Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan gangguan kesihatan yang seringkali dipandang mudah. Tahukah anda, bermula dengan tekanan darah tinggilah anda berisiko untuk menghidapi berbagai-bagai jenis penyakit kronik yang lain.
Amalkan 5 cara ini agar anda dapat mencegah tekanan darah tinggi seterusnya mengekalkan cara hidup sihat.
UBAH TABIAT MAKAN
Kurangkan makanan masin atau tinggi natrium seperti makanan segera. Pilih makanan tinggi kandungan kalium seperti kentang, pisang, ikan dan susu bagi membantu menjaga tekanan darah. Hidangan rendah lemak serta buah, sayuran dan bijirin juga disarankan. Jangan lupa minum air putih secukupnya kerana kekurangan cairan mempengaruhi jumlah natrium dalam badan.
BERSENAMLAH
Mereka yang rajin bersenam, risiko untuk diserang tekanan darah tinggi lebih rendah berbanding mereka yang kurang atau malas bersenam. Tak perlu senaman berat. Memadai dengan melakukan aktiviti berjalan kaki, berjoging atau berbasikal.
Ads
Bagi anak-anak atau remaja disarankan untuk bersenam sekitar sejam setiap hari agar kekal cergas dan terhindar daripada tekanan darah tinggi.
JAGA BERAT BADAN IDEAL
Individu yang berlebihan berat badan atau obesiti adalah 2-6 kali berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi. Maka, jagalah berat badan ideal anda sekaligus dapat mengurangkan risiko diserang penyakit lain. Ubah gaya hidup agar berat badan turun dan berada di angka yang ideal. Kurangkan sekitar 4-5 kg berat badan. Ia sudah cukup untk menurunkan risiko tekanan darah tinggi.
Ads
BERHENTI MEROKOK
Tekanan darah tinggi adalah salah satu kesan buruk daripada tabiat merokok. Anda juga berisiko untuk diserang strok dan serangan jantung. Baik lelaki mahupun wanita, segeralah berhenti merokok atau anda akan menyesal di kemudian hari.
KAWAL STRES DENGAN BAIK
Stres boleh mengakibatkan tekanan darah naik hanya dalam tempoh sesaat. Jika anda tidak mengawal stres dengan baik ia akan terus meningkat dan keadaan menjadi lebih buruk. Saat sedang stress lakukan perkara yang membuatkan anda rasa tenang seperti mendengar muzik atau ke spa.
Ads
PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH SECARA BERKALA
Dengan cara ini anda dapat mengetahui tahap tekanan darah adakah normal atau sebaliknya. Pemeriksaan boleh dilakukan di rumah atau bertemu dengan doktor. Jika tekanan darah antara 120-139/80-89 mmHG bermaksud anda mengalami prehipertensi. Keadaan ini mudah menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi. Cegah ia daripada berterusan dengan mengubah gaya hidup sihat di samping menjaga pemakanan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona dengan kemunculan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di sebuah majlis istimewa baru-baru ini.
Hadir dalam persalinan polos biru lembut dan aksesori rantai leher labuh, penampilan minimalis Tengku Permaisuri Norashikin pastinya menarik perhatian khalayak.
Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat merasmikan pameran seni yang berlangsung di Hab Media Kreatif dan Teknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Difahamkan ia merupakan pameran solo ‘Art Jamila 2022’ berjudul ‘A Voyage of Moments’ yang diadakan bersempena Hari Autisme Sedunia pada 2 April 2022.
Ketibaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin itu sekaligus mengangkat hasil karya seorang Artis Istimewa iaitu Wan Jamila Binti Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali dengan nama Artjamila.
Pameran seni Jamila ini berlangsung mulai 29 Mac hingga 15 April 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, tahniah buat Siti Sairah Taruddin yang kini sedang berbadan dua. Alhamdulillah, hampir lima bulan melayari bahtera perkahwinan sejak Februari lalu.. adik perempuan kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya menerima perkhabaran gembira. Terbuka berkongsi foto imbasan kandungannya baru-baru ini, laman Instagram Sairah dihujani dengan ucapan tahniah daripada para peminat.
Ketika menghubungi isteri kepada Mohd Sharidan Johari ini, Sairah dalam nada teruja meluahkan rasa syukur dengan kurniaan terindah tersebut. Luahnya, “Alhamdulillah sekarang ni dah ok sikit. Masa awal-awal tu mabuk teruk. Muntah-muntah dan tak boleh bau makanan. Tak sedar pun pregnant tapi awal dulu macam rasa dah pening-pening tapi ok lagi. Dalam sebulan lebih baru pegi check.”
Untung Sairah dan suami kerana dikurniakan rezeki anak secepat ini. Nona doakan kesihatan ibu dan anak yang sedang dikandung ini sentiasa berada dalam keadaan baik sehinggalah detik kelahiran kelak.
Dengan berita kehamilan ini, Sairah bakal menimang cahaya mata keempat manakala ia adalah zuriat sulung bagi Sharidan. Ini merupakan perkahwinan kedua Sairah selepas berpisah dengan bekas suami pada 2014. Hasil perkahwinan terdahulu, Sairah mempunyai tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Aprena Manrose yang merupakan adik kepada pelakon Oktovia Manrose hadir ke sebuah majlis ilmu dengan memakai purdah ternyata mencuri perhatian ramai. Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman hadir ke sebuah majlis ilmu yang dihadiri dalam kalangan wanita sahaja dengan memakai jubah dan berniqab.
Menerusi hantaran video dimuat naik oleh Aprena di laman Instagramnya, dia menitipkan rasa syukur apabila diberi kesempatan menghadirkan diri ke majlis ilmu tersebut demi tujuan memperbaiki diri agar menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.
“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah. Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.
Aprena turut terharu bilamenerima maklum balas positif daripada netizen dan meminta doa agar dia sentiasa istiqamah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.
“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. Insya-Allah,” katanya. Meninjau ke ruangan komen di hantarannya itu, ramai dari peminat serta rakan artis menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan Aprena sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dengan lebih sempurna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...