
Tahniah buat selebriti Nur Heliza Helmi yang kini bergiat aktif bergelar usahawan berjaya. Pernah mengeluarkan koleksi busana sebelum ini dan seleksi hijab indah dari label HelizaGuzelhive, 7 Disember lalu menjadi detik bermakna bagi Heliza apabila koleksi terbaru dan eksklusif Stella Collection dilancarkan secara rasmi.

Mengetengahkan rona pastel lembut seperti merah jambu dan lilac, istimewanya koleksi ini kerana menampilkan motif corak bunga-bungaan yang cukup sinonim dengan perwatakan wanita dan perincian HelizaGuzelhive rose gold charm. Didatangkan dalam dua pilihan iaitu Stella Collection Original berharga RM79 dan Stella Collection Crystal yang dihiasi dengan taburan kristal Swarovski bernilai RM139, koleksi ini nyata sesuai digayakan dalam apa jua keadaan, kasual mahupun formal.
https://www.instagram.com/p/Bcjhsn5BKb-/?hl=en&taken-by=helizaguzelhive
Sudah setahun menembusi pasaran muslimah negara, HelizaGuzelhive telah menghasilkan pelbagai koleksi hijab dan selendang menarik kepada para hijabi. Salah satu koleksi yang digemari ramai adalah Lubna Basic. Selain mementingkan soal kualiti dan material yang digunakan, setiap rekaan tudung inspirasi Heliza ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu serendah RM49.

Pelancaran Stella Collection yang bertempat di Orchid Room, Majestic Hotel Kuala Lumpur turut dihadiri rakan media dan stokis terpilih. Moga perniagaan dan kerjaya Heliza terus cemerlang dan mampu menjadi inspirasi kepada seluruh wanita. Syabas diucapkan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Alhamdulillah Safely Delivered My Baby Girl,” Bergelar Ibu Usia 39, Ainul Aishah Bersalin Anak Sulung!

Hampir dua tahun menanti zuriat, akhirnya pelakon cantik Ainul Aishah selamat bersalin anak sulung. Berita kelahiran cahaya mata selebriti ini dikongsikan Ainul di media sosial miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun memanjat kesyukuran atas kurniaan anugerah terindah ini.



“Assalamualaikum my dear friends, family and followers. Alhamdulillah I have safely delivered my baby girl today 29 May 2024 at 12.46 pm.”
Ainul dalam pada itu turut memuat naik gambar dirinya selepas bersalin di Instastory. Walau kelihatan pucat dan letih namun tetap tersenyum gembira kerana dirinya kini bergelar ibu.



Pun begitu, bintang filem Nana Tanjung berkenaan belum mendedahkan nama mahupun wajah anak tersayang kepada umum.
Pada 6 Februari lalu, Ainul mengumumkan berita kehamilannya di media sosial dan rata-rata followers serta kenalan gembira dengan khabar tersebut.



Aktres berusia 39 tahun dan berasal dari Pulau Pinang ini sah bergelar isteri ahli perniagaan iaitu Khalid Redzuan pada 18 September 2022.
Pasangan ini mula menjalin hubungan cinta sejak April 2017 dan mengikat tali pertunangan pada Mac 2022.
Artikel https://www.nona.my/ada-phd-ketua-pengajian-seni-persembahan-uitm-dr-norzizi-ikon-anak-seni-berjaya/
Ainul memulakan kariernya sebagai model sebelum berkecimpung dalam industri lakonan sekitar tahun 2006. Dia juga mengusahakan perniagaan biskut A Cookies dan membuka kedai pertama pada 1 Januari 2022.
Moga dengan kehadiran si comel ini menyerikan lagi rumah tangga Ainul dan Khalid. Didoakan juga agar Ainul dan bayi berada dalam keadaan sihat. Selamat berpantang!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Penat Itu Terasa, Tapi Allah Bagi Kekuatan Untuk Bertugas” Luahan Jururawat Ini Buat Rakyat Terharu!

Berbeza dengan sambutan sebelum ini, Hari Jururawat Sedunia 2020 pastinya mencatat sejarah baharu dalam profesion kejururawatan termasuklah di Malaysia.
Ini kerana seluruh dunia sedang berperang melawan pandemik koronavirus (Covid-19) dan golongan jururawat merupakan antara wira barisan hadapan yang menjadi ‘benteng’ untuk membendung penularan wabak penyakit pembunuh ini.
Mereka sebenarnya bukan sahaja berkorban masa, tenaga serta perasaan bahkan ramai yang terpaksa berjauhan meninggalkan anak isteri/suami serta insan-insan tersayang yang lainnya demi menunaikan tugas untuk negara.
Tuntutan tugas

