SPA SRISARI Di Shah Alam Tampil Unik, Pamer Barangan Antik Kembalikan Nostalgia!

Pernahkah terdetik di fikiran rasa bosan setiap kali melangkah ke spa, pastinya konsep Bali menjadi pilihan. Tidak dinafikan berada di spa cantik penuh dengan elemen Bali memberi elemen ketenangan yang dicari. Namun berada di spa seperti melangkah masuk ke kedai antik pastinya sesuatu yang janggal dan membuatkan pengunjung menoleh beberapa kali untuk memastikan bahawa adakah ia merupakan sebuah spa, bukanlah kedai menjual barangan antik?

Itulah keistimewaan yang boleh dirasai apabila berkunjung ke Spa Srisari yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Terlupa seketika bahawa ia adalah sebuah spa. Inilah kelainan yang cuba ditampilkan pemiliknya, Nurhaniza Abdullah Amri. Baginya idea menghasilkan sebuah spa dengan dekorasi berupa koleksi barang antik adalah bagi mengingatkan memori dan nostalgia zaman dulu, lebih-lebih ketika bersama keluarga tersayang.

Spa Srisari yang dibuka sejak tahun 2015 ini menghimpunkan koleksi barang-barang lama yang terdiri daripada barangan sekitar era 40an hinggalah 70an.

Kesemua koleksi ini dihimpunkan olehnya dan suami sejak tiga tahun lalu. Antara koleksi yang terdapat di sini adalah seperti beg tangan, pinggan mangkuk bermotif bunga kangkung dan bunga padi, talam, lampu dan pelita lama, radio serta bermacam produk yang mengusik jiwa.

Antara produk-produk yang terdapat di sini seperti rangkaian tin susu lama seperti Dumex, Lactogen, Dutch Baby, Nestum, Overtine, Milo, Planta, Breeze juga tidak ketinggalan produk penjagaan wajah, Zaitun dan Hazeline Snow, yang suatu ketika dahulu cukup popular di kalangan kita.

Spa yang berlabel dibawah syarikat SriSari Herbs ini pada mulanya hanya memperkenalkan rangkaian produk spa mereka yang juga diberi nama SriSari Herbs. Namun selepas empat tahun mengeluarkan produk ini, barulah keyakinan timbul untuk menawarkan perkhidmatan spa kepada pelanggan mereka.

Antara pakej rawatan yang turut menjadi pilihan pelanggan tetapnya adalah seperti Pakej Cempaka, Pakej Qaseh, Pakej Laila, Pakej Alia, Pakej Tiara, Dahlia dan banyak lagi.  Sehingga kini, Spa Srisari mempunyai rangkaian produk yang cukup mantap dan hebat dibawah jenama SriSari Herbs sendiri. Antara produknya terdiri daripada Milky Coconut Body Scrub atau scrub kelapa yang telah lama dulu diperkenalkan.

Selain itu, produk skrub badan, SriSari Herbs Rice Scrub, mempunyai lima jenis citarasa. Ia terdiri daripada skrub manggis, kopi, teh hijau, halia juga coklat. SriSari Herbs turut mengeluarkan minyak aromaterapi yang terdiri daripada Minyak 7 Aura Bunga, Minyak Harum Sedap Malam juga Minyak Daun Bidara.

Tidak hanya disitu, lima sabun muka dengan pelbagai bahan wajar anda cuba. Ia terdiri daripada Sabun Manggis, Sabun Peppermint, Sabun Coklat, Sabun Skrub Kopi dan Sabun Tomato Sengkuang. SriSari Herbs juga tidak ketinggalan mengeluarkan sabun khas untuk miss v, iaitu Sabun Manjakani yang cukup hebat khasiatnya. Bukan hanya sabun, malah kesemua produk ini didatangkan pada harga yang cukup berbaloi.

IKLAN
Share