Gaya Hidup

#stayathomechallenge HIAS Rumah Bak HOTEL LIMA BINTANG, Doktor WANITA Ini Kongsi Idea Susun Atur Perabot

Cantiknya rumah Doktor Fara Izzati! Sungguh eksklusif dan mewah. Pilihan perabot sangat ‘kena’ dengan tema. Dr Fara share yang tak semua barangan rumah dibeli sekaligus. Ada tips yang beliau kongsi supaya rumah idaman ini boleh anda realisasikan sendiri.

Menurut Doktor Fara Izzati Yusoff, rumah mewah jenis kluster di sebuah kawasan elit di Johor Bahru ini dimiliki dan disusun atur bukan sekaligus.

“Saya dan suami beli rumah ni kerana kami ditawarkan harga yang begitu baik dari pemaju. Zero down payment, free legal fees,

diskaun untuk Bumiputera, rebat tunai, free 1 year maintenance fee dan baucar IKEA yang membolehkan saya mendekorasi rumah!” katanya.

 

Bila melihat dekorasi rumah mewah ini juga, Dr. Fara banyak berkongsi tips untuk berbelanja dengan lebih bijak.

“Saya tak banyak menabung, tapi we had a really good deals. Dengan rebat tunai, kami belanjakan untuk renovasi rumah. Duit simpanan lama dan hasil dari locum di klinik saya gunakan untuk membeli barangan dekorasi dan perabot.” katanya.

 

Dalam perkongsian di Instagramnya juga beliau tidak lokek dengan tips membeli barangan perabot mewah tetapi pada harga berpatutan.

 

Begitu juga beliau berkongsi tips untuk dekorasi rumah. Walaupun beliau seorang doktor, tetapi taste dalam dekorasi ada class tersendiri!

 

Memang tak puas tatap foto-foto kediaman milik Dr. Fara. Mungkin ada tips dan idea ini boleh anda gunakan untuk kediaman anda!

Tip untuk dekorasi rumah dengan anak kecil

“Paling susah nak maintain dekorasi rumah bila anak-anak masih kecil. Untuk anak saya yang berusia 5 tahun, memang tak ada masalah tetapi adiknya baru setahun lebih. Jadi, saya akan bawa si kecil ke tingkat 2 di mana tiada dekorasi barangan mudah pecah.

Walau apa pun, kids will be kids. Jika kita ajar mereka sedikit demi sedikit apa yang boleh dan apa yang tidak, mereka pasti akan tahu apa yang boleh di bawa bermain dan apa yang tidak!”ujar Dr Fara.

Kredit foto: IG Dr Farah Izzati

IKLAN
Share