Hubungan persahabatan dua pelakon Bollywood termasyhur, iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan sememangnya diketahui ramai. Kedua-dua mereka mula berkawan rapat selepas membintangi filem blockbuster Karan Arjun pada 1995, malah mereka pernah berkongsi skrin dalam filem Har Dil Jo Pyar Karega dan Om Shanti Om.
Walaupun persahabatan mereka sering mengalami pasang surutnya, kes Aryan Khan baru-baru ini bagaimanapun telah membawa mereka dan keluarga masing-masing menjadi semakin rapat lebih dari dulu.
Memetik laporan India Today, Salman Khan dikatakan adalah selebriti pertama yang melawat rumah Shah Rukh Khan selepas penahanan anaknya itu.
Ads
Dan semalam, bersempena hari ulang tahun kelahiran yang ke 57, Shah Rukh Khan turut hadir memenuhi jemputan majlis yang diadakan di rumah Salman.
Ads
Menerusi video dan gambar yang tular, terserlah kemesraan kedua-dua aktor hebat itu yang saling berpelukan beberapa kali ketika Salman menghantar Shah Rukh Khan pulang menaiki kereta mewahnya.
Ads
Rata-rata ramai yang teruja dengan persahabatan dan ‘brotherhood’ yang ditonjolkan oleh kedua-duanya dan memuji sikap rendah diri masing-masing walaupun mereka berdua kekal bersaing secara sihat dalam pentas filem Bollywood.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkhabaran gembira Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei ini bukan hanya mendapat perhatian rakyat negara Brunei bahkan rakyat Malaysia juga teruja mengetahui kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen ini akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Difahamkan, Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah mula diadakan pada 16 Januari nanti.
Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah yang kini berusia 36 tahun merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam. Beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan iaitu Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Memetik pengumuman di Instagram rasmi Brunei Royal Family, majlis istiadat itu akan berlangsung mulai 16 Januari hingga 25 Januari 2022.
“Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara memaklumkan, bahawa insyaaAllah dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Istiadat Perkahwinan Diraja bagi paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Majlis-majlis bagi Istiadat Perkahwinan Diraja ini akan dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang akan diadakan pada Ahad, 13 Jamadilakhir 1443 bersamaan 16 Januari 2022, diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga, yang akan diadakan pada Isnin, 14 Jamadilakhir 1443 bersamaan 17 Januari 2022.
Sementara itu, Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja akan diadakan, pada Selasa, 15 Jamadilakhir 1443 bersamaan 18 Januari 2022.
Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja akan diadakan, pada Rabu malam Khamis, 17 Jamadilakhir 1443 bersamaan 19 Januari 2022. Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja akan diadakan, pada Khamis, 17 Jamadilakhir 1443 bersamaan 20 Januari 2022.
Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan diadakan, pada Ahad, 20 Jamadilakhir 1443 bersamaan 23 Januari 2022.
Majlis Persantapan Diraja akan diadakan, pada Isnin malam Selasa, 22 Jamadilakhir 1443 bersamaan 24 Januari 2022 juga Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga akan diadakan, pada Selasa, 22 Jamadilakhir 1443 bersamaan 25 Januari 2022.”
Semoga perkahwinan diraja Brunei ini dipermudahkan dan berjalan lancar.
Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali Mizz Nina atau nama sebenarnya, Syazrina Azman, seorang yang dahulunya penyanyi dan kini merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang cukup aktif. Baru-baru ini, Mizz Nina berkongsi rasa rasa keterujaannya meraikan ulang tahun perkahwinan ibubapanya, Tan Sri Azman Hashim dan YM Tunku Arishah Tunku Maamor yang ke-60.
Menerusi hantaran di Instagram tersebut, Mizz Nina dilihat berkongsikan foto ibu dan bapanya yang sedang memotong kek ulang tahun perkahwinan. Malah Mizz Nina sempat menitipkan ucapan istimewa meraikan usia perkahwinan kedua-dua insan yang cukup disayanginya yang memasuki tahun ke 60 malam tadi.
“Alhamdulillah kami meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya beberapa hari yang lalu, saya tak pasti jika saya harus post pasal ini, tetapi saya rasa ia terlalu istimewa untuk tidak berbuat demikian 🙈.
“60 tahun cinta dan perkahwinan adalah anugerah yang ajaib dan indah dari Allah, apabila saya renungkan, ia memerlukan banyak keimanan, keberanian, kasih sayang, kesabaran, pengorbanan, sentiasa fikirkan yang manis-manis & kerja berpasukan untuk melaluinya.”- tulis Mizz Nina.
Mengakui dirinya turut diduga dengan cabaran dalam soal perkahwinan, Mizz Nina menjelaskan dirinya bukanlah seorang yang pakar dalam perkahwinan, namun Mizz Nina menyatakan jika seseorang itu telah ditakdirkan untuk anda, seperti yang dirancang oleh Allah, dia pasti sentiasa ditakdirkan untuk anda.
Untuk rekap, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, dan Mizz Nina mengesahkan sudah bercerai sekitar Ogos tahun lepas.
Noh, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37 dan Mizz Nina, 43 mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Mereka turut mempunyai anak angkat sekitar April lalu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, comel pula tengok gelagat Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 di antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari lalu.
Cukup fokus menonton persembahan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penuh debaran itu, reaksi YB Hannah yang bersorak kegembiraan sebaik gol dijaringkan nyata mencuit hati peminat bola sepak.
Dalam perlawanan itu, Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir dengan bergaya apabila menewaskan skuad Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B.
Skuad Harimau Malaya yang perlu menang untuk mara ke peringkat empat terbaik jelas tidak menghampakan lebih 65,000 penyokong setianya dengan mempamerkan persembahan bertenaga dan menghiburkan.
Teruja dengan kemenangan tersebut, YB Hannah menerusi media sosial miliknya memuji kesungguhan pasukan bola sepak negara. Malah, mengakui perlawanan itu membuatkan dirinya tidak keruan.
“Bersama 65,147 penyokong Harimau Malaya yang hadir menyokong pasukan negara Malaysia melawan Singapore. Kehadiran dan sokongan yang padu!
Congratulations FAM and FA Singapore for a great match. Saya tak boleh tidur malam ini kerana terlalu gembira. I came, I jumped and I cheered!”
Memang tak keruan dibuatnya apatah lagi stadium dengan kapasiti 87,411 itu gempita dengan sorakan penyokong seperti guruh apabila empat kali gawang Singapura dibolosi anak buah Kim Pan Gon.
Sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dilihat komited melaksanakan tugas.
Bahkan ibu dua cahaya mata ini turut meluangkan masa bertemu atlet seperti Datuk Azizulhasni Awang dan bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin dalam usaha memperkasa lagi industri sukan tanah air.
Moga terus maju jaya diucapkan kepada YB Hannah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Siapa sangka, kanak-kanak kecil yang dahulu main badminton di kilang tempat ibu bapanya bekerja kini merupakan pemain badminton wanita yang menghuni ranking ketujuh dunia! Ratchanok Intanon bukan hanya menjadi kebanggaan rakyat Thailand malah bakat sebagai jaguh badminton meraih perhatian peminat sukan antarabangsa.