Bahang perdebatan mula terasa sejak awal Parlimen bersidang pagi ini. Masing-masing bersaing mengemukakan hujah yang terpendam namun Majalah Nona tertarik dengan gesaan #RasuahBusters yang lebih penting pada saat ini.
Menerusi mesej yang disampaikan oleh Ketua Pasukan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Haji Yaacub pada Sabtu, beliau dengan lantang meminta semua barisan pucuk pimpinan negara mencari solusi kepada 3 isu rakyat iaitu COVID-19, Rasuah dan Ekonomi.
“Pengurusan COVID-19, Rasuah dan Ekonomi perlu mendahului senarai keutamaan dalam apa juga topik perbahasan.
Sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang, sewajarnya mengenepikan sebarang bentuk pertelagahan tentang kekuasaan, politik, pilihanraya atau apa saja isu lain yang boleh menggugat fokus terhadap kepentingan rakyat Malaysia.” Datuk Hussamuddin
Ads
Tambah beliau, protokol pengurusan wabak COVID-19 memerlukan libat urus semua pihak agar isu kritikal ini diselia dan diperluas dengan lebih berkesan.
Landskap ekonomi akibat COVID-19 yang berubah selari norma baru juga belum dapat menjanjikan sebarang kepastian atau harapan untuk ekonomi dapat dibangun semula dalam jangka masa terdekat.
“Untuk itu, ruang kelegaan melalui bantuan yang diberikan wajar disusuli dengan pelan dan garis panduan yang diperincikan untuk rakyat bergerak bersama ke arah pemulihan ekonomi yang munasabah.”
Ads
BANTERAS RASUAH
Selain dua isu utama tersebut, para pemimpin perlu sedar bahawa rasuah, atau bentuk-bentuk penyelewengan kuasa adalah virus dan penyakit moral yang boleh meruntuhkan apa saja sistem pemulihan yang sedang dibina.
Evolusi rasuah akibat terjejasnya ekonomi dan struktur sosial berpotensi untuk tumbuh di segenap peringkat jika tidak dihalang.
Ads
Prosedur akauntibiliti, pelaporan yang tulus dan telus perlu disemak dengan undang-undang yang dipertegas dalam menghidupkan sebuah negara yang berintegriti terutama ketika proses pemulihan sedang berlangsung.
Datuk Hussamuddin Yaacub
Jika isu rasuah ini gagal menjadi keutamaan, kita harus sedia menyaksikan nyawa dan kehidupan rakyat semakin terancam dan masa depan negara yang semakin tenggelam.
Beliau juga turut menekankan matlamat #RasuahBusters iaitu usaha yang terfokus pada waktu ini akan menatijahkan impak yang bermakna.
Maka, sebagai tampuk yang memegang amanah, wakil-wakil rakyat harus sedar bahawa, perkara yang paling penting pada saat ini adalah membebaskan sebarang ancaman terhadap nyawa rakyat, dari sudut kesihatan dan dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan tekanan jiwa dan ekonomi yang begitu menghimpit.
Suasana kecoh apabila wujud Ahli Parlimen yang mempersoalkan kedudukan YDP Dewan Rakyat
Dengan kemajuan teknologi, amat mudah untuk rakyat memerhati. Jadikanlah persidangan parlimen kali ini sebaik-baik masa untuk melunaskan tanggungjawab dan amanah yang dijanji.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lakaran sejarah baharu tercipta 13 Februari apabila Hospital Kajang kini dijenamakan semula kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak hospital berkenaan.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Hadir dalam majlis bermakna itu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin tampil menawan dalam persalinan kurung tradisi biru dan putih lengkap tudung rona senada.
Gaya Tengku Permaisuri Selangor Elegan
Gaya elegan Tengku Permaisuri Selangor nyata menarik perhatian khalayak. Baginda mengenakan aksesori Van Cleef & Arpels serta menjinjing beg tangan Goyard warna biru.
Dalam titah ucapan perasmian, Sultan Selangor menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbang pembinaan hospital baharu serta penambahbaikan fasiliti sedia ada bagi menyelesaikan masalah kekurangan katil di hospital utama di negeri itu.
Baginda bertitah langkah itu perlu kerana kepenggunaan katil di beberapa hospital utama kini amat tinggi, sehinggakan terdapat pesakit tidak dapat ditempatkan di katil apabila dimasukkan ke wad.
Baginda turut menitahkan KKM membina lebih banyak klinik kerajaan baharu di kawasan strategik bagi membolehkan rakyat mendapat akses yang lebih meluas kepada rawatan kesihatan yang dikenakan caj berpatutan.
Baginda turut merujuk kepada isu kekurangan petugas kesihatan kerajaan sehinggakan ada antara mereka yang perlu betugas syif berganda, justeru Baginda menitahkan KKM segera menyelesaikan isu tersebut supaya jumlah kakitangan kesihatan dapat diagihkan secara saksama.
Sultan Selangor Titah Perkhidmatan Kesihatan Yang Baik
Baginda menzahirkan pandangan bahawa perkhidmatan kesihatan di negara ini khususnya di Selangor perlu segera dipersiapkan untuk menghadapi peningkatan pesakit warga emas susulan unjuran Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2035.
Baginda bertitah perubatan dan kesihatan khusus iaitu perkhidmatan geriatrik bagi warga emas masih di peringkat yang belum boleh dibanggakan berbanding negara lain seperti Jepun dan Singapura.
