Korea Selatan sememangnya terkenal dengan selebriti-selebriti cantik dan tampan yang menjadi ‘kegilaan’ para peminat seluruh dunia.
Selain mempunyai jumlah pengikut yang ramai di akaun media sosial, selebriti Korea khususnya wanita paling ramai diperkatakan di kalangan peminat antarabangsa.
Selain bakat, mereka turut dikagumi kerana memiliki penampilan yang menarik. Kenali 5 selebriti Korea paling cantik pilihan peminat antarabangsa.
BAE SUZY
Penyanyi ini sememangnya menjadi tumpuan ramai kerana kerjayanya yang cemerlang. Selepas popular dengan Miss A, dia mengambil keputusan untuk menceburi dunia lakonan.
Kini, Bae Suzy antara artis paling popular di Korea Selatan. Dia juga dinobatkan sebagai artis tercantik Korea oleh peminat antarabangsa. Ini dilihat daripada banyak jenama yang membawanya sebagai model.
Jumlah pengikutnya di Instagram mencecah 18.1 juta pengikut. Suzy juga telah membintangi banyak drama dan filem. Lakonan hebatnya dalam siri Coupang Play Anna membuahkan hasil apabila berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Ads
SONG HYE KYO
Song Hye Kyo juga antara artis paling cantik berwajah kecil molek serta memiliki aura anggun yang tersendiri.
Bukan sahaja disenangi peminat, rakan artis serta pekerja di sebalik skrin filem turut kagum dengan wanita kelahiran 1981 ini. Ketika ini, Song Hye Kyo antara selebriti berpengaruh yang menjadi duta jenama mewah seperti Chaumet dan Fendi.
LEE SUNG KYUNG
Bintang drama Dr. Romantik ini juga mempunyai peminat yang ramai di luar negara. Tidak hairanlah, dia menjadi antara selebriti paling cantik. Ruangan komen Instagram Lee Sung Kyung sering dihujani pujian daripada peminat dan pengikutnya.
Ads
Selain bergelar selebriti, Lee Sung Kyung juga model terlaris dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Lee Sung Kyung turut dilantik sebagai duta jenama mewah. Kini, pelakon drama Weightlifting Fairy Kim Bok-joo ini menjadi wajah utama bagi jenama Shiseido.
PARK SHIN HYE
Tak dinafikan, aura pesona selebriti yang terkenal dengan gelaran Nation’s Littler Sister ini terserlah setiap kali kemunculan semula termasuk selepas melahirkan anak pertamanya dahulu.
Selain berjaya menarik perhatian 14.6 juta pengikut di Instagram, Park Shin Hye juga artis paling laris dengan drama dan filem popular.
Ads
Beberapa drama popular Shin Hye ialah The Heirs, Pinocchio, Doctors, dan Memories of The Alhambra. Selain itu, dia turut membintangi filem Miracle in Cell No 7, My Annoying Brother, #Alive, dan The Call.
HAN SO HEE
Namanya semakin meletop selepas menjadi model MV untuk lagu baharu Junkook BTS berjudul Seven.
Han So Hee mempunyai 14.1 juta pengikut di Instagram. Dia juga merupakan duta Global Korea untuk jenama mewah, Boucheron.
Han So Hee pernah membintangi beberapa drama popular antaranya 100 Days My Prince, The World of the Married, dan Nevertheless.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah gatal kulit kepala mungkin kelihatan biasa terutama apabila kepala berpeluh atau tertutup terlalu lama. Apabila kulit kepala gatal jalan yang paling mudah adalah menggaru di bahagian yang gatal tersebut. Namun, bagaimana pula akibat menggaru tersebut menyebabkan kulit kepala tercabut sehingga merah-merah dan sedikit berdarah. Lantas apabila mandi dan bersyampu kulit kepala menjadi pedih.
Tabiat menggaru kulit kepala dengan kuku sebaik-baiknya dihentikan lebih-lebih lagi menggunakan kuku. Perbuatan ini boleh menyebabkan kuman merebak ke bahagian lain. Bagi bahagian yang sudah merah dan berdarah, anda boleh sapu sedikit gel seperti aloe vera atau topeng kulit kepala supaya ia sembuh dengan lebih cepat.
