Suka Main Badminton & Hiking, Rahsia Awet Muda PUAN SRI NORMALA Pada Usia 56 Tahun!

Kagum melihat kecantikan yang dimiliki bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsuddin. Meskipun bakal meniti usia 56 tahun pada Jun ini namun pesona beliau masih memikat seperti dulu. Tetap tak puas mata memandang dan raut wajahnya bagai tidak dimamah usia langsung! Serius, memang awet muda.

Pernah menjadi wajah penghias Majalah Nona edisi Julai 2015 di samping anakanda tersayang, Ruhila… Puan Sri Normala dilihat masih kekal dengan karakter lembutnya yang sarat dengan sifat ketimuran wanita Melayu. Tatkala ditanya ‘rahsia’ awet muda yang diamalkan memandangkan tidak banyak kesan penuaan terlakar di wajahnya, beliau hanya tertawa kecil.

“Saya tiada rahsia apa-apa untuk dikongsi. Syukur dikurniakan kesihatan yang baik. Cuma saya sering dipujuk suami supaya jangan tinggal bersenam dan bersukan. Kehidupan yang aktif menjadikan siapa saya hari ini. Saya suka main badminton, panjat bukit dan sesekali berenang.

Saya juga sudah kurang berkunjung ke spa kerana lebih suka membelai diri sendiri di rumah. Bila di rumah pula saya sibukkan diri dengan berkemas, sambil mengemas kini
gambar-gambar lama dan bermain dengan cucu,” ujarnya.

Bercerita tentang penjagaan tubuh badan agar kekal sihat. Ini sebenarnya amalan isteri Tan Sri Haji Azmi Khalid. “Saya tidak mengambil jamu, tapi ada mengambil supplemen
seperti protein, vitamin B dan C, Omega dan sebagainya. Saya juga amalkan makan buah-buahan atau jus sebelum makanan asasi.

Dari segi fizikal, di usia senja ini saya masih rajin bersenam seperti bermain badminton, mendaki, brisk walking, pilates, line dancing dan aerobik bagi mengekalkan stamina.
Sebulan sekali juga saya akan lakukan urutan atau refleksologi.”

Kredit: Instagram Ruhila

Selesa untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum, anak kelahiran Johor ini mengakui sudah berikrar kepada diri sendiri untuk menghormati privasi suami dan keluarga. “Apa saja yang boleh membahagiakan suami dan anak-anak, saya akan patuh demi privasi serta kebahagiaan kami. Sebagai isteri, saya perlu bijak membawa diri bahkan mempelajari apa jua cara terbaik untuk karier suami.

Saya juga banyak menggunakan masa yang terluang untuk bermuhasabah diri. Tatkala muda dulu kita leka dengan kerja, bahkan sibuk dengan keluarga serta hal dunia. Kini  anak-anak semua dah besar dan masing-masing ada urusan sendiri. Beliau juga mengakui sentiasa memastikan agar dirinya dan anak-anak memnghadiri kuliah agama agar dapat dijadikan benteng buat anak-anak daripada hanyut dengan pelbagai godaan dunia,” telus ibu kepada Mohammad Asyraf, Ruhila dan Rubilla ini.

Anak gadis Puan Sri Normala, Ruhila yang kini seorang doktor gigi

Sambil menyifatkan sifat Tan Sri sebagai seorang suami yang gentlemen, Puan Sri Normala tanpa selindung mengagumi karakter seorang bapa yang menebal dalam jiwa lelaki budiman berkenaan. “Beliau amat prihatin dengan masa depan anak-anak saya,pendidikan, jodoh dan karier mereka.

Sikapnya yang amat mengambil berat cukup mengagumkan. Beliau juga sering beri tazkirah pada anak-anak gadis saya tentang teman lelaki, penjagaan diri dan agama. That’s so sweet!

Kalau ditanya apakah rahsia untuk mengikat hati suami, rasanya saya bukanlah orang yang layak untuk memberi motivasi kerana saya sentiasa memperbaiki diri. Namun kini
saya amat bahagia dan segala impian serta harapan telah pun tercapai. Selebihnya saya berserah kepada takdir Allah, moga segala kelemahan diperbaiki, segala kekurangan
diperbetulkan dan segala yang dikurniakan kepada saya amat saya syukuri.”

IKLAN
Share