“Kali terakhir saya pulang ke Perlis berjumpa isteri dan anak-anak ialah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.
Selalunya setiap minggu saya akan berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Perlis tetapi kini sudah dua bulan saya tak dapat balik bertemu keluarga kerana tuntutan tugas selain arahan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan rakyat merentas negeri kecuali atas urusan tertentu.
Hanya panggilan telefon dan video menjadi pengubat rindu… Walaupun sedih, saya perlu tabah dan kuat demi tugas dan tanggungjawab,” demikian luahan hati Mohd Erwan Juslin, Ketua Jururawat Kesihatan yang bertugas di Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya.
Mohd Erwan adalah antara ribuan petugas kesihatan barisan hadapan yang bertugas menjalankan ujian saringan Covid-19 di Pusat Kesihatan Daerah Lembah Pantai termasuk dalam bulan Ramadan ini.
Beliau yang sudah berkahwin berasal dari Beaufort Sabah. Isterinya, Zurina Hamdan yang berasal dari Perlis juga adalah seorang jururawat, kini bertugas di Unit Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Pasangan ini yang sudah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu dua orang putera dan seorang puteri berusia dua hingga 10 tahun.
Paling mencabar
Berhadapan krisis Covid-19 Mohd Erwan berkata ia adalah pengalaman paling mencabar serta menguji ketahanan mental dan fizikal sepanjang 15 tahun beliau bertugas sebagai jururawat.
“Kerinduan terhadap keluarga di samping tugas yang perlu diselesaikan. Berpanas dan berhujan, ujian saringan tetap perlu diteruskan termasuk pada bulan Ramadan memandangkan masih ada kes kluster baharu yang direkodkan.
Memakai peralatan perlindungan diri (PPE) semasa berpuasa amatlah mencabar, peluh mencurah-curah dan basah lencun! Jika bukan pada bulan puasa memakai PPE selama satu jam pun sudah kepanasan, dahaga dan bermandi peluh, apatah lagi pada bulan puasa.
Namun begitu, mungkin keberkatan bulan Ramadan, penat tu terasa tetapi Allah beri kekuatan untuk terus bertugas. Alhamdulillah setakat hari ini saringan dapat dijalankan dengan lancar. Saya juga sebenarnya turut menjalani ujian saringan kerana contact dengan pesakit yang positif namun syukur kesemua ujian yang dijalani menunjukkan saya negatif,” kata Mohd Erwan berkongsi pengalamannya dengan Bernama menerusi perbualan telefon.

Saling menyokong
Kekangan tidak boleh bertemu anak-anak serta isteri, Mohd Erwan berkata, hanya doa dan kata-kata semangat sering diucapkan bagi memberi kekuatan antara satu sama lain.
“Selain kasihan terhadap isteri kerana perlu menguruskan anak-anak sendirian, saya juga sedikit bimbang kerana Zurina secara tidak langsung turut terlibat dengan Covid-19 kerana ada pesakit Covid-19 yang diarahkan untuk melakukan rawatan dialisis.
“Saya sentiasa mengingatkannya (isteri) agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan tugas bagi mengelak dari terkena jangkitan virus. Seluruh masyarakat juga perlu sama-sama menjaga diri dan mengamalkan normal baharu seperti lebih menitikberatkan soal kebersihan diri, sentiasa mencuci tangan dan amalan penjarakkan sosial dalam membendung penularan virus ini,” katanya.
Ditanya berhubung pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri untuk berjumpa keluarga, beliau berkata, ia ibarat satu rahmat buat dirinya sekeluarga.
“Di bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri, pastinya pengumuman ini sesuatu yang amat kami nanti-nantikan,” katanya.
Kelmarin (10 Mei), dalam perutusan khas yang disiarkan di stesen televisyen, Muhyiddin berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan kelonggaran berkenaan kerana difahamkan ada pasangan yang terpaksa tinggal berjauhan atas urusan kerja.
Semoga masyarakat terus menghormati serta menghargai jasa, bakti serta pengorbanan insan yang bernama jururawat ini. Bernama
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2020!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahana KURANG TIDUR, Undang 5 Gangguan Kesihatan Ini! Semak Jika Anda Turut Mengalaminya

Kesibukan kerja dan istirahat yang terhad kadang kala membuatkan seseorang itu terpaksa mengorbankan waktu tidurnya. Secara tidak sedar badan kerap kali terasa kurang sihat. Tidur cara terbaik bagi merehatkan badan dan memperbaiki fungsinya. Jika waktu tidur terjejas, kesihatan mulai merosot dan semakin buruk jika terjadinya 5 gangguan kesihatan ini.
DIABETES
Jika kurang tidur, semakin sedikit insulin yang akan dilepaskan oleh badan. Ditambah pula, kurangnya istirahat akan menggalakkan pengeluaran hormon stres seperti kortisol yang membuatkan anda semakin berjaga sekaligus melambatkan fungsi hormon insulin. Akibatnya, gula darah makin banyak terkumpul dalam badan seterusnya berisiko terjadinya diabetes tipe 2.

MASALAH KULIT
Semakin sedikit waktu tidur semakin banyak kortisol penyebab stres yang dikeluarkan oleh badan. Kortisol akan merosakkan kolagen. Kulit juga kurang halus dan elastik. Struktur kulit dan fungsinya juga berubah. Jerawat boleh tiba-tiba muncul, lebih parah apabila ia memburukkan lagi jerawat yang sedia ada.
EPILEPSI
Penghidap epilepsi mudah mengalamai kekejangan iaitu terjadinya gangguan elektrikal pada sistem saraf otak. Keadaan dan rawatan epilepsi akan memberi kesan sampingan timbulnya gangguan tidur.
DEPRESI
Gangguan tidur turut menjejaskan kelancaran sistem saraf pusat. Anda akan mudah berasa emosi dan munculnya mood swing. Bagi jangka masa panjang, kurang tidur boleh menimbulkan halusinasi di samping kegelisahan, rasa cemas, ketakutan amat sangat yang menjurus kepada mania. Berisiko untuk melakukan sesuatu di luar akal sihat seperti bunuh diri.
OBESITI
Semakin lama anda berjaga semakin besar kemungkinan untuk makan berlebihan terutama yang tidak menyihatkan. Terjejasnya waktu tidur menggalakkan pengeluaran hormon ghrelin atau ‘hormon lapar’. Nafsu makan terlalu mendadak sehingga memilih makanan tinggi karbohidrat dan kalori, makanan ringan dan kudapan manis. Tanpa disedari berat badan melonjak naik sehingga melebihi paras ideal Indeks Massa Tubuh (BMI).AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