Sementara itu, anda perlu tukar syampu kepada jenis syampu yang kurang sensitif dan sesuai dengan jenis kulit kepala. Cuci rambut setiap hari dan gosok kulit kepala dengan jari tetapi bukan dengan kuku seperti menggaru. Apabila luka menjadi kering baru boleh pakai produk seperti krim atau gel pada rambut.
Masa itu anda boleh buat rawatan topeng yang khas untuk kulit kepala dan memakai pati herba di kulit kepala bagi membasmi kuman. Bagi mengelakkan masalah ini terjadi lagi, anda mesti mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan protein dan mineral seperti susu, telur, keju, daging, ikan, sayur hijau, kekacang dan buah-buahan.
Amalkan pemakanan anda mengikut piramid makanan dengan banyak mengambil sayur dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan makanan goreng, makanan ringan, makanan segera dan minuman ringan kerana ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi lagi sensitif.
Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Jauhi gaya hidup buruk seperti tidur lewat, kurang bersenam dan merokok. Sebab semua tabiat ini boleh memburukkan keadaan anda sekarang. Apa yang penting, kunjungi pusat rawatan rambut untuk membuat analisa jika masalah bertambah serius.
Manakala rasa gatal boleh terjadi apabila kulit kepala menjadi kering. Kulit kepala kering menjadi salah satu punca kenapa terbitnya berkelemumur. Jadi anda perlu tukar syampu terlebih dahulu. Pilih syampu yang sesuai untuk kulit kepala kering. Cuci rambut setiap hari supaya boleh menghilangkan kelemumur.
Anda boleh membuat rawatan khas untuk melembapkan dan memperbaiki kulit kepala seperti memakai topeng pada kulit kepala. Pemakanan manis, produk tenusu, pedas dan goreng perlu dielakkan untuk mengelakkan kelemumur.
Makanan laut seperti kerang, udang, ketam, sotong dan banyak lagi sememangnya bukan sesuai untuk semua orang. Kadang kala ia akan menyebabkan alergi seperti gatal, merah, bengkak, bernanah dan mungkin juga berdarah. Walaupun makanan laut sedap dimakan, tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan alahan dan kandungan kolesterol juga tinggi.
Maka untuk menangani semua masalah ini, pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan amat diperlukan. Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Jika anda seorang yang mudah stres, anda perlu menanganinya dengan baik. Kunjungi pusat rawatan rambut sekiranya masalah gatal dan berkelemumur menjadi serius.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sudah tentu banyak dihabiskan di hadapan skrin televisyen, komputer dan gajet bukan? Tidak kira sama ada dewasa atau kanak-kanak, situasi yang sama dihadapi apatah lagi kebanyakan bekerja dari rumah serta kanak-kanak menyiapkan tugasan sekolah dari rumah.
Bekerja dari rumah sebenarnya membuatkan anda lebih kerap menghadap skrin berbanding ketika di pejabat.
Namun, berapa ramai yang prihatin tentang soal penjagaan mata selepas seharian menghadap skrin? Inilah realiti apabila bekerja dari rumah dengan kekerapan menghadap skrin dengan lebih banyak berbanding keadaan biasa.
Mata merupakan pancaindera istimewa ciptaan illahi
Mata merupakan organ yang mempunyai keistimewaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Melalui mata, seseorang individu dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah dan sudah sewajarnya deria istimewa ini memerlukan perhatian yang sebaiknya.
Mata sememangnya antara organ kompleks yang cukup besar maknanya kepada setiap manusia. Sejak berzaman, kita mendengar orang menyebut kata indah iaitu ‘dari mata turun ke hati’. Walaupun mata cukup penting, namun ramai yang terlupa beberapa perkara sensitif berkait mata apatah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, mata terlalu terdedah di skrin komputer, kaca televisyen dan gajet.
Pakar Oftalmologi (MATA) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Dr Maimunah Abdul Muna’aim
NONA mendapatkan pandangan dari Pakar Oftalmologi (MATA) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Dr Maimunah Abdul Muna’aim mengenai tip penjagaan mata yang sering kali diabaikan oleh golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak .Dr Maimunah berkongsi tip berguna ini untuk dijadikan panduan.
