
Cukup kagum dan terinspirasi melihat gaya hidup tokoh usahawan ini. Berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam dunia keusahawanan, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin memanfaatkan pengalaman yang ada untuk menyambung legasi bapa membangunkan Mydin sebaik mungkin hingga berjaya seperti sekarang.
Biarpun nama pasaraya Mydin gah dan terkenal serta sudah 65 tahun bertapak dalam industri namun ahli perniagaan ini tidak lupa menghulurkan bantuan kepada masyarakat memerlukan.
Salah satu sumbangan Mydin yang terkesan di hati masyarakat hingga kini apabila Datuk Wira Dr Ameer Ali menyumbangkan lori 5 tan berisi biskut kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Taman Sri Muda, Shah Alam ketika penduduk di sana berdepan bencana banjir pada hujung tahun lepas.
Walau cawangan Mydin di Taman Sri Muda ketika itu dipecah masuk ekoran situasi huru-hara akibat banjir namun usahawan ini berlapang dada dengan keadaan tersebut. Sebaliknya menghantar bantuan bagi membantu mangsa terjejas. Murni hati Pengarah Urusan Mydin ini!




Kerendahan hati dan sisi prihatin Datuk Wira Dr Ameer Ali bukan hanya terserlah dalam membantu masyarakat bahkan beliau juga cukup menjaga kebajikan para pekerja dan selesa bergaul dengan semua kakitangan.
Sebelum ini Datuk Wira Dr Ameer Ali pernah viral dalam satu video kejutan hari lahirnya pada Jun lalu yang memperlihat beliau dan isteri terpaksa menaiki lori bersama pekerja Mydin untuk ke pejabat.
Selain menjaga hubungan baik dengan setiap pekerja, Datuk Wira Dr Ameer Ali juga seorang suami romantik. Ada saja waktu terluang beliau akan bercuti atau beriadah bersama isteri di taman.
View this post on Instagram




Kehidupan Datuk Wira Dr Ameer Ali dan isterinya, Datin Dr Siti Hawa juga selesa menjalani kehidupan sederhana. Malah mereka gemar memilih tempat percutian ala kampung.
Ogos lalu, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) iaitu syarikat pemborong dan peruncit ternama menyambut ulang tahun ke-65 penubuhannya.
“Bangga untuk saya sebutkan ketika dulu bapa seorang menjaga kedai bersama saya serta adik-beradik yang lain kini Mydin mempunyai tenaga kerja atau lebih selesa saya panggil ‘Keluarga Mydin’ seramai lebih 6,000 orang di seluruh negara.
Musibah banjir, kebakaran, kecurian, kerugian menjadi kelaziman dalam perniagaan namun atas keringat dan usaha semua tidak kiralah pangkat, jawatan dan di mana mereka berada, Keluarga Mydin yang menjadi tunjang kejayaan kami.”



Sehingga kini Mydin mempunyai 62 cawangan seluruh negara termasuk cawangan terbesar di Tunjong, Kelantan.
Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berasal dari Kota Bharu dan dilahirkan pada 4 Jun 1956. Beliau merupakan anak kedua kepada pengasas pasaraya Mydin iaitu Tuan Mydin Mohamed Ghulam dan pemegang Sarjana Perniagaan Antarabangsa dari Sonoma State University, California. Sejak kecil beliau dapat didikan dan ajaran bapanya dalam ilmu perniagaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




KEKUATAN
Memang tak semua orang terjentik hati untuk buat begitu tapi bila ianya sampai dan banyak dugaan yang Allah bagi pada kita seperti dalam rumahtangga, berniaga, kelakuan anak-anak, ahli keluarga dan sebagainya kita akan mula terfikir di mana silapnya. Hati jadi tak tenang.

Semangat tu datang dari anak-anak dan ahli keluarga juga. Saya pernah merasa susah dari kecil sampai dewasa, jatuh bangun beberapa kali. Kereta berbulan-bulan tak bayar sampai kena tarik. Dengan susu anak tak cukup, lepas tu dengan nak sekolah lagi. Saya dah lalui semua tu. Inilah pencetus semangat saya untuk buat kebajikan.
Saya juga merupakan penaung sekolah tahfiz di Kepong. Selalunya kami sering terima bantuan tetapi sejak PKP sekolah pun tak buka, saya bersama pihak tahfiz dan mudir mendapat dana sama ada daripada rakan-rakan atau jiran-jiran kami beli barang-barang keperluan asas dan bungkus. Kami pula yang memberi. Ketika mula-mula buka tahfiz tu banyak yang memberi. Dari tahfiz tu mana barang-barang asas tu kami bungkus dan berikan bantuan.
Dari situlah saya bermula dengan bergerak sendiri dan dibantu anak-anak. Alternatif kami sendiri. Buat Live di Instagram, Facebook bersama followers sambil ajak mereka sama-sama membantu ikut kemampuan masing-masing.
Momen paling terkesan, kisah seorang ibu tunggal anak 5. Kecil-kecil lagi anaknya. Rumah pula kosong tanpa perabot, televisyen dan sebagainya. Dengan keadaannya yang tak terurus, keperluan anak-anak seperti susu pun tiada buatkan saya rasa sangat sedih. Bila dia lihat barang di tangan saya matanya dah berair. Bagi saya dia bersyukur sebelum kita memberi. Mata dan wajahnya memberitahu bahawa dia sangat susah dan memerlukan. Momen ini beri saya semangat yang lebih kuat untuk membantu. Senyuman mereka tu dah memberi kepuasan buat saya.
Selain itu, nak jentik hati orang-orang yang belum sedar bahawa banyak orang susah untuk dibantu. Sedikit pun tak mengapa asalkan terjentik hati tu. Jangan kita rasa tak cukup untuk memberi. Insha-Allah akan ada saja rezekinya nanti. Kita beri orang senang hati, kita pun senang. Rasa bersyukur sangat.”
















