Suasana di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertukar hiba apabila nama dua graduan, Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman dan Allahyarhamah Fatin Nasrien Fadli disebut untuk menerima ijazah pada Istiadat Konvokesyen ke-27 universiti itu.

Air Mata Tuanku Zara Di Pentas Konvokesyen Ijazah Anumerta Buat Arwah Nurly & Fatin

Tuanku Zara Salim Menyampaikan Ijazah Anumerta

Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim kelihatan sebak dan menyapu air mata sebaik menyerahkan ijazah serta menonton tayangan montaj khas mengenang tragedi yang menimpa pelajar universiti itu.

Air Mata Tuanku Zara Di Pentas Konvokesyen Ijazah Anumerta Buat Arwah Nurly & Fatin
Kredit Foto Bernama

Air Mata Tuanku Zara Di Pentas Konvokesyen Ijazah Anumerta Buat Arwah Nurly & FatinTayangan tersebut mengenang kehilangan 15 penuntut UPSI yang terkorban dalam tragedi di Jalan Raya Timur–Barat berhampiran Tasik Banding pada Jun lalu.

Tragedi Yang Menggamit Memori

Tragedi Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) itu berlaku ketika rombongan pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang ke kampus selepas cuti perayaan.

Air Mata Tuanku Zara Di Pentas Konvokesyen Ijazah Anumerta Buat Arwah Nurly & Fatin

Ads

Air Mata Tuanku Zara Di Pentas Konvokesyen Ijazah Anumerta Buat Arwah Nurly & FatinKejadian yang menyayat hati itu telah meninggalkan kesan mendalam buat warga UPSI, terutama keluarga mangsa dan rakan-rakan seperjuangan.

BACA JUGA: “Semoga Al-Quran Sentiasa Menjadi Sahabat Perjalanan Kita” ELFIRA Jadikan Kisah Arwah Nurly Sahirah Sebagai Inspirasi

Ads

Ijazah Anumerta Tanda Penghargaan

Dalam suasana penuh emosi, ijazah anumerta disampaikan oleh Tuanku Zara Salim kepada bapa arwah Nurly Shahirah, Azman Mohamad, 63, dan bapa arwah Fatin Nasrien, Fadli Abd Rahman, 50.

Air Mata Tuanku Zara Di Pentas Konvokesyen Ijazah Anumerta Buat Arwah Nurly & Fatin

Ads

Air Mata Tuanku Zara Di Pentas Konvokesyen Ijazah Anumerta Buat Arwah Nurly & FatinPenyampaian itu bukan sekadar simbolik, tetapi juga penghargaan terhadap semangat dan usaha kedua-dua pelajar yang tidak sempat menamatkan pengajian mereka.

Kenangan Abadi

Istiadat Konvokesyen UPSI kali ini menjadi kenangan abadi bukan sahaja bagi keluarga mangsa tragedi Jalan Raya Timur–Barat tetapi juga seluruh warga universiti.

Ia mengingatkan semua akan pentingnya menghargai setiap detik bersama insan tersayang dan semangat perjuangan menuntut ilmu.

Kredit: Bernama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads