Bagi peminat fesyen anda pasti biasa dengan nama bag seperti Basta, Ribag, dan juga Sofina. Ini adalah rekaan beg kolaborasi bersama individu dan juga pereka fesyen terkenal seperti Vivy Yusof, Alia Bastamam dan Rizalman. Terbaru, jenama ini telah mengeluarkan koleksi ‘Iconic Essential’ yang merangkumi 8 rekaan di dalam satu koleksi.

IKLAN

Sometime By Asian Designers Memperkenalkan Koleksi  ‘Iconic Essential’. Rekaan Ikonik Buat Penggemar Fesyen.

Rekaan yang menarik perhatian penulis semestinya beg satchel yang dikenali dengan nama Esatch L yang cukup inovatif dan memiliki ruangan dalam yang luas bagi mengisi barangan peribadi seperti laptop dan juga fail-fail kerja. Terdapat sembilan warna yang ditawarkan untuk setiap satu rekaan bagi memberikan pilihan yang luas.

IKLAN
Sometime By Asian Designers Memperkenalkan Koleksi  ‘Iconic Essential’. Rekaan Ikonik Buat Penggemar Fesyen.
Antara Rekaan Dalam Koleksi Ini

Material yang digunakan untuk menghasilkan setiap item dalam koleksi ini adalah kulit sintetik premium yang mana ia merupakan gabungan kulit sintetik berkualiti tinggi dan mikrofiber.

IKLAN

Sementara ketahanan beg ini bergantung kepada bagaimana cara penggunaannya, Sometime by Asian Designers amat yakin dan sekurang-kurangnya material baru ini mampu menyamai dan bertahan ataupun lebih baik dari meterial kulit asli. Material ini juga akan digunakan dalam penghasilan beg jenama ini untuk masa akan datang. Fiezreen Ahmad

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI