yang sentiasa kelihatan memukau, Kris Dayanti mengekalkan gaya tersendiri termasuklah dalam solekan.
Setiap kali kemunculannya di pentas persembahan mahupun acara-acara hiburan, Kris Dayanti sering meraih tumpuan dengan penampilan solekannya yang menawan serta berani.
Elegan Dengan Solekan Berani
Kris Dayanti sememangnya terkenal dengan solekan berani dan on-point memancarkan aura diva legenda yang dimilikinya.
Dalam solekan, mata adalah bahagian tumpuan utama bagi ibu kepada empat orang anak ini. Kris Dayanti gemar memilih gaya smokey eyes bernuansa coklat dan hitam yang membuat matanya tampak lebih dalam dan ekspresif.
Manakala eyeliner rona hitam pekat serta bulu mata tebal dan lentik menyempurnakan tampilan matanya yang tajam lagi glamor.
Kening yang dilukis sempurna turut menjadi bahagian oenting dalam signature look Kris Dayanti.
Ads
Bentuk arch yang kemas dengan lukisan warna coklat gelap yang natural menciptakan kesan tegas namun tetap elegan.
Riasannya disempurnakan dengan sapuan lipstik yang memberikan kesan mewah, lembut dan moden.
Ads
Kombinasi lipstik satin dengan sedikit gloss menambah efek bibir lebih penuh dan segar.
Usia Sekadar Angka
Kris Dayanti membuktikan bahawa usia sekadar angka. Dengan solekan berani yang elegan dan flawless seorang wanita itu masih lagi mampu tampil menawan dan percaya diri.
Pada usia berapa pun, tetap tidak akan hilang pesonanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang anak dara Norman Hakim dan Abby Abadi ni. Dengan penampilan sopan dan rupa paras yang cantik, tak hairanlah Marissa Dania selalu menjadi perhatian terutamanya di kalangan netizen. Ingat lagi waktu mula-mula Norman dan Abby kongsi gambar anak perempuan mereka ni di Instagram, terus jadi viral sampaikan ada yang meluahkan hasrat mahu melamar Marissa. Aishh, masih bersekolah lagi tu dan baru berusia 13 tahun!
Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim (15 tahun) dan Maria Danisha (10 tahun).
Perkahwinan kedua Norman dan Memey Suhaiza pula, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Darwisz Hakim dan Muhammad Dikhriz Hakim. Lebih istimewa, mereka sekeluarga bakal menerima kehadiran orang baru memandangkan Memey kini sarat hamil anak ketiga.
Berbeza daripada Aidilfitri tahun lalu, Marissa dan Maria terpaksa menyambut lebaran kali ini tanpa abang sulung mereka yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang hafazan di Turki. Dan meskipun Norman dan Abby bukan lagi suami isteri namun mereka tetap berhubungan baik dan bergilir membawa anak mereka beraya bersama. Itu memang patut dicontohi!
Hari Raya pertama, Marissa dan Maria meraikan Syawal di samping bapa sebelum pulang ke kampung halaman bersama ibu mereka di Kelantan.
Disebabkan kisahnya pernah menjadi viral dan ramai yang mengagumi kecantikan yang dimiliki anak gadis Norman dan Abby ini, Marissa turut ditahan peminat yang ingin bergambar bersamanya ketika beraya di sana. Situasi itu dikongsikan sendiri Abby di laman Instagram.
“Marissa Dania macam artis dah.. ramai datang nak ambil gambar. Semoga dikenali kerana perkara yang baik-baik ye anak. Aminnn.”
Amboi, kecil-kecil lagi dah kena tempias dunia glamor.
Sememangnya kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.
Kini, Marissa merupakan penuntut sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan. Moga terus istiqamah menjalani hidup dan menjadi anak yang solehah kepada kedua-dua ibu bapa!
Sumber: Instagram Abby Abadi & Norman Hakim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 di negara ini mendorong kebanyakan wanita berkerjaya agar bekerja dari rumah. Selain berusaha meningkatkan produktiviti dan menjaga kesihatan, peluang ini juga boleh dimanfaatkan untuk memelihara kecantikan.
Ketika di rumah, majoriti wanita sudah pastinya tidak bersolek dan inilah waktu terbaik untuk memanjakan kulit. Tapi awas, usah sesekali meninggalkan regim penjagaan wajah kerana kulit tanpa vitamin bagaikan hilang serinya. Lebih-lebih lagi jika anda sudah berusia!
Walaupun cuaca di Malaysia sukar dijangka, kejap hujan dan terik kemudiannya, anda tetap perlu melindungi kulit dari bahaya lembayung ungu. Dapatkan kulit wajah yang sihat dan memancar keseriannya dengan ilmu serta produk pilihan Nona di bawah.
(1) Cuci Wajah
Produk Pilihan: FOREO LUNA fofo (RM415)
Permulaan terbaik untuk regim penjagaan wajah anda. Peranti berus pembersih wajah paling pintar dari Sweden, FOREO LUNA fofo dilengkapi sensor untuk menganalisa tahap kelembapan kulit dan kondisinya di setiap zon muka. Algoritma fofo turut direka dengan kecerdasan buatan (AI) yang berupaya mencipta rutin pembersihan wajah yang khusus untuk setiap individu.