KEBAIKAN TEKNIK SENAMAN MATA
Senaman mata dapat membantu menguatkan lagi otot-otot mata secara langsungnya akan membantu meningkatkan daya fokus dan penglihatan
TEKNIK 1-KERDIPAN MATA
Latihan kerdipan mata – untuk mengurangkan keletihan mata
Apa yang anda perlu lakukan?
menutup mata rapat selama 3-4 saat.
Seterusnya buka mata anda selama 3-4 saat semula.
Ulang latihan ini selama 7-8 kali setiap kali anda mengalami keletihan mata ketika menggunakan komputer.
TEKNIK 2- TEKNIK ANGKA LAPAN
Bayangkan terdapat nombor lapan gergasi pada jarak 3m di hadapan kita
Secara perlahan-lahan, cuba anda ikuti lakaran bayangan angka lapan tersebut
Lakukan latihan ini pada satu arah untuk beberapa mini (3-5minit) sebelum menukar kepada arah yang bertentangan untuk beberapa minit (3-5minit) juga.
TEKNIK 3- ‘PALMING’
‘Palming’- teknik menekup mata :Pastikan anda duduk dengan selesa di hadapan meja dengan siku di atas meja
Letakkan tengah tapak tangan anda menutupi mata sepenuhnya,
Pastikan mata anda dapat berkedip tanpa gangguan dan halangan di bawah telapak tangan serta tidak menekan mata dengan kuat.
Biarkan dalam keadaan begini untuk beberapa minit (3-5 minit).
Teknik 4: Penumpuan dekat dan jauh
Pegang objek pada jarak 10cm
Pandang objek selama 2-3 saat
Alihkan pandangan pada objek 6m di hadapan
Ulang latihan ini sekurang-kurangnya 10 kali
TEKNIK 5- ZOOMING
Regangkan tangan sejauh yang boleh dengan tangan digenggam dan ibu jari
Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibu jari
Bawa ibu jari anda secara perlahan-lahan menghampiri mata
Perlahan-lahan gerakkan tangan anda menjauhi mata anda sejauh yang mungkin dan tangan meregang ke sisi.
Semoga ilmu yang dikongsikan oleh Pakar Oftamologi ini memberikan manfaat bersama. Ayuh mula memberi perhatian terhadap penjagaan pancaindera yang istimewa ini!
Foto: Pixabay
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari seorang ‘influencer’ yang memiliki lebih 100 ribu pengikut di laman Instagram, Qasrina Karim kini melebarkan sayap kariernya dalam dunia lakonan. Kejayaan lakonannya dalam filem Kongsi Raya hasil arahan Teddy Chin membuka jalan luas untuknya melakar kejayaan buat diari seninya sendiri.
Qasrina yang memiliki segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia ternyata bukan sahaja memiliki gaya fesyen menarik yang seringkali menjadi rujukan kaum hawa terutamanya yang memakai hijab untuk tampil bergaya, malah bintang yang kian menyerlah ini memiliki aura kecantikan yang sempurna.
Menurut Qasrina yang ditemubual di acara pelancaran kosmetik Wardah juga merupakan duta bagi jenama ini berkongsi antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari.
Sumber air amat penting untuk memastikan tubuh badan saya sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Malah, ia juga memberi kebaikan kepada kulit wajah.
Jadi saya seringkali minum sekurang-kurangnya dua liter air atau satu liter botol besar. Bagi aspek pemakanan pula, saya tidak minum susu kerana ia boleh menyebabkan wajah saya berjerawat
Menurut Qasrina juga, dia hanya minum susu jenis oat dan juga kacang almond untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Di samping itu juga, Qasrina akan memastikan waktu tidurnya dijaga dengan baik untuk memberi tenaga pada keesokakan harinya.
Sama juga seperti orang lain, bagi saya, waktu tidur amat penting. Saya perlukan selama enam hingga tujuh jam untuk memastikan tubuh badan saya berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Bukan itu sahaja, malah untuk memberi tubuh badan saya lebih bertenaga, saya menjadikan senaman badminton atau berlari sebagai aktiviti senaman yang memberi banyak kebaikan pada diri
Wajah Qasrina juga seringkali disamakan dengan dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.