Solekan Juga Ikut Usia. Perlu Pandai Pilih Warna Untuk Tampil Fabulous!

Kecantikan seorang wanita tak hanya terhenti pada tahap umur tertentu. Keseluruhan hidupnya menjadi perhatian suami, keluarga dan teman. Jadi, biarpun usia meningkat, anda perlu tampil cantik ok!

Regimen penjagaan kulit dan tona solekan semakin berubah mengikut usia. Bukan bermakna pabila usia cecah 40’an, anda perlu tampil hanya dengan wajah polos dan kulit bibir kering dan pucat! Cara solekan akan berubah anda menjadi semakin tua atau semakin muda. Jom perhatikan satu per satu:

Primer

Jadikan primer sebagai teman baik anda. Primer wajah yang baik akan memenuhi ruang kedut pada wajah, menutup garis halus, menjadikan liang roma semakin kecil dan memperbetulkan kompleksi wajah.

Gincu bibir

Gincu bibir boleh menentukan usia anda. Pilih gincu yang mempunyai tona warna satu atau dua tahap lebih gelap dari warna bibir. Elakkan gincu matte kerana ia menutup garisan bibir. Apa kata cuba gincu bibir berkrim atau pengilat bibir.

Pengilat bibir bukan sahaja memberi ilusi lebih muda tetapi menjadikan bibir lebih mungil.

Pemerah pipi

Teruskan menggunakan pemerah pipi berkrim. Kulit tua biasanya kulit kering jadi pemerah pipi berkrim tidak mampu menyelesaikan masalah garisan halus dan kedut pada wajah . Produk berkrim cenderung ‘memejalkan kulit anda.

Penggaris mata

  • Penggaris mata membantu menonjolkan mata. Menggaris mata boleh menjadikan ia lebih galak. Melukis penggaris mata pada bahagian atas mata membuatkan bulu mata anda lebih cantik manakala garisan bawah mata member efek lebih kemas.

Tip untuk anda: Gunakan penggaris mata berona lebih gelap pada bahagian atas mata manakala penggaris mata lebih cerah pada bahagian bawah.

Selain itu, perhatikan juga:

Teliti perubahan kulit

  • Tentukan sama ada kulit anda memerlukan kelembapan atau tak. Pilih palet solekan yang sesuai dengan kulit.
  • Pilih bedak asas yang berbeza. Tak mungkin kulit anda hanya sesuai dengan satu tona warna sejak tiga dekad lalu kan?
  • Cuba solekan yang lebih sofistikated dan sesuai dengan kulit serta personaliti anda. Pastikan anda jangan over confident pula dengan solekan garang atau berwarna-warni pada usia 40’an ni.

Kontur

  • Tip kontur ini akan menjadikan anda jauh lebih muda dari usia. Hanya dengan menggunakan bedak kompak dua atau tiga tahap lebih gelap dari kulit wajah, sapukan ia secara ringan pada bahagian garis rahang, garis anak rambut dan dahi.
  • Cara ini akan membentuk kedalaman palsu atau false
    depth pada wajah, dan paling penting ia memberi penegasan pada kawasan wajah yang lebih cerah.
  • TIDAK PERLU melakukan pembedahan, hanya perlu bijak menggunakan gaya solekan.

 

Pencuci wajah anti penuaan

Terimalah hakikat bahawa usia kita semakin meningkat. Tetapi, dengan cara penjagaan yang betul, anda boleh mengurangkan penglihatan wajah dalam soal usia.

  • Guna pencuci wajah anti penuaan kaya nutrien kerana regim anti penuaan bermula dengan pemilihan pencuci yang betul, sama ada semakin mengeringkan atau melembap kulit.
  • JANGAN GUNAKAN produk pencuci wajah yang mengandungi bahan-bahan seperti minyak mineral atau petrolatum kerana ia bertindak seperti pembalut plastik pada kulit.
  • JANGAN biarkan kulit mengeluarkan toksin atau menyerap nutrien. Ia akan melemaskan kulit.

Pewarna rambut

  • Kurangkan uban rambut dengan mencari belahan yang sesuai pada wajah. Warnakan rambut untuk menutupi uban.
  • Gunakan warna-warna yang natural dan tidak terlalu menonjol.
  • Jangan tunggu sehingga terlalu panjang. Anda akan dapati rambut berhenti memanjang pada kepanjangan tertentu sebagai tanda peringkat pertumbuhan telah perlahan.
  • Atau, lebih sesuai sekiranya anda memilih potongan rambut pendek. Pendandan rambut yang baik akan mencari stail rambut yang sesuai dengan gaya anda.

Biarkan kening menebal

Warnakannya untuk menutup rambut putih yang ada. JANGAN cabut bulu kening kerana anda akan memusnahkan folikel yang mana boleh menyebabkan terdapat jarak di antara bulu kening, di mana ada bulu kening yang tidak tumbuh.

Gunakan krim malam yang kaya dengan nutrien

Pada usia 40’an, fiber kolagen mengental, memberi kesan kedut pada wajah. Kuncinya..gunakan rose oil, minyak jojoba dan AHA semula jadi untuk mengurangkan sel kulit mati yang menyebabkan wajah kusam dan kelabu.

Buang mindset “hanya pembedahan plastik boleh memberikan kecantikan yang saya inginkan!”

Minum air suam dan teh hijau

  • Ia membolehkan peredaran darah yang baik dan kulit lembut.
  • Masukkan facial menggunakan bahan semula jadi ke dalam regim kecantikan anda kerana sesekali kulit wajah perlu dibelai dan diberi nutrisi yang lebih teliti.

Bersihkan hati

  • Ini akan membuatkan penglihatan anda lebih jelas dan meningkatkan metabolism
  • ELAKKAN produk tenusu, gandum atau gula selama lima hari. Gantikannya dengan menikmati sayur-sayuran hijau. Ia adalah cara mudah untuk membersihkan hati anda.

 

 

 

 

 

 

IKLAN
Share