(2) Pilih Yang Serbaguna
Produk Pilihan: NUDESTIX Nudies Matte Blush (RM145)
Bertukar dari kompleksi polos kepada beach babe look! Dengan balm serba guna yang organik ini, anda boleh kelihatan lebih santai dan menawan di rumah, dengan effortless. Satu Nudies sahaja sudah memadai untuk dipakai sebagai pemerah pipi, pembayang mata dan gincu bibir.
Produk Pilihan: SK-II Facial Treatment Essence (RM759)
Paling menjimatkan masa dan efektif untuk memperbaiki kulit. Pupuk saja miracle water ini yang diperkaya dengan kandungan PITERA agar kulit menikmati khasiat vitamin, mineral dan asid amino.
(3) Lindungi Wajah
Produk Pilihan: Supergoop! CC Screen SPF50 (RM170)
Selain melindungi kulit dengan SPF 50 UV, formulanya yang berkrim dan melembap amat sesuai untuk menyamarkan ketidaksekataan kulit sambil memberi kemasan natural dan kulit berbayang segar semula jadi.
Produk Pilihan: SK-II Atmosphere Airy Light UV Cream (RM291)
Duduk di rumah pun, kulit mesti dilindungi daripada kerosakan UV. Layangkan saja krim tabir suria SK-II dengan kuasa SPF50+ PA++++ ni.
(4) Jangan Terlalu Polos
Produk Pilihan: Milani Baked Blush (RM45.80)
“Milani has the most amazing blushers and that’s on period!” Itu komen beauty influencer terkenal dari Hawaii, Bretman Rock tentang pemerah pipi Milani. Didatangkan dalam kemasan jubin terracota, anda hanya layangkan ke tulang pipi untuk wajah yang lebih berseri secara natural.
Produk Pilihan: Fenty Beauty Gloss Bomb
Usah biarkan bibir kering dan mengelupas walaupun hanya bekerja di rumah. Calitkan glos bibir agar ia kelihatan sihat dan ranum. Fenty Beauty melancarkan koleksi mini Gloss Bomb sempena musim Krismas ini iaitu ‘Glossy Pose: Holo’daze Edition’. Antaranya kit edisi terhad yang mengandungi 4 rona berkilau ini iaitu Cake Shake, Baby Brut, Taffy Tease dan Ruby Milk.
Produk Pilihan: NudeFix Cream Concealer (RM137)
Sentiasa pastikan kanvas kulit anda dalam keadaan photo-ready! Samarkan saja bayang gelap, jeragat atau bintik-bintik merah dengan penyamar cela terbaharu NudeFix. Ia dirumus dengan bahan semula jadi, ringan dan tersedia dalam pilihan 13 rona berpigmen tinggi untuk kemasan ‘you-but-better!’
(5) Tubuh Wangi Menggebu
Produk Pilihan: Lush Christmas Bathtime Favorites
Selain wajah, manjakan tubuh badan anda dengan produk mandian Lush. Sempena kedatangan musim percutian Krismas nanti, dapatkan set hadiah dengan pilihan sabun, skrub, bath bomb, bubble bar atau shower gel yang wangi serta menggembirakan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata wanita yang bekerjaya, sibuk menguruskan keluarga dan rumah tangga tak boleh kekal aktif, fit dan bertenaga? Boleh tau! Cuma anda perlu tau cara yang tepat je untuk melakukannya.
Ini ada beberapa tip daripada personaliti tv dan pengacara popular, Dayah Bakar tentang bagaimana dia mengekalkan rutin gaya hidup sihat yang dijadikan amalan.
Menurut Dayah, tidak kira apa jua tujuan kita bersenam, samada untuk mengamalkan gaya hidup sihat, menurutkan berat badan, menaikkan keyakinan diri dan sebagainya, kita semua sentiasa mempunyai peluang untuk berubah ke arah lebih baik.
“Setiap hari adalah peluang untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik. Samada kita meraih peluang itu atau biarkan ia terlepas begitu sahaja. Raikanlah, walaupun kemenangan yang kecil setiap hari! ❤
Menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya, Dayah menekankan agar mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat untuk tidak terlalu memaksa diri melakukan senaman berat.
Senaman yang dilakukan mestilah bertepatan dengan keupayaan diri masing-masing serta tahap kesihatan badan anda.
“Assalamualaikum, hi semua, okay Dayah cuma nak kongsi, untuk seminggu dua ni, dah tak berapa sihat sepenuhnya.
“Dengar suara dayah sekarang, suara pun tersumbat.. haaa.. my point is, bila kita rasa badan tak sedap ni, Dayah just nak pesan, you should know your body and take one step at a time.
“Jangan terlalu memaksa diri dan tahu bila nak bagi badan berehat dan pastikan semuanya seimbangan. Walaupun kadang-kadang susah nak cari keseimbangan tu,” kata Dayah.
Selain itu, Dayah mengesyorkan agar para hijabi mengenali diri sendiri dan jenis tubuh badan mereka terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu senaman untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Jelasnya lagi, adalah penting bagi seseorang untuk mencari jalan agar sentiasa merasa baik tentang diri sendiri. Tak kira secara mental atau fizikal kerana kedua-duanya penting.
“Know your body and make sure you guys take care of yourself. Because working out is also former self love, so do it for you!” Ujarnya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.