Pembinaan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Kajang yang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin di atas tanah seluas 5.43 ekar ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia ke-11.
Pusat rawatan ini yang terletak 800 meter dari bangunan utama Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, dibina bagi mengurangkan kesesakan pesakit di bangunan lama serta mengambil kira prasarana yang berusia di fasiliti tersebut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerjasama antara Royal Selangor dengan Victoria & Albert Museum (V&A), muzium terkenal dengan seni reka bentuk sejak 1996 telah menampilkan koleksi hiasan dalaman rumah elegan tetapi penuh sejarah. Kerjasama ini telah ditingkatkan melalui koleksi streamline dan William Morris.
Streamline, hiasan kediaman kontemporari diilhamkan daripada gerakan seni Art Deco yang merangkumi zaman perkembangan pesat 1920-an dan zaman kemelesetan 1930-an. Reka bentuk bulat membangkitkan kecantikan seni geometrik yang digemari oleh Marion Dorn, pereka tekstil terkenal abad ke 20. Hasil rekabentuk beliau menghiasi hotel-hotel mewah seperti The Berkeley, Claridge’s dan The Savoy.
Koleksi ini menampilkan reka bentuk dikur pada permukaan piuter yang terang, bagaikan permukaan berkilau di rumah mewah, kelab malam dan kelab jazz. Koleksi ini terdiri daripada dulang valet, dulang pelayan, kotak hiasan, loket, tepak lilin, hip flask dan pendingin botol.
William Morris Royal Selangor menampilkan keindahan alam semulajadi dalam koleksi aksesori terkini. Koleksi ini diilhamkan oleh William Morris, pereka tekstil, artis, penulis dan sosialis yang terkenal. Koleksi ini pula terdiri daripada decanter pendingin botol, skru pencungkil gabus, corong wain, penahan botol dan foil cutter.
Koleksi Streamline dan William Morris ini boleh didapati di mana-mana butik Royal Selangor di seluruh Malaysia.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama pasangan pelakon dan sweet couple Fazura dan Fattah Amin sememangnya sentiasa menjadi buah mulut netizen daripada sebelum mereka berkahwin sehingga sekarang. Baru-baru ini mereka menang besar pada malam Anugerah Telenovela 2018 dan menggondol beberapa kategori utama termasuk Pelakon Lelaki dan Wanita Telefilem Popular.
Namun mereka tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain. Fazura telah menghantar wakil daripada pihaknya untuk menerima anugerah dan timbul pula isu penyampai anugerah ketika majlis tersebut iaitu Faezah Elai menyindir atau memerli wakilnya itu di atas pentas.
Apa yang paling memalukan, satu dewan turut ketawa dengan ayat Faezah berbunyi “Fazura selepas anak 5 orang” kerana menganggap itu sebagai bahan lawak. Walaupun begitu, rata-rata netizen termasuklah Fazura tidak bersetuju dengan tindakan itu yang sangat memalukan dan boleh mengguris hati orang lain.
Fazura berasa terpanggil untuk menyuarakan isu body shaming yang semakin berleluasa dalam industri hiburan dan dijadikan bahan lawak oleh pengacara-pengacara terutamanya dalam setiap majlis anugerah. Fazura juga menekankan isu ini tidak kelakar dan tidak disenangi oleh dirinya mahupun orang lain.
” Saya rasa setiap wanita tu cantik dengan cara tersendiri,tidak kira sama ada anda berbadan besar atau kurus, tinggi atau pendek. Setiap anugerah Allah adalah yang terindah untuk seorang wanita.
Apa yang terjadi baru-baru ini sangat mengecewakan saya kerana sepatutnya sebagai pengacara dalam sesebuah majlis anugerah kita sepatutnya memberi penghargaan kepada para pemenang dan apabila pengacara itu mengeluarkan statement tersebut ketika dia sedang berjalan di atas pentas tidak boleh diterima oleh saya.
Sudah lama saya perhatikan perkara ini dan sudah berleluasa untuk beberapa tahun dalam setiap majlis anugerah yang saya saksikan, setiap pengacara pastikan menggunakan isu body shaming ini untuk dijadikan bahan lawak dan mereka rasa itu satu benda yang kelakar, bagi saya it is not funny!”, jelas Fazura.
Fazura turut meminta agar wanita di luar sana lebih berani untuk bersuara dan jangan membiarkan orang lain untuk mempengaruhi minda dan merendahkan martabat sebagai seorang wanita.
“Jangan dengar apa yang orang cakap dan jangan percaya kepada sesiapa yang menganggap wanita gemuk, pendek atau keding ini tidak cantik. Sebenarnya, mereka ini lah yang ada masalah keyakinan diri dan kepada semua wanita di luar sana anda semua cantik dan jangan biarkan orang lain merendah-rendahkan diri anda”, pesan Fazura kepada peminatnya dan semua wanita ketika ditemui di Sidang Media Malaysian Fashion & Business Mission To New York 2018 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, semalam.
Fazura memang terkenal dengan sikapnya yang cukup prihatin tentang isu-isu semasa dan juga sangat menjaga perhubungannya bersama peminat mahupun rakan-rakan. Jangan lah ada sesiapa buat hal dengan Fazura atau kenalan-kenalannya, mesti Fazura akan cuba pertahankan jika perkara itu tidak masuk akal dan tidak boleh diterima olehnya. Kawan macam ini lah yang kena ada, betul tak? Jatuh bangun sama-sama.
sumber foto: instagram @missfazura
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.