SRK Hadir Ke Majlis Hari Jadi SALMAN KHAN, Ramai Teruja Lihat Keakraban 2 Aktor Legenda “Ini Baru Betul Brotherhood..”

Hubungan persahabatan dua pelakon Bollywood termasyhur, iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan sememangnya diketahui ramai. Kedua-dua mereka mula berkawan rapat selepas membintangi filem blockbuster Karan Arjun pada 1995, malah mereka pernah berkongsi skrin dalam filem Har Dil Jo Pyar Karega dan Om Shanti Om.

Walaupun persahabatan mereka sering mengalami pasang surutnya, kes Aryan Khan baru-baru ini bagaimanapun telah membawa mereka dan keluarga masing-masing menjadi semakin rapat lebih dari dulu.

Memetik laporan India Today, Salman Khan dikatakan adalah selebriti pertama yang melawat rumah Shah Rukh Khan selepas penahanan anaknya itu.

Dan semalam, bersempena hari ulang tahun kelahiran yang ke 57, Shah Rukh Khan turut hadir memenuhi jemputan majlis yang diadakan di rumah Salman.

Menerusi video dan gambar yang tular, terserlah kemesraan kedua-dua aktor hebat itu yang saling berpelukan beberapa kali ketika Salman menghantar Shah Rukh Khan pulang menaiki kereta mewahnya.

Rata-rata ramai yang teruja dengan persahabatan dan ‘brotherhood’ yang ditonjolkan oleh kedua-duanya dan memuji sikap rendah diri masing-masing walaupun mereka berdua kekal bersaing secara sihat dalam pentas filem Bollywood.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share